jobs in Kumpulan Tadika ABS Plt

Kumpulan Tadika ABS Plt

<50 Employees

<10 Followers

Tentang Kumpulan Tadika ABS Plt

Alami suasana pembelajaran dengan aplikasi teknik mendorong tingkah laku positif dalam suasana budaya tinggi dan nilai keusahawanan dalam Kelab 'ARAF.
Tadika dalam Rangkaian TADIKA ABS juga menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2017) yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.
KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kendungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai ddalam enam tunjang pembelajaran berikut:
- Komunikasi
- Kerohanian
- Sikap dan nilai
- Kemanusiaan
- Sains dan Teknologi
- Perkembangan fizikal dan estetika
- Pembangunan ketrampilan diri
Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

Album Kumpulan Tadika ABS Plt

Maklumat Kumpulan Tadika ABS Plt

Nama Syarikat

Kumpulan Tadika ABS Plt

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

-

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

Ada soalan untuk syarikat ni? Tanya je terus!

Alamat Kumpulan Tadika ABS Plt

No 14B, Jalan TC2A/2, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur