

by Ani
Masuk je bulan Islam yang baru, ramai dah mula tanya "Awal Muharram ni cuti tak?" atau "Negeri aku cuti ke waktu tu?" Kalau korang pun ada soalan sama, haaa...korang memang datang ke tempat yang betul!
Bulan Muharram bukan sekadar pembuka tahun dalam kalendar Hijrah, tapi juga antara masa yang sangat penting dalam Islam. Dan bila ada kaitan dengan cuti Muharram 2025, terus laju otak kita fikir, boleh tak plan cuti panjang sikit?
Dalam artikel ni, jom kita kupas semua yang korang kena tahu pasal cuti ni dari tarikh, negeri mana yang cuti, sampai la ke idea best nak manfaatkan masa cuti tu. So grab your teh o ais, kita santai-santai baca.
Kalau korang tengah plan cuti atau cari peluang nak balik kampung, info pasal tarikh cuti Muharram 2025 ni wajib korang tahu. Berdasarkan kalendar Islam, 1 Muharram 1447H dijangka jatuh pada hari Isnin, 2 Jun 2025.
Yes, betul tu Isnin! Tapi sabar dulu, tak semua negeri jadikan hari tu cuti umum. So kalau korang kerja kat negeri yang tak cuti, jangan sedih, masih ada cara untuk plan cuti bijak. Baca sampai habis okay?
> Nak cari kerja masa Cuti Awal Muharram? Jom, drop resume di Maukerja & biar kerja cari korang! <
Awal Muharram ni bukan sekadar cuti biasa tau. Ia menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Tapi bukan tu je, hari ni juga dikenang sebagai peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, yang penuh pengorbanan dan perjuangan.
So, Awal Muharram ni sebenarnya ajak kita untuk muhasabah diri. Mana tahu boleh jadi turning point untuk kita mula tahun baru ni dengan azam dan semangat yang lebih kuat.
Kalau korang nak manfaatkan hari ni sepenuhnya, ada beberapa amalan yang disunatkan pada 1 Muharram:
Benda simple, tapi impaknya besar. Bila spiritual kita tenang, kerja pun jadi lebih smooth.
Tak tahu nak buat apa masa cuti Awal Muharram? Ini beberapa idea best:
Walaupun bukan semua dapat cuti pada Awal Muharram 2025, tapi kita semua masih boleh ambil kesempatan untuk renew diri. Bukan je dari segi fizikal, tapi juga emosi dan spiritual.
Kalau korang tengah stress dengan kerja sekarang, mungkin ini juga masa yang sesuai untuk fikir semula hala tuju kerjaya. Dan kalau korang tengah cari kerja baru, tak payah pening apply satu-satu...Drop Resume Sekarang di Maukerja