Tiada Lagi Masalah Komunikasi Bagi 'Traveller' Sebab Gajet Ni Boleh Tolong Korang Terjemah Ayat 'On The Spot!'
# Trending Semasa

Tiada Lagi Masalah Komunikasi Bagi 'Traveller' Sebab Gajet Ni Boleh Tolong Korang Terjemah Ayat 'On The Spot!'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 16, 2017
at 1:22 AM

Cuba bayangkan kalau korang pergi travel, korang boleh bertutur dengan warga asing tanpa sebarang masalah (tiada language barrier) langsung. Mesti best, kan? Lebih banyak tempat dan lokasi yang korang boleh pergi memandangkan korang senang je nak berkomunikasi dengan orang awam terutama sekali local people. 

Sebuah alat peranti yang dikenali sebagai 'ili' ini telah dicipta oleh sebuah syarikat di Jepun iaitu Logbar. Gajet ini dicipta untuk merterjemah perkataan 'on the spot' supaya aktiviti travel korang tu boleh berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah komunikasi. Buat masa sekarang, 'ili' hanya boleh menterjemah 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina dan bahasa-bahasa lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Apa yang membezakan 'ili' dengan aplikasi lain, 'ili' boleh berfungsi walaupun tanpa sebarang mobile data mahupun wifi. Jadi korang tak payah risau kalau tempat tu takde internet connection sebab ia masih boleh berfungsi macam biasa. 

 

Berikut merupakan 6 tips penting penggunaan 'ili':

1. Boleh terjemah ayat simple (one phrase device)

Pastikan ayat yang ingin diterjemahkan tu dituturkan dengan jelas dan mudah difahami. 

 

2. Tak boleh terjemah ayat yang terlalu panjang

Kalau ayat yang panjang atau terlalu meleret-leret akan mengganggu proses terjemahan device ni. Memang tak boleh nak translate. 

 

3. Alat terjemahan satu hala saja (one way device)

'ili' hanya boleh translate bahasa yang kita gunakan sahaja. Contohnya, English kepada Chinese.

 

4. Satu bahasa setiap penggunaan (one language per device)

Satu bahasa pada satu-satu masa. Tak boleh terjemah dari BI ke Bahasa Jepun, kemudian Bahasa Cina dan sebagainya.

 

5. Ada fungsi 'repeat'

Kalau orang tersebut minta untuk diulangkan semula perkataan, korang tak payah susah-susah cakap balik. Cuma tekan saja butang 'repeat'.

 

6. Lagi cepat dari guna apps lain

Cuma perlu tekan butang -> sebutkan ayat -> terjemah. Mudah sangat. 

 

Saksikan bagaimana alat peranti 'ili' ini digunakan menerusi video ini: