Apa Itu Turnover? Maksud & Contoh Dalam Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa # Others

Apa Itu Turnover? Maksud & Contoh Dalam Kerja

post by Ani

by Ani

Dec 3, 2025
pada 10:39 AM

Apa Itu Turnover? Maksud & Contoh Dalam Kerja

Pernah tak awak kerja dekat satu tempat, tiba-tiba ramai staff keluar serentak? HR sibuk interview orang baru, department pula like “eh, dah tinggal tiga orang je?”. Situasi macam ni sebenarnya sangat normal tapi dalam dunia HR, ia ada satu nama khas. Nama dia turnover.

Benda ni mungkin nampak macam “alah, keluar masuk pekerja je kan?”. Tapi dalam realiti, turnover ni antara penanda kesihatan sesebuah syarikat. Kalau tinggi sangat… hmm, itu sebenarnya red flag.

So, jom kita sembang santai-santai tapi deep sikit apa itu turnover, kenapa ia berlaku, dan macam mana ia boleh affect gaji, budaya kerja, dan masa depan kerjaya awak.


Apa Maksud Turnover Dalam Kerja?

Turnover bermaksud kadar keluar masuk pekerja dalam sesebuah syarikat dalam tempoh tertentu. Biasanya diukur ikut bulan atau tahun.

Kalau syarikat kata, “Turnover kita tahun ni 35%.”

Maksudnya, 35% pekerja berhenti dalam tempoh itu sama ada berhenti sendiri, dibuang, tamat kontrak, atau berpindah ke department lain.

Kenapa Turnover Penting Dalam HR?

Turnover bukan sekadar nombor.
Ia menunjukkan:

  • Sihat atau tak budaya kerja
  • Stabil atau tak pengurusan
  • Puas hati atau tidak pekerja
  • Banyak atau tidak masalah dalaman
  • Kos HR tinggi atau rendah

Sebab itu bila company nak hire, nak naikkan gaji, nak buat planning manpower, turnover adalah antara data paling penting.

Contoh Turnover Yang Mudah Faham

Awak kerja dalam department 20 orang. Tahun ni, 6 orang berhenti. So turnover department awak = 6/20 = 30%

Baca Juga: Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Pelbagai Sektor [BM & BI]


Kenapa Turnover Berlaku Dalam Syarikat?

Turnover berlaku sebab manusia berubah, kerja berubah dan expectation pun berubah. Dan secara jujur, kebanyakan turnover bukan berlaku sebab pekerja tak bagus, tapi sebab ada faktor lain yang push mereka keluar.

1. Gaji Tak Setanding Kerja

Ramai pekerja rasa kerja makin banyak, tapi gaji macam tu juga. Ini antara punca turnover paling tinggi di Malaysia.

2. Manager & Leadership Bermasalah

Honestly, people don’t leave jobs but people leave managers. Setiap kali orang berhenti, 70% sebab leadership (menurut Kajian Gallup).

3. Burnout & Workload Tak Masuk Akal

Bila kerja macam dua orang, tapi gaji macam setengah orang...siapa yang tak burnout?

4. Peluang Naik Pangkat Terhad

Ramai pekerja stay lama… tapi tak naik apa-apa. Bila nampak future tak cerah, turnover naik.

5. Tempat Kerja Toksik

Office yang penuh drama, politik, gaslighting, memang susah nak stay.

6. Job Offer Lebih Baik Di Tempat Lain

Dapat offer gaji RM500–RM1,000 lebih? Most people will leave dan itu normal.

7. Kesihatan Mental Terjejas

Ramai pekerja sekarang lebih protect mental health. Kalau environment push sampai anxiety, turnover cepat naik.

Dalam HR, turnover tak semua sama. Ada kategori tertentu yang tunjuk “healthy or unhealthy turnover”.

1. Voluntary Turnover (Pekerja Berhenti Sendiri)

Ini berlaku bila pekerja:

  • Dapat kerja lebih baik
  • Tak sesuai dengan budaya kerja
  • Burnout
  • Nak gaji lebih
  • Mahu career growth

Voluntary turnover biasanya lebih bahaya sebab ia menunjukkan masalah dalaman company.

2. Involuntary Turnover (Syarikat Yang Buang Pekerja)

Ini berlaku bila:

  • Performance tak capai KPI
  • Restructuring syarikat
  • Masalah disiplin
  • Position redundant

Involuntary turnover kadang-kadang perlu, tapi jika terlalu tinggi ia tunjuk masalah dari segi recruitment.

3. Internal Turnover (Pindah Department)

Awak tak berhenti, cuma move ke department lain.

Contohnya dari Customer Service → HR Assistant.

Ini turnover yang healthy sebab pekerja masih stay dalam company.

4. Functional Turnover (Berhentinya Pekerja Bermasalah)

Kadang-kadang, bila orang yang suka buat drama berhenti, department jadi aman. Ini jenis turnover yang bagus.

5. Dysfunctional Turnover (Pekerja Bagus Berhenti)

Ini paling sakit. Pekerja top performer resign sebab stress, kurang support, atau dapat peluang lebih baik. Company rugi besar bila ini berlaku.


Cara Kira Turnover Rate Dengan Mudah

Formula rasmi turnover rate:

(Jumlah Pekerja Berhenti ÷ Purata Jumlah Pekerja) x 100

Tapi jom kita mudahkan dengan contoh real.

Contoh Cara Kira Turnover Yang Paling Senang

Awak kerja dalam syarikat yang ada:

  • Jumlah pekerja awal tahun: 100
  • Jumlah berhenti sepanjang tahun: 15
  • Jumlah pekerja hujung tahun: 110

Purata pekerja = (100 + 110) / 2 = 105

So turnover:

15 ÷ 105 = 0.1428
x 100 = 14.28%

Maknanya, syarikat awak ada 14% turnover tahun itu, considered normal.


Adakah Turnover Tinggi Memang Bahaya? (Reality Check)

Jawapan dia: YA… dan TIDAK.

Turnover tinggi boleh jadi masalah tapi bukan semua turnover itu negatif.

Turnover Tinggi Yang Bahaya

  • Ramai orang berhenti dalam masa singkat
  • Staff yang keluar adalah pekerja top performer
  • Banyak urusan kerja tertangguh
  • HR terpaksa hire “siapa sempat”
  • Budaya kerja jadi tak stabil
  • Customer experience terjejas

Kalau turnover terlalu tinggi, syarikat akan spend banyak masa untuk:

  • Training orang baru
  • Cover kerja staff yang keluar
  • Bayar overtime
  • Hadapi pressure dari client

Turnover Tinggi Yang Sihat

Kadang-kadang turnover tinggi sebab syarikat tengah berkembang. Maksudnya ramai masuk & ramai keluar tapi staff baru lebih sesuai.

Contohnya:

  • Startup yang tengah grow
  • Syarikat scaling team
  • Pengambilan besar-besaran (mass hiring)

So context very important.


Macam Mana Turnover Boleh Affect Kerja & Gaji Awak?

Ini part yang ramai tak sedar. Turnover bukan sekadar HR punya masalah tetapi ia boleh impact kerjaya awak sendiri.

1. Awak Mungkin Kena Take Over Banyak Kerja

Bila orang resign, kerja dia kena cover sementara. Awak jadi “orang serba boleh”.

2. Peluang Naik Pangkat Boleh Jadi Lebih Cepat

Turnover tinggi = banyak kekosongan. Kalau awak perform, peluang naik pangkat pun lebih besar.

3. Gaji Boleh Stagnant Atau Boleh Naik

Kalau company struggling nak hire, kadang-kadang mereka naikkan gaji untuk retain staff. Tapi kalau turnover tinggi sebab masalah kewangan, gaji lambat naik.

4. Suasana Kerja Boleh Jadi Tegang

Staff keluar → management pressure → kerja urgent → burnout. Ini cycle yang common.


Patut Ke Awak Risau Kalau Company Awak Turnover Tinggi?

Jawapannya: bergantung.

Kalau turnover tinggi sebab:

  • Gaji rendah
  • Manager kasar
  • Workload melampau
  • Pekerja bagus ramai resign
  • Company asyik restructure
  • Tiada career growth

Yes, ini red flag. Tapi kalau turnover tinggi sebab company tengah grow, tambah project, atau team expand, itu masih ok.


Resume Dah Hantar Banyak Tapi Senyap Sunyi? Jom, Drop Resume Di Maukerja

Awak penat tak setiap kali tengok kerja yang “konon sesuai” tapi sebenarnya langsung tak match dengan skill awak? Sebenarnya, ada cara lebih senang untuk tahu kerja mana yang betul-betul sesuai dengan pengalaman & minat awak tanpa perlu scroll berjam-jam.

Dengan Maukerja AI Job Matcher, sistem akan cadangkan kerja paling tepat ikut pengalaman awak nak dan kelebihan awak.
Tak payah pening. Tak payah teka.

Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher dan biar sistem AI bantu pilih kerja terbaik untuk awak. Lagi cepat awak hantar, lagi cepat peluang interview datang. Jangan tunggu sampai orang lain sapu dulu!

Job Matcher


FAQ 

1. Apakah maksud turnover dalam kerja?

Turnover ialah kadar keluar masuk pekerja dalam syarikat dalam tempoh tertentu. HR guna angka ini untuk ukur stabiliti dan kesihatan organisasi.

2. Bagaimana cara paling mudah kira turnover rate?

Bahagikan jumlah pekerja yang berhenti dengan purata jumlah pekerja, kemudian darab 100. Formula ini beri gambaran jelas berapa ramai pekerja keluar dalam tempoh tersebut.

3. Apakah punca utama turnover tinggi di Malaysia?

Biasanya berpunca daripada gaji rendah, ketua yang toksik, peluang naik pangkat terhad, burnout, atau tawaran kerja lebih baik di tempat lain.

4. Bolehkah turnover tinggi jadi sesuatu yang positif?

Ya. Kalau turnover berlaku sebab syarikat sedang berkembang atau menggantikan pekerja tidak produktif, ia sebenarnya sihat dan membantu syarikat grow.

5. Apakah kesan turnover kepada pekerja yang masih stay?

Mereka mungkin perlu cover extra workload, tapi ia juga boleh buka peluang naik pangkat lebih cepat. Semua bergantung pada keadaan syarikat.


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah: