

by Ani
Pernah tak awak rasa sebak masa cikgu kesayangan umum nak berpindah sekolah? Atau masa hari terakhir sekolah, cikgu berdiri depan kelas, senyum tapi mata dah bergenang? Tapi kita dah buntu nak bagi ucapan perpisahan macam mana.
Masa tu lah baru kita sedar bukan senang nak ucap “selamat tinggal” pada orang yang banyak membentuk siapa kita hari ini.
Ucapan perpisahan guru bukan sekadar kata-kata. Ia tanda penghargaan, rasa hormat, dan terima kasih atas setiap ilmu, nasihat, dan teguran yang cikgu pernah berikan. Kadang ayat simple je, tapi bila datang dari hati memang menusuk.
Ucapan perpisahan guru ialah kata-kata terakhir secara lisan atau bertulis yang murid sampaikan sempena cikgu berpindah, bersara, atau tamat sesi pengajaran.
Kalau awak nak ucapan perpisahan tu betul-betul menyentuh hati, rahsianya cuma satu iaitu jujur dari hati. Tak perlu bombastik atau terlalu puitis. Kadang ayat paling simple pun dah cukup buat cikgu tersenyum.
Contohnya:
Pendek, tapi ada rasa.
Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Nak buat ucapan perpisahan yang berkesan, cuba guna formula ni:
1. Mulakan dengan penghargaan.
Contoh: “Assalamualaikum cikgu, terima kasih sebab selalu sabar dengan kami.”
2. Tambah sedikit kenangan.
Contoh: “Kami masih ingat masa cikgu senyum masa kami semua lulus ujian sejarah.”
3. Akhiri dengan doa atau harapan.
Contoh: “Kami doakan cikgu terus sihat dan gembira di tempat baru.”
Tak perlu panjang. Asalkan tulus.
Berikut contoh ayat dan teks ucapan perpisahan guru yang awak boleh guna terus ikut situasi masing-masing.
“Cikgu, terima kasih atas setiap tunjuk ajar dan sabar cikgu dengan kerenah kami. Walaupun cikgu akan berpindah ke sekolah baru, kenangan bersama cikgu tetap kekal dalam hati kami. Semoga cikgu terus berjaya dan disayangi di tempat baru.”
“Terima kasih cikgu atas semua ilmu dan nasihat yang cikgu berikan. Kami doakan cikgu sentiasa sihat, bahagia, dan terus menceriakan ramai lagi pelajar seperti kami.”
“Cikgu, selamat bersara. Terima kasih kerana menabur bakti dengan penuh keikhlasan selama ini. Jasamu tak akan kami lupakan, semoga hari-hari cikgu selepas ini dipenuhi ketenangan dan kebahagiaan.”
“Selamat bersara cikgu! Semoga setiap kenangan bersama pelajar menjadi memori manis buat cikgu. Terima kasih sebab sentiasa percaya pada kami walaupun kami tak sempurna.”
Selesai Masalah Anda Dalam 1 Minit: [Klik Sini Untuk Guna Surat Berhenti Kerja Generator]
Kalau awak nak tulis sendiri ucapan tu, boleh ikut template ringkas ni. Tinggal tukar bahagian yang sesuai dengan situasi awak:
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu [nama guru] atas segala ilmu dan tunjuk ajar sepanjang kami belajar di sini. Kami sangat menghargai kesabaran cikgu dalam mendidik kami walaupun kami nakal dan banyak ragam. Kami doakan cikgu terus bahagia dan berjaya di mana sahaja cikgu berada. Terima kasih cikgu, jasamu akan kami kenang selamanya.”

Kadang niat dah baik, tapi ayat tu boleh buat cikgu rasa janggal sebab nada dia salah. Jadi elakkan:
Tips: bayangkan cikgu yang awak ucapkan tu tengah dengar betul-betul. Kalau ayat tu buat cikgu senyum atau terharu, itulah ayat yang sesuai.
Boleh sangat, tapi pastikan ayatnya simple dan tak terlalu formal.
Contoh:
“Thank you, teacher, for believing in us even when we doubted ourselves. You’ve made learning something we’ll always cherish.”
Campur dua bahasa pun okay, asalkan nada dia jujur.
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kekosongan Kerja Terbaik Dekat LRT/MRT!
Kalau majlis rasmi atau ucapan depan dewan, boleh guna contoh ni:
“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari ini kami berdiri di sini dengan hati yang berat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada cikgu [nama]. Terima kasih cikgu, atas kesabaran, ketegasan, dan kasih sayang yang cikgu curahkan. Kami banyak belajar bukan hanya tentang pelajaran, tapi juga tentang nilai hidup. Cikgu selalu ingatkan kami, ‘buat sesuatu dengan ikhlas, hasilnya pasti baik’. Kata-kata itu akan kami pegang sampai bila-bila. Kami doakan cikgu terus bahagia di tempat baru, dan semoga setiap langkah cikgu diberkati.”
Tak kisah ucapan tu pendek ke panjang, bahasa Melayu ke Inggeris, yang penting tulus dan dari hati.
Guru bukan minta pujian, tapi bila pelajar ingat jasa mereka itu dah cukup besar maknanya. Jadi, jangan tunggu. Kalau cikgu awak bakal berpindah atau bersara, ambil masa sikit tulis ucapan ringkas. Siapa tahu, ayat awak tu jadi kenangan paling berharga untuk cikgu.
Ramai pelajar yang dah habis sekolah masih blur nak cari kerja sesuai lepas SPM atau universiti.
Sebenarnya sekarang ada cara lebih mudah. Awak boleh guna AI Job Matcher dekat Maukerja untuk cari kerja yang paling sesuai dengan minat dan pengalaman awak. Sistem ni bantu padankan kerja paling sesuai dengan skill awak secara automatik. Tak payah scroll berjam-jam cari kerja satu-satu.
Jadi jangan tunggu. Drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher, dan biar sistem AI bantu carikan kerja impian sebelum orang lain rebut dulu.
1. Apakah maksud ucapan perpisahan guru?
Ucapan perpisahan guru ialah kata-kata penghargaan daripada murid kepada guru sempena perpisahan, perpindahan, atau persaraan. Ia cara untuk tunjuk rasa terima kasih dan penghargaan.
2. Bagaimana nak tulis ucapan perpisahan guru yang pendek tapi berkesan?
Guna ayat ringkas, jujur dan terus dari hati. Sebut kenangan kecil atau doa. Itu dah cukup buat cikgu terharu.
3. Bolehkah saya campur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam ucapan perpisahan?
Boleh, asalkan mesejnya jelas dan sopan. Campuran dua bahasa boleh buat ucapan nampak lebih natural dan moden.
4. Bila masa terbaik untuk bagi ucapan perpisahan guru?
Biasanya semasa majlis perpisahan, hari terakhir sekolah, atau selepas pengumuman perpindahan guru. Tapi awak boleh juga bagi secara peribadi kalau lebih selesa.
5. Apa nak tulis dalam kad ucapan persaraan guru?
Tulislah ucapan ringkas yang menyatakan penghargaan, doa, dan kenangan manis bersama guru tersebut. Sertakan nama semua murid supaya nampak lebih bermakna.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.