

by Ani
Pernah tak awak rasa penat hantar banyak resume tapi tak dapat panggilan interview? Sebenarnya, masalahnya bukan pada diri awak semata-mata, tapi mungkin cara penyediaan resume. Dalam dunia kerja sekarang, resume bukan sekadar kertas tetapi ia adalah gambaran pertama tentang siapa awak di mata majikan.
Kalau resume kemas, ringkas, dan tepat, peluang awak untuk dipanggil interview akan meningkat berkali ganda. Artikel ini akan tunjukkan contoh resume lengkap, tips menulis resume yang HR suka, serta format terkini yang lulus ATS.
Resume ni ibarat tiket masuk awak ke dunia kerjaya. Tanpa resume, HR takkan kenal siapa awak. Dengan resume, HR boleh nilai sama ada awak sesuai dipanggil interview atau tidak.
Resume bukan sekadar dokumen tetapi ia adalah first impression. Macam first date, kalau nampak selekeh, memang susah nak dapat peluang kedua. Sama juga dengan resume, kalau awak hantar yang berterabur, panjang berjela tanpa isi penting, confirm HR terus “next”.
Kajian 2024 tunjuk HR cuma ambil 6-7 saat sahaja untuk scan resume sebelum buat keputusan simpan atau nak reject calon tersebut.
Artikel Berkaitan: Soalan Interview Kerja Yang Biasa Ditanya
Format resume makin ringkas, clean design, dan ATS friendly. Ramai fresh graduate & jobseeker masih pakai template lama yang penuh warna-warni, padahal sistem HR (ATS) tak boleh baca.
Contoh format resume lengkap:
Tips: Kalau nak tengok contoh lain untuk persediaan temuduga, boleh rujuk artikel ni Soalan Temuduga Kerja & Cara Nak Jawab.
Nak buat resume bukan susah, tapi nak buat resume yang HR betul-betul suka tu kena ada trick.
Dan jangan lupa, HR suka calon yang buat homework sebelum interview. Jadi, resume awak kena ada storyline yang boleh sambung ke sesi temuduga. Contoh, kalau resume highlight awak aktif dalam debate club, masa interview awak boleh kaitkan dengan skill komunikasi.

ATS (Applicant Tracking System) ni dah jadi “penapis awal” untuk semua syarikat besar di Malaysia. Kalau resume awak tak ATS friendly, besar kemungkinan ia tak sampai pun ke tangan HR.
Cara buat resume ATS friendly:
Contoh, kalau iklan tulis “Customer Service”, jangan tukar jadi “Support Specialist” dalam resume, ATS mungkin tak detect.
Semak resume awak sama ada ATS friendly atau tak di sini
Ini soalan popular setiap tahun. Jawapannya bergantung pada jenis syarikat.
Kalau nak tahu lebih pasal culture interview, boleh baca Contoh Pakaian Kasual Sesuai Untuk Pergi Interview.
Akhir kata, resume bukan sekadar dokumen tetapi ia adalah pintu rezeki awak. Bila resume kemas, ringkas, dan ikut format, peluang untuk dipanggil interview jadi lebih tinggi.
Peringatan! Jangan ambil risiko juga hantar resume tanpa tahu ia boleh lepas sistem ATS atau tidak. Ramai calon kerja kena reject awal hanya sebab resume mereka susah dibaca oleh sistem.
Sekarang awak boleh semak resume awak dengan mudah guna ATS Resume Checker Maukerja.
Cuba check resume awak sekarang di sini: ATS Resume Checker Maukerja
Ini langkah paling mudah sebelum awak klik “Hantar Resume” pada iklan kerja seterusnya.
1-2 muka surat sahaja. Kalau lebih, HR mungkin rasa awak tak tahu filter info penting.
Tak wajib. Kalau nak letak, pastikan gambar profesional dan ringkas.
Tak perlu letak awal-awal. Biasanya HR akan minta kalau diperlukan.
PDF lebih selamat sebab tak lari format. Word kadang kacau bila dibuka di device lain.
Resume ringkas (1-2 pages), CV lebih detail (boleh sampai 5-10 pages, sesuai untuk akademik).
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: