Kerja Part Time Crew Nando's, Kadar Upah & Cara Apply!
# Jenis Pekerjaan

Kerja Part Time Crew Nando's, Kadar Upah & Cara Apply!

post by Ani

by Ani

Nov 26, 2025
pada 2:02 PM

Kerja Part Time Crew Nando's, Kadar Upah & Cara Apply!

Kalau awak tinggal di negeri lain selain KL/Selangor, peluang kerja part time tetap luas. Nando's ada banyak outlet di Johor, Kedah, Melaka, Perak, dan lain-lain. Untuk student atau sesiapa nak duit sampingan, kerja part time Nando's memang sesuai.

Kenapa ramai pilih Nando's:

  • Fleksibel jam kerja, sesuai dengan study atau kerja lain
  • Upah per jam antara RM9.50 – RM10.50
  • Team mesra dan supportive

Apa Syarat Kelayakan Kerja Part Time Crew Nando's?

  • Sedia bekerja secara kontrak selama 3 bulan, dengan pembaharuan kontrak bergantung pada prestasi awak dan budi bicara syarikat.
  • Mempunyai minat dan semangat yang tinggi dalam penyediaan dan penyajian makanan.
  • Bersikap positif, bersemangat, dan sentiasa ceria.
  • Mempunyai kemahiran khidmat pelanggan dan komunikasi yang baik.
  • Sedia untuk belajar dan bekerja dalam satu pasukan.
  • Mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Pelajar, lepasan sekolah berumur 16 tahun ke atas, dan suri rumah digalakkan memohon jawatan ini.

Kerja Part Time Nando's


Tugas & Tanggungjawab Sebagai Part Time Crew Nando's

  • Sambut pelanggan dengan senyuman dan pastikan pengalaman makan mereka seronok.
  • Ambil pesanan makanan dengan tepat, dan sentiasa alert kalau pelanggan perlukan bantuan.
  • Pastikan minuman dan makanan sampai ke meja dengan cepat dan betul.
  • Sediakan, masak, dan hidangkan makanan ikut standard Nando’s. 
  • Jaga dapur agar sentiasa kemas dan bersih, ikut jadual pembersihan harian & mingguan

Cara Mohon Kerja Part Time Crew Nando's

Nak mohon? Senang sangat. Sekarang semua boleh dibuat secara online.

2. Pilih negeri dan kawasan yang awak nak mohon kerja sebagai part time crew di Nando's. Kemudian, klik butang "Cari Kerja".

Kerja Part Time Nando's

3. Kemudian, pilih lokasi restoran yang awak nak dengan klik di ruangan petak dan klik butang "Mohon".

Kerja Nando's


Jom, Mohon Kerja Part Time Crew Nando's Sekarang!

Susah nak cari kerja part time dengan gaji menarik? Nando’s tawarkan part time crew dengan upah RM9.50 – RM10.50/jam & peluang belajar skill F&B. Bayangkan, hujung minggu kerja 8 jam, dapat duit belanja dan pengalaman F&B.