Hari Wilayah 2026 Jatuh Hari Apa? Ada Cuti Atau Tak?
# Pengetahuan Pekerja

Hari Wilayah 2026 Jatuh Hari Apa? Ada Cuti Atau Tak?

post by Ani

by Ani

Jan 26, 2026
at 11:40 AM

Hari Wilayah 2026 Jatuh Hari Apa? Ada Cuti Atau Tak?

Pernah tak awak tertanya-tanya, "Hari Wilayah 2026 jatuh pada hari apa?" Jangan risau, kita ada jawapannya! Hari Wilayah, yang kita sambut setiap 1 Februari, adalah hari yang penting bagi Wilayah Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Pada tahun 2026, Hari Wilayah jatuh pada hari Ahad. Tapi, jangan risau! Biasanya, cuti umum akan dibawa ke hari Isnin. Jadi, kalau awak bekerja di Wilayah Persekutuan, ada peluang untuk dapat cuti panjang. 


Apa Itu Hari Wilayah?

Hari Wilayah ni sebenarnya satu hari istimewa yang diraikan pada 1 Februari setiap tahun. Ia adalah hari di mana kita menghargai dan meraikan kawasan Wilayah Persekutuan di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Untuk tahun 2026, tema Hari Wilayah adalah "Wilayah Maju, Rakyat Sejahtera", yang fokus pada kemajuan pembangunan dan kesejahteraan penduduk di wilayah-wilayah tersebut.

Baca Juga: Thaipusam & Hari Wilayah 2026 Bertindih, Jadi Berapa Hari Cuti?


Tarikh Hari Wilayah 2026 Jatuh Pada Hari Apa?

Hari Wilayah Persekutuan 2026 jatuh pada Ahad, 1 Februari 2026. Ya, Ahad. Dan bila dengar “Ahad”, mesti terus terfikir satu benda: “Kalau jatuh Ahad… Isnin ganti cuti ke?” Jawapannya bergantung pada lokasi kerja awak.


Adakah Hari Wilayah Cuti Umum Di Seluruh Malaysia?

Tak. Hari Wilayah Persekutuan BUKAN cuti umum seluruh Malaysia.

Ia hanya cuti umum untuk:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

Kalau awak kerja di Selangor, Johor, Penang, Melaka atau negeri lain awak tak cuti kecuali majikan bagi extra off.

Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kerja Kosong Dekat LRT/MRT!


Kalau Hari Wilayah Jatuh Hari Ahad, Adakah Cuti Ganti Diberi?

Ya, biasanya ada cuti ganti TAPI hanya untuk wilayah yang layak sahaja.

Siapa yang dapat cuti ganti Hari Wilayah 2026?

Pekerja di:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

Biasanya akan dapat cuti ganti pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin, 2 Februari 2026.

Namun, ini tertakluk kepada:

  • Pengumuman rasmi kerajaan
  • Polisi majikan (terutama sektor swasta)

Tema Hari Wilayah 2026

Tema Hari Wilayah 2026 adalah “WILAYAH PERSEKUTUAN KITA.”

Tema Hari Wilayah 2026


Jom Guna Peluang Ni Untuk Upgrade Kerjaya Awak

Ramai yang masih struggle cari kerja sesuai walaupun dah hantar berpuluh resume. Penat apply tapi senyap je. Sebenarnya, ada cara yang lebih smart untuk cari kerja ikut skill & minat awak.

Dengan Maukerja Job Matcher, sistem AI akan bantu padankan resume awak dengan kerja yang paling sesuai. Tak perlu apply membuta tuli lagi. Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher & biar sistem bantu awak jumpa kerja impian!

Kalau awak tengah cari kerja baru yang betul-betul sesuai dengan minat & pengalaman, jangan tunggu lagi. Lagi cepat awak hantar, lagi tinggi peluang awak dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu!

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ Berkaitan Hari Wilayah Persekutuan 2026

1. Apakah Hari Wilayah Persekutuan cuti umum seluruh Malaysia?

Tidak. Hari Wilayah hanya cuti umum untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

2. Bagaimana jika Hari Wilayah jatuh hari Ahad, adakah cuti ganti?

Kebiasaannya ya. Cuti ganti akan diberi pada hari bekerja berikutnya, tertakluk kepada pengumuman rasmi dan polisi majikan.

3. Bolehkah majikan arahkan pekerja bekerja pada Hari Wilayah?

Boleh, tetapi majikan perlu beri cuti ganti atau bayaran mengikut kadar cuti umum seperti yang ditetapkan undang-undang.

4. Apakah pekerja swasta layak dapat cuti Hari Wilayah?

Ya, jika syarikat beroperasi di wilayah yang terlibat. Jika tidak, ia bergantung kepada kontrak dan polisi syarikat.

5. Bagaimana Hari Wilayah memberi kesan kepada interview kerja?

Kebanyakan pejabat dan HR cuti, jadi interview biasanya ditunda. Sebaiknya elakkan follow-up semasa cuti umum.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah: