Apa Itu Nombor TIN? Ini Maksud & Cara Semak
# Pengetahuan Pekerja # Others

Apa Itu Nombor TIN? Ini Maksud & Cara Semak

post by Ani

by Ani

Feb 11, 2026
pada 4:09 PM

Apa Itu Nombor TIN? Ini Maksud & Cara Semak

Pernah tak awak isi borang kerja, tiba-tiba HR minta “Nombor TIN”? Atau masa daftar e-Filing LHDN, sistem minta Tax Identification Number tapi awak blur.

Dalam kepala terus fikir, “Eh, ni sama ke macam nombor cukai pendapatan?” Relax. Awak tak sorang. Ramai fresh grad, pekerja baru, malah yang dah kerja bertahun pun masih keliru tentang nombor TIN ni. Jadi dalam artikel ni, kita sembang betul-betul apa maksud TIN, siapa yang perlu ada dan macam mana nak semak.


Apa Itu Nombor TIN?

Nombor TIN ialah Tax Identification Number iaitu nombor pengenalan cukai yang dikeluarkan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia). TIN biasanya merujuk kepada nombor cukai pendapatan individu atau syarikat yang digunakan untuk tujuan rekod cukai, pengisytiharan pendapatan dan urusan rasmi berkaitan percukaian.

Kenapa TIN penting dalam sistem cukai Malaysia?

TIN berfungsi sebagai “ID cukai” awak.

Sama macam IC untuk identiti diri, TIN pula untuk identiti cukai. Setiap kali awak:

  • Buat e-Filing
  • Bayar cukai
  • Mohon pinjaman bank (sesetengah kes)
  • Urusan kerja dengan majikan luar negara

Nombor inilah yang akan digunakan. Kalau tak ada TIN, sistem tak boleh kesan rekod cukai awak.


Adakah Nombor TIN Sama Dengan Nombor Cukai Pendapatan?

Ya, dalam kebanyakan kes di Malaysia, nombor TIN individu adalah nombor cukai pendapatan yang diberikan oleh LHDN.

Contohnya:

  • Individu: Biasanya bermula dengan huruf seperti SG, OG, atau IG diikuti nombor.
  • Syarikat: Ada format berbeza mengikut kategori pendaftaran.

Baca Juga: Bila Kena Bayar Cukai Pendapatan? Ini Penjelasan Lengkap


Siapa Yang Perlu Ada Nombor TIN Di Malaysia?

Di Malaysia, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) adalah wajib bagi hampir semua individu dan entiti perniagaan.

Berikut adalah kategori utama yang perlu mempunyai nombor TIN: 

1. Individu (Pekerja & Peniaga)

  • Warganegara & Penduduk Tetap: Semua individu berumur 18 tahun ke atas.
  • Pekerja Terikat Cukai: Mana-mana individu yang mempunyai pendapatan penggajian yang layak dikenakan potongan Potongan Cukai Bulanan (PCB).
  • Pemilik Perniagaan/Freelancer: Individu yang menjalankan perniagaan sendiri atau bekerja secara bebas (freelance), walaupun perniagaan tersebut mengalami kerugian.
  • Pendapatan Lain: Mereka yang menerima pendapatan daripada sewaan, pelaburan, atau komisen. 

2. Entiti Perniagaan & Organisasi

  • Syarikat (Sdn Bhd/Bhd): Semua syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Perkongsian (Partnership): Termasuk Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP).
  • Pertubuhan & Koperasi: Mana-mana persatuan, kelab, atau badan amanah yang beroperasi di Malaysia.

3. Urusan Transaksi Khusus

Mulai sekarang, anda wajib mempunyai TIN jika terlibat dalam urusan berikut:

  • Jual Beli Hartanah: Semua pihak yang ingin melaksanakan pelupusan atau pemerolehan hartanah di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT).
  • E-Invois: Semua pembayar cukai (individu dan perniagaan) wajib mempunyai TIN untuk mematuhi sistem e-Invois yang sedang dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2025.
  • Urusan Perbankan: Syarikat atau entiti yang ingin membuka akaun bank korporat di Malaysia.

Nak cari kerja? Jom, drop resume di sini kalau nak dapat kerja cepat!


Bila Sebenarnya Awak Perlu Daftar Untuk Dapatkan TIN?

Kalau awak mula bekerja dan pendapatan tahunan melebihi had dikenakan cukai, awak perlu daftar. Walaupun tak pasti layak bayar cukai atau tak, langkah paling selamat ialah daftar dulu sebab lewat daftar boleh dikenakan penalti jika memang patut daftar lebih awal.

Contoh situasi real:

Ali mula kerja umur 24 tahun. Gaji RM3,000 sebulan.

Dia fikir, “Alah, belum tentu kena bayar cukai pun” dan dia tak daftar. Dua tahun kemudian, bila nak buat loan rumah, bank minta dokumen cukai. Masa tu baru kelam-kabut nak daftar, nak semak rekod lama.

Kalau dari awal daftar, semua jadi lebih mudah.


Bagaimana Cara Daftar Nombor TIN Dengan LHDN?

Pendaftaran nombor Pengenalan Cukai (TIN) di Malaysia boleh dilakukan melalui portal MyTax.

Berikut adalah kaedah pendaftaran dalam talian:

Pendaftaran Dalam Talian (e-Daftar)

Jika awak belum mempunyai TIN (seperti bukan warganegara atau entiti perniagaan), awak boleh mendaftar melalui aplikasi e-Daftar di portal MyTax. 

Langkah-langkah pendaftaran:

  1. Layari Portal MyTax.
  2. Klik pada menu e-Daftar.
  3. Isi borang pendaftaran mengikut kategori awak (Individu, Syarikat, atau Perkongsian).
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan (seperti salinan pasport untuk warga asing).
  5. Setelah permohonan diproses, awak akan menerima nombor TIN anda melalui e-mel atau boleh disemak melalui status permohonan e-Daftar. 

 

Masih Struggle Cari Kerja Yang Stabil?

Ramai dah hantar 10, 20, 50 resume… tapi masih senyap. Bukan sebab awak tak bagus tapi cuma kerja tu tak betul-betul match dengan skill awak. Stop bazir masa scroll tanpa arah.

Guna AI Job Matcher dan nanti sistem akan padankan kerja ikut pengalaman awak. Lagi tepat, lagi tinggi peluang dipanggil interview.

Drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher. Biar AI yang tolong carikan kerja paling ngam dengan awak.

Jangan tunggu sampai peluang tu orang lain dah ambil dulu.

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ Tentang Nombor TIN

1. Apakah maksud nombor TIN dalam sistem cukai Malaysia?

Nombor TIN ialah Tax Identification Number yang digunakan oleh LHDN sebagai nombor pengenalan cukai individu atau syarikat. Ia digunakan untuk semua urusan rasmi berkaitan cukai pendapatan.

2. Bagaimana cara semak nombor TIN secara online?

Awak boleh log masuk ke portal MyTax LHDN dan semak di bahagian profil akaun. Nombor cukai akan dipaparkan jika awak sudah berdaftar.

3. Bolehkah bekerja tanpa nombor TIN?

Boleh bekerja, tetapi jika pendapatan awak layak dikenakan cukai, awak wajib mendaftar. Kegagalan daftar boleh menyebabkan penalti atau denda.

4. Apakah beza TIN individu dan TIN syarikat?

TIN individu digunakan untuk pekerja dan individu berpendapatan sendiri. TIN syarikat pula khusus untuk entiti perniagaan seperti enterprise atau Sdn Bhd.

5. Bagaimana jika terlupa nombor TIN?

Awak boleh semak melalui portal MyTax, rujuk dokumen lama LHDN, atau hubungi cawangan LHDN untuk bantuan pengesahan identiti.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah: