Cuba bayangkan kalau korang pergi travel, korang boleh bertutur dengan warga asing tanpa sebarang masalah (tiada language barrier) langsung. Mesti best, kan? Lebih banyak tempat dan lokasi yang korang boleh pergi memandangkan korang senang je nak berkomunikasi dengan orang awam terutama sekali local people.

