

by Ani
Kalau korang kerja sekitar Kuala Lumpur minggu ni, especially yang selalu redah jalan jam pagi-pagi tu sila take note. Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 tengah berlangsung, dan ya… macam yang kita dah jangka, banyak jalan dan lebuh raya utama akan ditutup dan dilencongkan sepanjang minggu ni.
Faham-faham jelah bila ada event besar macam ni, KL memang akan jadi extra sibuk dan padat. So let’s break down apa yang korang perlu tahu, supaya tak terperangkap dalam lautan trafik atau terlepas punch card.

Mengikut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat dari 23 hingga 28 Mei 2025.
Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 malam, ikut pergerakan delegasi.
Jalan akan mula ditutup 30 minit sebelum convoy gerak, dan hanya akan dibuka semula lepas semua VIP sampai destinasi. So, jangan harap boleh cilok lalu time tu ya.
> Klik sini kalau nak mohon kerja kosong <
Kalau korang guna mana-mana lebuh raya ni setiap hari, please alert:
Expect delays, or better, plan around them. Kalau boleh elak, elak.

Antara kawasan panas yang perlu dielakkan sebab banyak digunakan oleh convoy:
Basically, kalau kerja korang melibatkan route ke pusat bandar, KLCC atau kawasan sekitar Istana Negara, plan betul-betul. Jangan main redah je.
Let’s be real, bukan semua orang boleh kerja dari rumah. Kalau korang perlu masuk ofis sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ni, cuba follow tips ni:
Kalau korang jenis “ala kejap je parking sini”, please reconsider. Pihak berkuasa akan guna lori Kembalik (lori tunda) untuk angkut kenderaan yang block jalan convoy. Dan bukan setakat kereta tepi jalan, syarikat dan premis perniagaan pun kena pastikan staf tak parking suka hati.
Datuk Yusri siap pesan supaya semua premis dalam kawasan tumpuan bekerjasama. Jangan biarkan staf letak kereta sembarangan sepanjang sidang ni berlangsung. So kalau korang ada ofis dalam area tu, better remind your colleagues jugak.
Kita kena faham Sidang Kemuncak ASEAN ni penting untuk hubungan diplomatik Malaysia. Negara kita jadi tuan rumah, so kawalan keselamatan memang kena ketat.
Tapi itu tak bermaksud pekerja biasa macam kita tak patut tahu apa yang berlaku. Bila kita tahu, kita boleh plan dan adjust. Tak adalah tension bila tiba-tiba stuck kat jalan yang tutup.
Kalau korang kerja di KL minggu ni, anggaplah ni sebagai satu cabaran kecil. Ambil langkah berjaga-jaga dan stay updated dengan pengumuman rasmi. Benda ni cuma seminggu je, lepas tu semua akan kembali normal.
Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan korang yang kerja area KL. Lagi ramai tahu, lagi senang semua nak plan perjalanan. Sama-sama kita navigate minggu yang hectic ni dengan tenang, okay?
Kalau korang nak info lebih lanjut pasal kerjaya, gaji & isu semasa pekerja, terus follow blog ni! Kita akan sentiasa update info penting untuk semua pekerja macam korang.
Dah check tugas harian korang dekat Maukerja Wallet? Jangan sampai korang terlepas peluang untuk dapat Voucher RM10 Zus Coffee. Jom claim voucher sambil cantikkan profile korang! Lagi senang la nak cari kerja lepas ni.