Apa Yang Perlu Ada Dalam Resume? Ramai Calon Selalu Miss Bahagian Ni!

Apa Yang Perlu Ada Dalam Resume? Ramai Calon Selalu Miss Bahagian Ni!

post by Ani

by Ani

Sep 7, 2025
text.at 1:44 PM

Apa Yang Perlu Ada Dalam Resume? Ramai Calon Selalu Miss Bahagian Ni!

 

Bila sebut pasal cari kerja, benda pertama yang majikan akan tengok mestilah resume. Tapi percaya tak, ramai calon sebenarnya gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab resume mereka tak jual diri dengan betul. Kadang-kadang benda kecil je yang kita terlepas pandang, terus jadi sebab kenapa HR skip nama kita.

Jadi, dalam artikel ni kita akan kupas satu persatu apa yang wajib ada dalam resume supaya lebih mudah lepas ATS, menarik perhatian majikan, dan paling penting, buat awak lebih cepat dipanggil interview.


Ringkasan Penting Resume

  • Resume mesti ada maklumat peribadi, objective jelas, pengalaman kerja/internship, pendidikan, kemahiran hard & soft skill, serta pencapaian.
  • Elakkan kesilapan biasa macam email tak professional, resume terlalu panjang, design terlalu fancy.
  • Resume ATS friendly. Guna format ringkas, jangan over guna grafik.
  • Jangan lupa highlight skill digital & AI tools.
  • Nak cepat dapat kerja? Hantar resume terus guna Drop Resume Maukerja.

Apa Itu Resume & Kenapa Penting Untuk Cari Kerja?

Kalau nak senang faham, resume tu ibarat kad pengenalan kerjaya awak. Dekat situ majikan tengok siapa awak, apa yang awak pernah buat, skill apa yang awak ada, dan kenapa mereka patut pilih awak berbanding calon lain.

Di Malaysia, persaingan makin ketat. Majikan terima ratusan resume setiap kali buka jawatan kosong. Jadi resume bukan sekadar kertas tetapi ia “first impression” yang tentukan awak dipanggil interview atau terus kena tolak.

Ramai fresh grad masih confuse: “CV sama dengan Resume ke?”

  • CV (Curriculum Vitae) → lebih panjang, detail semua pengalaman akademik & kerjaya, biasanya untuk research, akademik, atau permohonan luar negara.
  • Resume → ringkas, 1-2 muka surat, fokus kepada kerja yang awak nak apply.

Untuk kerja di Malaysia, resume lebih sesuai sebab majikan nak info padat & straight to the point.

beza cv dan resume


Maklumat Peribadi Apa Yang Wajib Ada Dalam Resume?

Bahagian ni nampak simple tapi ramai juga yang miss. Pastikan ada:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon aktif
  • Email professional (contoh: [email protected], bukan [email protected])
  • Lokasi (cukup letak bandar & negeri, tak perlu alamat rumah penuh)

Jangan lupa check semula! Sebab kalau nombor telefon salah, majikan memang takkan dapat hubungi awak.


Perlu Ke Letak Gambar Dalam Resume Malaysia 2025?

Soalan ni memang evergreen. Jawapannya: tak wajib.

Kalau nak letak, pastikan gambar formal & kemas bukan selfie, bukan gambar bercuti.


Apa Contoh Objective Resume Yang Menarik Minat Majikan?

Objective dalam resume ni ibarat tagline diri awak. Contoh untuk fresh graduate:

“Fresh graduate dalam bidang IT dengan minat dalam cybersecurity. Mencari peluang untuk menyumbang idea dan skill teknikal dalam meningkatkan keselamatan sistem organisasi.”

  • Ringkas
  • Relevan dengan kerja
  • Tunjuk semangat & arah kerjaya

Baca Juga: Contoh Objektif Resume Yang Buat HR Auto Call [Versi BM & BI]


Apa Skill Yang Patut Ada Dalam Resume 2025?

Nak menonjol, jangan lupa masukkan skill yang relevan dengan demand sekarang:

Hard Skill:

  • Microsoft Office, Excel, Power BI
  • Graphic design (Canva, Photoshop)
  • Digital marketing (SEO, Google Ads)
  • AI tools (ChatGPT, Midjourney, automation tools)

Soft Skill:

  • Komunikasi
  • Leadership
  • Problem solving
  • Time management

Majikan suka bila nampak awak balance antara skill teknikal & interpersonal.


Perlu Ke Letak Pengalaman Internship Dalam Resume?

Ya, WAJIB kalau awak fresh grad. Internship bukti awak pernah rasa suasana kerja sebenar. Masukkan:

  • Nama syarikat
  • Jawatan/role
  • Tempoh internship
  • Tugas utama & pencapaian

Walaupun internship 3 bulan je, ia lebih baik daripada resume kosong tanpa pengalaman langsung.


Apa Kesalahan Resume Yang Selalu Buat Majikan Reject?

  • Email pelik & tak professional
  • Resume terlalu panjang (lebih 3 muka surat)
  • Format terlalu fancy, susah baca
  • Typo & grammar error
  • Letak info tak relevan 

Macam Mana Nak Buat Resume Lulus ATS?

ATS ni sistem automatik yang tapis resume sebelum sampai ke HR. Kalau format tak betul, resume awak terus reject walaupun awak layak.

Tips resume ATS friendly:

  • Guna font standard (Arial, Calibri, Times New Roman)
  • Jangan guna terlalu banyak grafik/warna
  • Simpan dalam format PDF
  • Guna keyword dari iklan jawatan (contoh: “administrative support”, “data entry”)

Nak senang, try ATS Checker Maukerja. Free je, boleh tahu resume awak lepas atau tak.

ATS Resume Checker


Perlu Ke Letak Expected Salary Dalam Resume?

Untuk Malaysia, tak wajib letak.

  • Kalau majikan minta, baru isi.
  • Kalau tidak, elakkan sebab takut nampak macam terlalu demand atau out of budget.

 

Tips Susun Resume Supaya Nampak Professional

  • Mulakan dengan maklumat peribadi
  • Objective
  • Pendidikan
  • Pengalaman kerja/internship
  • Skill
  • Pencapaian tambahan (jika ada)

Jangan campur-campur dan pastikan susun ikut logik.


Resume Bahasa Melayu vs Resume Bahasa Inggeris: Mana Majikan Prefer?

  • Syarikat multinasional & swasta: lebih suka resume Bahasa Inggeris.
  • Syarikat tempatan/kerajaan: resume BM masih diterima.

Tip: Sediakan dua versi resume (BM & BI). Lagi senang bila apply macam-macam jenis kerja.


Kesimpulan

Resume yang baik bukan sekadar cantik di mata tapi juga mesra ATS, jelas, dan relevan dengan kerja yang awak nak. Ramai calon selalu miss part kecil macam email tak professional, objective terlalu umum, atau skill outdated.

Kalau awak tengah cari kerja, jangan buang masa apply satu-satu. Lagi senang awak hantar resume guna Drop Resume Maukerja. Lepas tu biar sistem hantar terus ke majikan sesuai. Senang, cepat, dan peluang dipanggil interview lebih tinggi!

1. Berapa panjang resume yang ideal?
1-2 muka surat. Kalau lebih, HR malas baca.

2. Perlu ke letak result SPM dalam resume?
Kalau fresh grad & belum ada banyak pengalaman, ya. Kalau dah ada degree & kerja beberapa tahun, tak perlu.

3. Resume design Canva okay tak?
Okay untuk design ringkas, tapi hati-hati jangan overgraphic sebab boleh kacau ATS.

4. Nak guna Bahasa Inggeris atau BM dalam resume?
Tengok syarikat. Kalau swasta/MNC → BI, kalau kerajaan/GLC → BM.

5. Resume kena ada reference tak?
Tak wajib. Kalau HR nak, mereka akan minta kemudian.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: