Contoh Resume Customer Service Yang Majikan Suka Tengok!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Contoh Resume Customer Service Yang Majikan Suka Tengok!

post by Ani

by Ani

May 5, 2025
pada 11:20 AM

Contoh Resume Customer Service Yang Majikan Suka Tengok!

Kerjaya sebagai customer service atau khidmat pelanggan bukanlah kerja yang mudah. Ia perlukan kesabaran, empati dan skil komunikasi yang power. Tapi jangan risau, kalau awak sedang cari contoh resume customer service yang boleh bantu awak dapat kerja impian, awak berada di tempat yang tepat.

Dalam artikel ni, kami akan tunjukkan:

  • Cara buat resume yang memikat HR
  • Contoh ayat resume yang sesuai untuk jawatan customer service
  • Template resume yang boleh awak tiru
  • Tips penting supaya resume awak tak masuk tong sampah

Jom kita mula!

Apa Itu Customer Service?

Customer service ialah barisan hadapan sesebuah syarikat. Awak akan berurusan secara langsung dengan pelanggan. Contohnya jawab soalan, selesaikan masalah, dan pastikan pelanggan rasa puas hati. Tak kisah kerja kat pusat panggilan (call center), kedai retail, atau syarikat e-commerce, peranan ni sangat penting.

Jadi, resume awak kena betul-betul tunjukkan yang awak:

  • Pandai berkomunikasi
  • Cekap urus tekanan
  • Sabar & penyayang
  • Boleh kerja dalam team
  • Pandai guna komputer atau sistem CRM

> Mohon kerja Customer Service di sini <

Contoh Resume Kerja Customer Service

Contoh Resume Kerja Customer Service Tanpa Pengalaman

Contoh Resume Kerja Customer Service Tanpa Pengalaman

Contoh Resume Kerja Customer Service Dengan Pengalaman

Contoh Resume Kerja Customer Service Dengan Pengalaman

Dah penat cari kerja? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <

Tips Buat Resume Kerja Customer Service Yang Menarik

Nak resume awak tak di skip oleh HR? Cuba ikut tips ni:

  1. Letak objektif yang jelas dan jujur – Elakkan ayat panjang berjela. Terus-terang apa yang awak cari dan apa yang awak boleh sumbangkan.
  2. Fokus pada soft skill – Majikan nak tengok awak sabar, boleh berempati, dan tahu cara urus pelanggan yang marah.
  3. Guna bullet points – Mudah dibaca dan nampak kemas.
  4. Highlight pengalaman internship atau kerja part-time – Tak kisah kerja kat kedai makan pun, janji ada interaksi dengan pelanggan.
  5. Pakai format yang simple dan profesional – Jangan terlalu kreatif sampai susah dibaca.

Kata-Kata Power Untuk Resume Kerja Customer Service

Nak bagi resume nampak meyakinkan? Guna ayat ni:

  • "Berpengalaman mengendalikan pelanggan dalam situasi tekanan tinggi"
  • "Mahir menyelesaikan aduan pelanggan secara proaktif"
  • "Mampu berkomunikasi dengan jelas, sopan dan berkesan"
  • "Sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan"

Baca Juga: Contoh Objektif Resume Yang Buat HR Auto Call [Versi BM & BI]

Mulakan Langkah Pertama Ke Arah Kerjaya Impian

Sekarang awak dah ada panduan lengkap dan contoh resume customer service yang power. Jangan tunggu lama-lama. Majikan tengah cari orang macam awak sekarang!

Kalau awak nak cepat dapat kerja dan tak mahu buang masa mohon sana sini, cuba guna AI Job Matcher dari Maukerja. Ia bantu awak cari kerja yang betul-betul match dengan skill dan minat awak. Klik sini untuk cuba sekarang: AI Job Matcher Maukerja

Percayalah, kalau awak tunggu lagi... peluang tu mungkin dah diambil orang lain.

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Resume Kerja Customer Service

1. Apa beza resume customer service dan resume kerja lain?

Resume customer service fokus lebih kepada kemahiran komunikasi, empati, dan pengalaman berdepan dengan pelanggan. Soft skills sangat penting dalam bidang ni.

2. Saya tiada pengalaman langsung. Boleh mohon kerja customer service?

Boleh! Fokus pada kemahiran yang berkaitan contohnya komunikasi, sabar, atau pengalaman handle orang ramai semasa belajar atau kerja part time.

3. Resume saya kena dalam Bahasa Inggeris atau Melayu?

Bergantung pada syarikat. Kalau syarikat antarabangsa, guna Bahasa Inggeris. Tapi kalau syarikat tempatan, Bahasa Melayu pun ok asalkan professional.

4. Perlu ke letak gambar dalam resume?

Tak wajib, tapi ada majikan yang suka resume bergambar. Pastikan gambar formal dan nampak kemas.

5. Perlu letak expected salary dalam resume?

Kalau diminta, letak. Kalau tidak, boleh simpan untuk sesi temuduga.

Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: