Cuti Hari Pekerja Berapa Hari? Ini Jawapannya Paling Lengkap!
# Pengetahuan Pekerja # Others

Cuti Hari Pekerja Berapa Hari? Ini Jawapannya Paling Lengkap!

post by Ani

by Ani

Apr 29, 2025
pada 11:07 AM

Cuti Hari Pekerja Berapa Hari? Ini Jawapannya Paling Lengkap!

Cuti adalah satu nikmat yang ditunggu-tunggu oleh semua pekerja. Bila dengar je "Hari Pekerja," confirm dalam kepala dah bayangkan berehat sambil layan kopi, atau plan balik kampung jumpa family tersayang.

Tapi, soalan paling penting "Cuti Hari Pekerja berapa hari sebenarnya?"

Ramai yang tak aware, ingatkan mungkin cuti Hari Pekerja dua hari ke atau kalau jatuh weekend, confirm blur kejap. Jangan risau! Dalam artikel ni, kami akan bongkar jawapan lengkap tentang cuti Hari Pekerja supaya anda boleh plan cuti tanpa perlu risau.

Cuti Hari Pekerja Berapa Hari? Ini Jawapannya!

Soalan yang simple, tapi ramai keliru ialah "Cuti Hari Pekerja berapa hari?" Jawapannya, Hari Pekerja di Malaysia adalah cuti umum selama 1 hari. Tarikh keramat ni disambut setiap tahun pada 1 Mei untuk menghargai jasa dan pengorbanan semua pekerja tanpa mengira jawatan atau industri.

Tapi ada situasi special yang anda wajib tahu:

  1. Kalau 1 Mei jatuh pada hari bekerja biasa (Isnin - Jumaat) confirm dapat cuti sehari.
  2. Kalau 1 Mei jatuh pada Sabtu/Ahad cuti ganti bergantung kepada polisi syarikat dan negeri.

Hari Pekerja

Kenapa Hari Pekerja Diraikan?

Ramai tahu cuti Hari Pekejra tapi tak semua tahu makna di sebalik Hari Pekerja.

Hari Pekerja bukan sekadar 'public holiday di Malaysia' untuk lepak atau tidur lebih. Ia adalah pengiktirafan kepada semua pekerja atas sumbangan mereka membangunkan negara.

Sejarah Hari Pekerja bermula daripada perjuangan pekerja menuntut hak, waktu kerja lebih adil dan kondisi tempat kerja yang lebih selamat. Di Malaysia, tarikh ini diraikan setiap 1 Mei sejak 1972 sebagai tanda solidariti dan penghargaan kepada pekerja.

So, bila anda enjoy cuti ni ingat, ia simbol perjuangan semua pekerja yang terdahulu untuk hak yang lebih baik.

Baca Juga: Hari Pekerja 2025: Tema Hari Pekerja Serta Sejarahnya

Senarai Cuti Umum Lain Di Malaysia Tahun 2025

Selain Hari Pekerja, Malaysia memang kaya dengan cuti umum yang best. Antara public holiday yang confirm dinanti-nantikan termasuk:

  • Tahun Baru 2025 – 1 Januari
  • Tahun Baru Cina – 29 & 30 Januari
  • Hari Raya Aidilfitri – 31 Mac & 1 April
  • Hari Pekerja – 1 Mei
  • Hari Raya Aidiladha – 7 Jun
  • Hari Kemerdekaan – 31 Ogos
  • Deepavali – 20 Oktober
  • Hari Krismas – 25 Disember

Nak plan cuti panjang? Combine Hari Pekerja dengan annual leave boleh jadi short vacation yang padu. Cuti sehari je, tambah cuti tahunan sehari dua, terus boleh recharge body & mind!

Baca Juga: Senarai Public Holiday Malaysia 2025 Dan Cuti Sekolah 2025

Tips Maksimakan Cuti Hari Pekerja Anda!

Tak cukup cuti? Jangan risau! Kalau pandai plan, cuti Hari Pekerja pun boleh jadi staycation atau mini holiday yang meaningful.

Antara tips untuk cuti Hari Pekerja lebih berbaloi:

  1. Plan awal: Kalau 1 Mei jatuh pada hari Khamis/Jumaat, cuti sehari dua sebelum atau selepas boleh jadi long weekend.
  2. Book penginapan awal: Biasanya hotel dan homestay full house bila cuti umum, so jangan last minute!
  3. Staycation: Kalau bajet tight, boleh je plan movie marathon atau picnic dalam rumah.
  4. Balik kampung: Jumpa mak ayah, hilangkan stress kerja.

Biar cuti sehari, yang penting puas hati!

Dah penat cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <

Kesimpulan: Cuti Hari Pekerja, Rehat Yang Anda Layak Dapat!

So, sekarang anda dah tahu jawapannya iaitu Cuti Hari Pekerja hanya 1 hari, 1 Mei setiap tahun.

Walaupun cuma sehari, jangan lupa nikmati masa rehat tu sebaiknya. Tubuh dan minda pun perlukan break dari kerja yang penat. Pekerja yang cukup rehat, lebih produktif, lebih kreatif, dan lebih happy bila masuk kerja balik!

Tercari-Cari Kerja Lebih Baik & Gaji Lebih Besar? Maukerja Ada Jawapannya!

Bayangkan, masa orang lain sibuk apply kerja satu-satu, anda dah secure interview dalam tangan! Tak perlu buang masa scroll job portal berjam-jam, tak perlu apply satu-satu sampai burnout. Dekat Maukerja, anda cuma perlu drop resume sekali, biar kami bantu hantar resume kepada majikan yang tengah cari pekerja macam anda.

Ramai yang dah start cari kerja sebelum cuti Hari Pekerja. Anda bila lagi? Klik sini sekarang, drop resume & bersedia untuk dapat call interview tanpa perlu stress apply banyak-banyak!

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: