Kembali
Agensi Pakatan Jaya banner company

Agensi Pakatan Jaya

201-500 Employees · Banking / Finance

Tentang Agensi Pakatan Jaya

Agensi Pakatan Jaya merupakan agensi yang bernaung di bawah Great Eastern Takaful Sdn Bhd ( yang telah dianugerahkan “ The Best New Takaful Operator 2011 & 2012 ” dan  "The Best Takaful Operator (ASIA),  2013 " ) 
 
Semua produk yang ditawarkan adalah produk perlindungan takaful. Antaranya pelan simpanan haji/umrah (i-Great Amal), pelan perlindungan kad perubatan (i-Great Damai + i-Medik), pelan simpanan pendidikan (i-Great Iqra) and pelan perlindungan asas (i-Great Teras).
 
Dalam usaha untuk meneroka pasaran yang kompetitif, Agensi Pakatan Jaya telah  melahirkan ramai perunding yang berjaya serta berdaya saing dan berani menyahut cabaran. Agensi Pakatan Jaya turut mempunyai inspirasi untuk membina reputasi yang dinamik, berwawasan dan berupaya mendidik orang awam terhadap kepentingan perlindungan takaful.
 
Dengan itu, pihak kami mempelawa individu yang bercita-cita tinggi dan bersedia melakukan anjakan paradigm untuk mengubah gaya hidup.  Agensi Pakatan Jaya menawarkan sistem latihan yang berterusan dan komprehensif. Semangat kerja berpasukan sentiasa diutamakan dalam falsafah pembinaan agensi. Insentif yang menarik juga ditawarkan kepada perunding takaful baru supaya melangkah dengan lebih mudah dalam kerjaya ini.

Maklumat Agensi Pakatan Jaya

Nama Syarikat

Agensi Pakatan Jaya

Jenis Syarikat

-

Saiz Syarikat

201-500

Industri

Banking / Finance

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0

Alamat Agensi Pakatan Jaya

13B, Persiaran Greentown 4 Greentown Business Centre Ipoh 30450