Adakah PERKESO dan SOCSO Sama? Baca Ni Kalau Tak Nak Keliru
# Pengetahuan Pekerja

Adakah PERKESO dan SOCSO Sama? Baca Ni Kalau Tak Nak Keliru

post by Ani

by Ani

Sep 2, 2025
at 3:34 PM

Adakah PERKESO dan SOCSO Sama? Baca Ni Kalau Tak Nak Keliru

Pernah tak awak isi borang kerja, tiba-tiba nampak kotak tulis “Caruman SOCSO”? Lepas tu bila buka slip gaji pula, ada tulis “Caruman PERKESO”. Masa ni mesti awak terfikir “Eh… PERKESO dengan SOCSO ni benda sama ke atau dua benda berbeza?”

Jangan risau, awak bukan seorang je yang pernah keliru. Ramai pekerja di Malaysia dari fresh grad sampai yang dah lama kerja memang pernah confuse dengan istilah ni. So, dalam artikel ni kita akan kupas habis-habisan, dengan gaya santai tapi padat, supaya awak takkan keliru lagi lepas ni.


Adakah PERKESO dan SOCSO Sama?

Ya, PERKESO dan SOCSO adalah organisasi yang sama. Nama rasminya dalam Bahasa Melayu ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Manakala dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Social Security Organisation (SOCSO).

Maknanya, bila orang sebut “caruman SOCSO”, ia merujuk pada benda yang sama dengan “caruman PERKESO”.


Apa Maksud PERKESO?

PERKESO ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk bagi perlindungan sosial kepada pekerja Malaysia sekiranya berlaku kemalangan kerja, penyakit pekerjaan atau hilang upaya.

Selain itu, PERKESO juga semakin berkembang, termasuk perlindungan untuk pekerja ekonomi gig dan juga skim perlindungan untuk pencarum yang menghidap penyakit kritikal.

Nak Cari Kerja? Meh, mohon & cari kerja yang bersesuai dengan korang disini <


Kenapa Ada Orang Panggil SOCSO, Ada Orang Panggil PERKESO?

Okay, ni part yang selalu buat orang pening.

  • Dalam borang rasmi bahasa Inggeris → awak akan nampak perkataan SOCSO.
  • Dalam dokumen Bahasa Melayu → biasanya guna perkataan PERKESO.

Dua-dua betul. Sama macam Bank Negara Malaysia (BNM) dalam English dipanggil Central Bank of Malaysia. Nama beza, tapi badan sama.


Skim Perlindungan Di Bawah PERKESO / SOCSO

Ramai pekerja tahu setiap bulan duit gaji ada potongan SOCSO. Tapi tak ramai betul-betul faham duit tu cover apa.

Antara skim utama:

  1. Skim Bencana Pekerjaan – kalau kemalangan masa kerja atau dalam perjalanan pergi-balik kerja.
  2. Skim Keilatan – untuk pekerja yang hilang upaya bekerja sebab penyakit atau kecederaan.
  3. Faedah Orang Tanggungan – kalau pekerja meninggal, waris akan dapat bantuan kewangan.
  4. Faedah Perubatan & Rehabilitasi – rawatan, fisioterapi, alat bantuan seperti kerusi roda.
  5. Faedah Pengurusan Mayat – bantuan kos pengebumian.

Semuanya bertujuan untuk lindungi pekerja & keluarga bila ditimpa musibah.

Baca Juga: Apa Itu PERKESO Dan Kenapa Ia Ditolak Dalam Slip Gaji Anda


Siapa Wajib Carum PERKESO / SOCSO?

Tak semua orang tahu siapa sebenarnya WAJIB carum. Mengikut undang-undang, kategori ni mesti mencarum:

  • Pekerja sektor swasta yang bergaji bawah RM5,000 (majikan wajib daftar).
  • Pekerja kontrak atau part time yang diambil secara rasmi.
  • Pemandu e-hailing / penghantar makanan (yang didaftarkan).
  • Pekerja asing tertentu (kecuali pembantu rumah).

Bagi pekerja baru masuk kerja, pendaftaran SOCSO sepatutnya dibuat oleh majikan dalam masa 30 hari dari tarikh mula kerja.


Apa Jadi Kalau Majikan Tak Bayar Caruman SOCSO?

Ini yang selalu jadi isu. Kadang pekerja baru sedar bila nak buat tuntutan, rupanya caruman tak pernah dibayar majikan.

Risiko kepada majikan:

  • Boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun.
  • Reputasi syarikat tercalar.

Bagi pekerja, hak awak tetap ada. Kalau berlaku kecuaian majikan, PERKESO masih akan bayar faedah tapi majikan akan disaman balik oleh PERKESO.

Baca Juga: Cara Claim SOCSO Dan Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO


Apa Beza PERKESO, KWSP dan EIS?

Ramai pekerja confuse sebab semua potongan ada dalam slip gaji.

  • KWSP – simpanan persaraan (awak boleh keluarkan bila umur 55).
  • PERKESO / SOCSO – perlindungan sosial bila ada kemalangan, sakit atau hilang upaya.
  • EIS (Employment Insurance System) – insurans pekerjaan kalau hilang kerja (bayar elaun sementara).

Ringkasnya:

  • KWSP = simpanan masa depan.
  • PERKESO = perlindungan bila ditimpa musibah.
  • EIS = backup kalau hilang kerja.

Kesimpulan

So sekarang dah jelas kan? PERKESO dan SOCSO sama je, jangan pening lagi. Yang penting awak tahu, setiap sen yang dicarum tu bukan hilang macam tu je. Itu adalah perlindungan untuk awak dan keluarga. Kalau tiba-tiba ditimpa kemalangan atau hilang upaya, faedah SOCSO ni lah yang akan bantu.

Tapi kalau awak nak lebih secure dalam kerjaya dan bukan setakat perlindungan kerja tapi juga peluang dapat kerja yang lebih baik, awak jangan lupa guna tool ni: Drop Resume Maukerja

Senang, cepat & lebih besar peluang majikan nampak awak. Anggap je ni shortcut untuk dapat kerja baru.

PERKESO = SOCSO. Sama je, cuma beza bahasa.

  • PERKESO = Pertubuhan Keselamatan Sosial (Bahasa Melayu).
  • SOCSO = Social Security Organisation (English).
  • Fungsi: Melindungi pekerja melalui skim caruman keselamatan sosial.
  • Faedah: Kemalangan kerja, penyakit pekerjaan, pencen ilat, orang tanggungan & banyak lagi.
  • Semua pekerja swasta wajib carum (ikut akta).

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah PERKESO sama dengan SOCSO?
Ya, sama. PERKESO dalam Bahasa Melayu, SOCSO dalam Bahasa Inggeris.

2. SOCSO cover sakit biasa atau hanya kemalangan kerja?
SOCSO hanya cover kemalangan kerja & penyakit pekerjaan. Sakit biasa macam demam tak termasuk.

3. Kalau kerja part-time, kena carum SOCSO tak?
Kalau awak ada kontrak rasmi & bergaji tetap, ya majikan wajib daftarkan.

4. Boleh tak claim SOCSO kalau dah ada insurans swasta?
Boleh. SOCSO tetap cover sebab ia hak pekerja, walaupun awak ada insurans lain.

5. Macam mana cara nak buat tuntutan SOCSO?
Awak kena isi borang tuntutan, sediakan dokumen sokongan (report polis/MC) dan hantar ke pejabat PERKESO atau online.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: