My50 Pass: Pekerja Tak Perlu Beratur Dah, Renew Guna App Je!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

My50 Pass: Pekerja Tak Perlu Beratur Dah, Renew Guna App Je!

post by Ani

by Ani

Jun 29, 2025
pada 10:35 AM

My50 Pass: Pekerja Tak Perlu Beratur Dah, Renew Guna App Je!

Bayangkan ni, awak baru habis kerja, penat gila, nak renew My50 tapi tengok kaunter pulak penuh orang beratur. Stress. Lenguh kaki, perut lapar, mood pun kelaut. Kalau boleh, memang nak elak semua tu terus.

Good news geng commuters, pekerja kilang, staff ofis, semua yang ulang-alik naik tren dan bas setiap hari, korang dah tak perlu beratur lagi nak renew My50!

My50 Boleh Renew Guna App Mulai 1 Julai, Tak Perlu Lagi Ke Kaunter!

Yes, betul tu! Mulai 1 Julai 2025, korang dah boleh renew My50 Pass terus dari aplikasi TNG eWallet je. Tak payah dah susah-susah cari masa nak pergi stesen, tunggu turn, lepas tu baru boleh guna.

Lama juga kita tunggu, kan? Fungsi ni sebenarnya dah diumum sejak November 2024. Sepatutnya keluar Mei 2025, tapi tertangguh. Akhirnya sekarang dah rasmi beroperasi siap disahkan sendiri oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan masa majlis pelancaran. 

YB Anthony Loke

Cara Renew My50 Guna App TNG eWallet.

Tak perlu nak jadi tech savvy pun. Asalkan ada app Touch ‘n Go eWallet dan phone yang support NFC, korang dah boleh buat sendiri. Step dia simple je:

  1. Buka app TNG eWallet, pergi ke bahagian Travel Pass
  2. Sentuh kad Touch ‘n Go korang dekat phone (pastikan support NFC ya!)
  3. Pilih My50 Pass
  4. Pilih tarikh mula korang nak guna pas tu
  5. Tick setuju Terma & Syarat, lepas tu buat bayaran
  6. Last sekali, sentuh balik kad TnG kat NFC phone untuk aktifkan

Setel dalam beberapa minit je. Takde drama, takde beratur. Bayangkan buat sambil baring kat katil pun boleh!

Cara Renew My50 Guna App TNG eWallet

Pengangkutan Apa Yang Support My50 Pass Ni?

Kalau korang naik pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja, confirm My50 ni lifesaver. Korang boleh guna untuk:

  • LRT
  • MRT
  • BRT
  • Bas Rapid KL
  • Bas perantara MRT

RM50 je sebulan, unlimited ride. Nak banding dengan tambang biasa hari-hari? Memang berbaloi! Terutamanya kalau korang ulang-alik dari tempat jauh, atau buat kerja part time kat KL/Selangor tapi duduk luar sikit.

Masih Boleh Ke Renew Secara Manual?

Kalau korang jenis yang suka face to face atau belum ada phone NFC, jangan risau. Proses renew fizikal masih dibuka macam biasa kat semua stesen tren Rapid Rail.

Tapi jujur cakap, kenapa nak susahkan diri kalau boleh buat dari phone? Kalau app dah sediakan jalan mudah, kita guna je. Jimat masa, tenaga, dan elak stress.

Kenapa My50 Penting Untuk Pekerja Macam Kita?

Sebab kita bukan golongan yang suka buang duit. Setiap sen tu penting untuk nak bayar sewa, minyak, topup, makan, hantar duit balik kampung dan banyak lagi. Tambang tren/bas hari-hari tu memang cepat habis kalau tak ada pas.

Nak Kerja Yang Dekat Dengan LRT/MRT?

Kalau hari-hari naik public transport, kenapa tak cari kerja yang senang akses dari rumah? Klik sini untuk explore jawatan yang dekat dengan pengangkutan awam.

Kerja kosong dekat dengan public transport

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim Tentang My50 Pass Guna App (FAQ)

1. Kalau phone saya tak ada NFC, boleh guna tak?
Kalau phone tak support NFC, kena renew macam biasa kat stesen. Tapi maybe time to consider upgrade kalau memang guna pengangkutan awam setiap hari.

2. Berapa lama tempoh sah My50?
Sebulan dari tarikh pengaktifan. Pilih sendiri bila nak start dalam app nanti.

3. Boleh refund ke kalau tak jadi guna?
Setakat ni tiada polisi refund. So make sure korang pilih tarikh betul, dan confirm nak guna sebelum bayar.

4. App apa yang boleh guna untuk renew My50?
Touch ‘n Go eWallet je buat masa ni. Bukan app lain.

5. Ada beza ke My50 yang renew kat app dengan yang kat kaunter?
Takde beza pun. Sama je fungsi dan pengaktifan. Cuma satu senang, satu lagi leceh.