

by Ani
Mulai 1 Ogos 2025, semua majikan di Malaysia diwajibkan membayar gaji minimum sebanyak RM1700 sebulan kepada pekerja. Tapi sebelum awak rasa lega, penting untuk tahu bahawa pelaksanaan ni sebenarnya berlaku dalam dua fasa.
Fasa pertama bermula Februari 2025 untuk majikan tertentu. Fasa kedua pula akan bermula Ogos 2025 yang ni melibatkan semua majikan, tanpa pengecualian. Jadi kalau awak masih belum terima gaji minimum RM1700, mungkin majikan awak termasuk dalam kumpulan yang diberi tempoh tangguh. Tapi lepas Ogos, semua perlu patuh.
Perintah Gaji Minimum (PGM) ini terpakai kepada 3 pekerja iaitu:
Namun, ia tidak melibatkan pekerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia dah jelaskan bahawa gaji minimum bukanlah gaji permulaan. Ini bermaksud, majikan tak boleh guna kadar minimum ini sebagai alasan untuk bayar rendah kepada graduan atau mereka yang ada kemahiran. RM1700 adalah kadar paling asas, bukan titik mula untuk semua orang.

Baca Juga: Gaji Minimum Malaysia 2014-2025 Naik Berapa? Jom Semak!
| Tarikh | Majikan Terlibat |
|---|---|
| 1 Februari 2025 | Majikan dengan 5 pekerja dan ke atas serta aktiviti profesional |
| 1 Ogos 2025 | Semua majikan tanpa pengecualian |
Untuk fasa pertama, majikan yang menjalankan aktiviti profesional berdasarkan klasifikasi MASCO 2020 juga wajib patuh walaupun jumlah pekerja mereka kurang daripada lima orang.
Majikan yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Antara tindakan yang boleh dikenakan ialah:
Ini bukan perkara kecil. Majikan perlu bertanggungjawab dan memastikan semua pekerja menerima gaji mengikut kadar minimum yang sah.
Semak slip gaji. Pastikan jumlah gaji asas (sebelum OT, elaun, atau komisen) tidak kurang daripada RM1700. Kalau awak dibayar ikut jam, tan, tugasan atau komisen jumlah akhir tetap perlu sekurang-kurangnya bersamaan dengan kadar gaji minimum bulanan.
Untuk rujukan, ini kadar pecahan:
Baca Juga: Maklumat Perlu Ada Dalam Penyata Gaji Pekerja Yang Pekerja Wajib Tahu
Selain gaji minimum, kerajaan turut memperkenalkan Dasar Gaji Progresif (DGP) sebagai satu inisiatif tambahan secara sukarela.
Dengan DGP, majikan boleh beri kenaikan gaji kepada pekerja berdasarkan:
Kerajaan turut menawarkan insentif tunai kepada majikan yang mengamalkan dasar ini. Bukan saja membantu naikkan pendapatan pekerja, tapi turut galakkan majikan untuk hargai bakat dan komitmen dalam syarikat.
Kalau awak dapati majikan tak bayar gaji minimum selepas 1 Ogos 2025, awak boleh buat aduan rasmi.
Saluran untuk aduan:
Jabatan Tenaga Kerja (JTK):
Untuk negeri Sabah dan Sarawak, pekerja boleh terus hubungi pejabat JTK masing-masing. Saluran ini adalah sah dan dijamin privasi serta hak pekerja.
Gaji minimum bukan sekadar jumlah atas kertas. Ia adalah jaminan bahawa pekerja tidak dibayar terlalu rendah dalam pasaran kerja yang semakin mencabar. Ia juga salah satu langkah kerajaan untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat.
Pekerja perlu tahu hak sendiri. Jangan biar diri dibayar bawah kadar yang sepatutnya. Suara pekerja penting dalam mewujudkan ekosistem pekerjaan yang adil dan mampan.
Pekerja bukan sekadar tenaga kerja tapi awak adalah tulang belakang kepada ekonomi negara. Gaji Minimum RM1700 adalah satu usaha untuk menjaga kebajikan awak dan pastikan usaha awak dihargai.
Jika awak masih dibayar di bawah kadar ni selepas Ogos nanti, jangan diam. Ambil langkah, gunakan saluran yang ada, dan perjuangkan hak awak. Dan kalau awak tengah mencari kerja dengan gaji lebih baik, ini masa terbaik untuk bertindak.
Sama ada awak nak cari kerja baharu atau nak gaji lebih tinggi, kami sedia bantu.
Rezeki tak akan datang kalau hanya tunggu. Mulakan langkah pertama hari ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Gaji Minimum RM1700 dan pelaksanaannya, boleh terus rujuk:
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: