
MASZ FOODS & HEALTH
Company SSM No 0433551-M · Employees · BioTech / Pharmaceutical
About MASZ FOODS & HEALTH
MASZ FOODS & HEALTH membekal dan mengedarkan produk makanan kering yang sihat dan juga produk kesihatan.
90% adalah JUALAN ONLINE, 10% JUALAN OFFLINE dilakukan oleh Ejen dan juga Wakil Syarikat.
Strategi pemasaran adalah dengan menggunakan media sosial dan juga website Syarikat.
Syarikat kami mengutamakan kualiti kerja berbanding kuantiti.
Syarikat juga sangat bertoleransi dan mementingkan kesejahteraan
emosi para ahli yang bekerja dalam kumpulan.
Rewards kepada team diberikan setiap bulan bagi memberi motivasi
dan juga galakan kepada team untuk meningkatkan kualiti kerja.
Team sangat digalakkan untuk bekerja secara independant dan
sentiasa berfikir untuk membantu dalam mengembangkan Syarikat.
Tiada 'kasta; dalam Syarikat. Syarikat mengamalkan konsep
'EVERYONE IS A LEADER' dan dalam masa yang sama semua perlu bekerja bersama-sama sebagai ahli dalam pasukan.
Visi Syarikat : Membantu seramai mungkin rakyat Malaysia
mendapatkan makanan sihat dan juga mendapatkan pendapatan
Misi Syarikat :
Makanan perlu sihat untuk membekalkan nutrisi kepada tubuh tetapi aspek rasa (kesedapan) tidak diabaikan.
Kesihatan bermula daripada usus dan pengambilan makanan sihat, seimbang serta vitamin yang diperlukan tubuh dapat membantu rakyat Malaysia menjadi sihat dan mengelakkan jangkitan virus atau penyakit.
Selain jualan, Syarikat juga membuat edukasi kesihatan kepada pengguna agar pengguna sedar tentang kepentingan penjagaan nutrisi
Kami mengalu-alukan ahli pasukan yang bercita-cita tinggi dalam karier dan mahu sentiasa belajar untuk meningkatkan kualiti kerja.
MASZ FOODS & HEALTH Business Information
Company Name
MASZ FOODS & HEALTH
Company Type
-
Company Size
Industry
BioTech / Pharmaceutical
Company SSM No
0433551-M
Job Vacancies
0