

Aurum Genesis Sdn Bhd
Company SSM No 202501016696 · 1-20 Employees · Food & Beverage
Tentang Aurum Genesis Sdn Bhd
Aurum Genesis adalah sebuah syarikat yang berani berinovasi dan berjuang untuk membina masa depan yang cemerlang. Kami mencari individu yang berdikari, yang sanggup berusaha keras, belajar sendiri, dan tidak mudah berputus asa. Jika anda seorang yang bersemangat dan mahu mencapai kejayaan bersama-sama, tempat anda di sini bersama kami.
Kami percaya bahawa kejayaan sebenar datang daripada usaha berterusan dan semangat juang tanpa henti. Oleh itu, kami membina sebuah ekosistem yang menyokong perkembangan setiap individu dalam syarikat. Ekosistem ini bukan sahaja memudahkan kerja harian, tetapi juga membuka peluang untuk anda berkembang secara profesional dan peribadi.
Visi kami adalah untuk menjadikan Aurum Genesis dan jenama the Jelita sebagai pemimpin dalam industri, bukan hanya dari segi keuntungan tetapi juga dari segi nilai dan impak positif kepada masyarakat. Dalam 10 tahun akan datang, kami bertekad untuk membina sebuah syarikat yang besar, kukuh dan berharga — sebuah organisasi yang bukan sahaja membina produk hebat tetapi juga membina insan-insan hebat.
Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, yang mengutamakan ketekunan, pembelajaran berterusan, dan matlamat jangka panjang, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai Aurum Genesis.
Maklumat Aurum Genesis Sdn Bhd
Budaya dan Faedah Pekerja
Faedah Kesihatan
- Insurans Pergigian dan banyak lagi...
Faedah Kewangan
- Bonus Prestasi
Cuti Berbayar
- Cuti Sakit
- Lebih daripada 12 hari cuti tahunan dalam setahun dan banyak lagi...
Faedah Tambahan
- Bekerja dari Rumah (WFH)/ Bekerja dari Jauh
- Mod Bekerja Hibrid (bekerja sebahagian di pejabat dan sebahagian dari jauh) dan banyak lagi...