Apa Itu Hari Kelepasan Am? Panduan Lengkap & Senarai Cuti Wajib Malaysia
# Pengetahuan Pekerja

Apa Itu Hari Kelepasan Am? Panduan Lengkap & Senarai Cuti Wajib Malaysia

post by Ani

by Ani

Apr 27, 2026
at 2:04 PM

Apa Itu Hari Kelepasan Am? Panduan Lengkap & Senarai Cuti Wajib Malaysia

Pernah tak anda tertanya semua cuti umum dalam kalendar tu memang wajib ke majikan bagi? Jujur cakap, ramai pekerja kat Malaysia masih blur. Ada yang ingat semua tarikh merah tu automatik dapat cuti. Ada pula yang kena kerja masa cuti umum tapi tak pasti layak dapat bayaran triple pay atau tidak.

Dan persoalan paling common“Majikan boleh ke paksa saya kerja masa Hari Kelepasan Am?”

Kalau anda pernah rasa macam ni, anda tak keseorangan. Menurut Akta Kerja 1955, sebenarnya ada peraturan spesifik tentang apa itu Hari Kelepasan Am (HKA) supaya pekerja tak mudah kena “game” dengan syarikat.


Apa Itu Hari Kelepasan Am?

Hari Kelepasan Am (HKA) ialah hari cuti umum yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Malaysia di bawah Akta Hari Kelepasan 1951. Dalam konteks pekerjaan, ia merupakan hari di mana pekerja berhak untuk bercuti dengan gaji penuh, atau menerima bayaran tambahan jika diminta bekerja.

Ini bukan cuti suka-suka. Ini adalah hak cuti yang dilindungi oleh undang-undang perburuhan negara.

Definisi Mengikut Undang-Undang Malaysia

Di bawah Seksyen 60D Akta Kerja 1955, setiap pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan layak mendapat sekurang-kurangnya 11 hari Hari Kelepasan Am berbayar dalam satu tahun kalendar.

Bagi mereka yang berada di Borneo:

  • Sabah: Tertakluk di bawah Ordinan Buruh Sabah (Bab 67).
  • Sarawak: Tertakluk di bawah Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Walaupun akta berbeza, prinsip asasnya tetap sama iaitu majikan wajib memberikan cuti atau membayar pampasan mengikut kadar yang ditetapkan jika hari tersebut adalah salah satu daripada hari kelepasan am yang dipilih oleh syarikat.

Nak cari kerja? Jom, drop resume di sini kalau nak dapat kerja cepat!


Apa Beza Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri?

Ini adalah bahagian yang paling kerap mencetuskan kekeliruan antara majikan dan pekerja. Secara undang-undang, perbezaannya terletak pada skop kawasan cuti tersebut dikuatkuasakan.

1. Hari Kelepasan Am Persekutuan (National Holidays)

Ini adalah cuti umum yang diwartakan untuk seluruh negara. Ia termaktub dalam Jadual Pertama, Akta Hari Kelepasan 1951.

  • Skop: Disambut serentak di semua negeri dan Wilayah Persekutuan.
  • Contoh Utama: Hari Kebangsaan (31 Ogos), Hari Malaysia (16 September), Hari Pekerja (1 Mei), dan Hari Keputeraan YDP Agong.
  •  Fakta Penting: Tak kira awak kerja dekat KL, Johor, atau Sabah semua akan terlibat dengan cuti ini.

2. Hari Kelepasan Am Negeri (State Holidays)

Ini pula adalah cuti yang diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (Government of the State) dan hanya terpakai untuk negeri tersebut sahaja.

  • Skop: Hanya sah di negeri yang mewartakannya. Jika anda bekerja di Selangor, anda tidak layak mendapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.
  • Contoh Utama: Hari Keputeraan Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri, Awal Muharram (di sesetengah negeri), atau Hari Hol di Johor.
  • Fakta Penting: Kelayakan cuti anda bergantung pada lokasi tempat kerja (seperti dalam kontrak), bukan tempat tinggal anda.
Ciri-Ciri Hari Kelepasan Am Persekutuan Hari Kelepasan Am Negeri
Kawasan Terlibat Seluruh Malaysia (Semua Negeri & Wilayah). Hanya di negeri tertentu sahaja.
Pihak Berkuasa Diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan. Diwartakan oleh Kerajaan Negeri.
Contoh Cuti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Pekerja, Hari Keputeraan Agong. Hari Keputeraan Sultan/Raja Negeri, Hari Hol (Johor), Hari Wilayah.
Status Pekerja Swasta 5 Hari adalah Wajib (Mandatori) & tidak boleh ditukar. Bergantung kepada 6 hari pilihan yang ditetapkan majikan.
Lokasi Kelayakan Tak kira di mana anda bekerja di Malaysia. Berdasarkan lokasi pejabat/tempat kerja, bukan tempat tinggal.

Apakah 5 Hari Kelepasan Am Wajib di Malaysia?

Okay, ini bahagian paling kritikal. Walaupun undang-undang menetapkan jumlah minimum ialah 11 hari setahun, ada 5 hari khusus yang WAJIB diberikan oleh majikan.

Di bawah Seksyen 60D Akta Kerja 1955, majikan dilarang sama sekali untuk menggantikan 5 hari ini dengan hari lain tanpa persetujuan atau bayaran pampasan yang betul. Jika tak bagi, itu sudah melanggar undang-undang buruh.

Senarai 5 Hari Cuti Wajib (Mandatori):

  1. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
  2. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  3. Hari Keputeraan Raja atau Yang di-Pertua Negeri (bergantung kepada lokasi tempat kerja anda)
  4. Hari Pekerja (1 Mei)
  5. Hari Malaysia (16 September)

Nota: Kelima-lima hari ini "tak boleh skip". Majikan wajib masukkan dalam senarai cuti berbayar pekerja setiap tahun.

Macam Mana Dengan Baki 6 Hari Cuti Lagi?

Untuk cukupkan kuota minimum 11 hari yang ditetapkan oleh kerajaan, majikan diberi kelonggaran untuk memilih baki 6 hari lagi daripada cuti umum yang lain.

Antara cuti pilihan yang popular di Malaysia:

  • Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha
  • Tahun Baru Cina
  • Hari Deepavali
  • Hari Krismas
  • Hari Wesak / Maulidur Rasul

Penting: Ketahui Hak Anda!

Majikan tidak boleh memilih cuti ini secara rahsia atau "last minute". Secara undang-undang, majikan perlu:

  • Maklumkan awal: Biasanya melalui Offer Letter atau Employee Handbook.
  • Notis Bertulis: Majikan wajib mempamerkan notis senarai 11 hari kelepasan am yang dipilih di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar baru.

Tips: Jika syarikat anda tidak mempamerkan senarai ini, anda berhak bertanya kepada bahagian HR untuk kepastian.

Kategori Bilangan Hari Senarai Hari Kelepasan Am
Wajib (Mandatori) 5 Hari 1. Hari Kebangsaan (31 Ogos)
2. Hari Malaysia (16 September)
3. Hari Pekerja (1 Mei)
4. Hari Keputeraan YDP Agong
5. Hari Keputeraan Raja/YDP Negeri
Pilihan Majikan 6 Hari Contoh: Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas, Wesak, dll.
JUMLAH 11 HARI Minimum wajib setahun.

Apa Hak Anda Jika Bekerja Pada Hari Kelepasan Am?

Ini bahagian yang ramai pekerja terlepas pandang. Mengikut Seksyen 60D Akta Kerja 1955, jika anda diminta bekerja pada Hari Kelepasan Am yang telah diwartakan, anda berhak mendapat pampasan yang adil. Anda TIDAK BOLEH dibayar dengan kadar hari biasa.

1. Kadar Bayaran Gaji (Triple Pay)

Secara undang-undang, pengiraan gaji untuk kerja pada cuti am adalah seperti berikut:

  • Gaji Hari Biasa (Gaji Pokok)
  • TAMBAH 2 Hari Gaji (Kadar Cuti Umum)
  • JUMLAH: Anda layak mendapat kadar 3 kali ganda gaji harian (Triple Pay).

2. Cuti Gantian (Replacement Leave)

Adakah majikan boleh tukar cuti ke hari lain? Ya, boleh. Tetapi mengikut undang-undang, ia tertakluk kepada syarat ini:

  • Persetujuan Bersama: Mesti ada persetujuan antara pekerja dan majikan.
  • Cuti Berbayar: Hari ganti tersebut mestilah cuti berbayar penuh.

Contoh Pengiraan Gaji Kerja Cuti Am (Triple Pay)

Ramai yang keliru macam mana nak kira "3x gaji" ni. Jom kita ambil contoh mudah:

Situasi:
Gaji bulanan anda ialah RM2,600 dan anda diminta bekerja pada Hari Kebangsaan (31 Ogos).

Langkah Pengiraan Cara Kira Hasil (RM)
1. Gaji Sehari RM2,600 ÷ 26 Hari Bekerja RM100
2. Gaji Asas Gaji harian yang memang sudah ada dalam gaji bulan RM100
3. Bayaran Tambahan Gaji harian x 2 (Kadar Cuti Am) RM200
JUMLAH BESAR Gaji Asas + Bayaran Tambahan RM300

Kesimpulan: Jika anda kerja pada Hari Kelepasan Am tersebut, anda sepatutnya mendapat tambahan RM200 di dalam slip gaji bulan itu (Total RM300 untuk hari tersebut).


Jangan Ambil Ringan Hak Cuti Anda

Hari Kelepasan Am bukan sekadar “cuti biasa”. Ia adalah hak pekerja yang sangat kritikal untuk difahami demi menjaga kebajikan diri sendiri. Ingat tiga perkara utama ini:

  1. Dilindungi Undang-Undang: Tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 (atau Ordinan Buruh Sabah/Sarawak).
  2. Wajib Diberikan: Majikan wajib beri minimum 11 hari cuti setahun (5 wajib, 6 pilihan).
  3. Bayaran Khas: Kerja pada cuti am mesti dibayar kadar triple pay atau diganti dengan cuti lain.

Jika anda masih ragu-ragu tentang status cuti anda, jangan bertangguh untuk:

  • Semak: Offer Letter atau Employee Handbook terbaru.
  • Tanya: Dapatkan pengesahan terus daripada bahagian HR.
  • Pantau: Pastikan slip gaji bulan tersebut mencerminkan bayaran yang betul.

Lebih baik bertanya awal dan faham hak sendiri daripada menyesal kemudian hari apabila hak anda dinafikan.


Masih Struggle Cari Kerja yang Betul-Betul Hargai Hak Pekerja?

Jangan sia-siakan bakat anda dekat tempat yang tak menghargai hak anda sebagai pekerja. Kami sedia bantu anda cari peluang baru yang lebih stabil dan profesional.

Nanti anda tinggal tunggu sahaja majikan hubungi kalau anda calon yang mereka cari.

Drop Resume


Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Hari Kelepasan Am

1. Apakah maksud Hari Kelepasan Am di Malaysia?

Ia adalah cuti umum yang diwartakan oleh kerajaan. Di bawah Akta Kerja 1955, pekerja sektor swasta layak mendapat sekurang-kurangnya 11 hari cuti umum berbayar setahun.

2. Bagaimana jika saya diminta bekerja pada Hari Kelepasan Am?

Anda layak menerima bayaran tambahan kadar 3 kali gaji harian (Triple Pay), atau majikan boleh memberikan cuti gantian berbayar pada hari lain dengan persetujuan anda.

3. Adakah semua "tarikh merah" di kalendar wajib diberikan oleh majikan?

Tidak. Hanya 5 hari sahaja yang wajib (mandatori) mengikut undang-undang. Baki 6 hari lagi adalah pilihan majikan yang perlu dimaklumkan kepada pekerja pada awal tahun.

4. Adakah pekerja part-time layak mendapat Hari Kelepasan Am?

Ya. Di bawah Employment (Part-Time Employees) Regulations 2010, pekerja sambilan tetap layak mendapat hari kelepasan am berbayar jika hari cuti tersebut jatuh pada hari mereka sepatutnya bekerja.

5. Apa perlu dibuat jika majikan enggan bayar atau beri cuti ganti?

Langkah pertama, rujuk bahagian HR untuk pengesahan. Jika tiada penyelesaian, anda boleh memfailkan aduan rasmi di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTKSM) yang berhampiran atau melalui aplikasi Working for Workers (WFW).


Tengah Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Nak Kerja Baru? Ini Senarai Jawatan Yang Tengah Open Sekarang;