Kini Anda Boleh Bayar Semula PTPTN Secara Automatik Dengan 8 Cara Ini
# Pengetahuan Pekerja

Kini Anda Boleh Bayar Semula PTPTN Secara Automatik Dengan 8 Cara Ini

post by Izuan

by Izuan

Dec 5, 2017
at 4:08 AM

Bila dah kerja ni memang tak sempat nak bayar balik pinjaman PTPTN, kadang-kadang wang terguna untuk benda lain, kesannya nama pun dah masuk dalam rekod CCRIS dan menyukarkan kita untuk membuat sepanjang pinjaman rumah dan peribadi pada masa akan datang.

Silap-silap nak bercuti ke luar negara pun susah tau sebab dah kena senarai hitam, jadi untuk memudahkan kerja anda, apa kata cuba buat bayaran melalui kaedah auto debit ini dimana anda akan membayar secara automatik tanpa perlu transfer mahupun ke pejabat PTPTN secara manual.

Nak tahu macam mana, ikuti langkah ini.

Step 1 : Semak Akaun Pinjaman PTPTN 

Klik pada pautan ini atau gambar untuk semak semula jenis pinjaman anda, masukkan nombor kad pengenalan (tanpa sengkang) dan klik 'Semak'. Pasti akan keluar salah satu di antara kedua-dua ini:

  1. Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvensional
  2. Penyata Kira-Kira Pembiayaan Ujrah

Klik jenis pinjaman yang terpapar dan anda akan beralih kepada halaman baru.  

Step 2 : Masukkan Nombor Pengenalan & Kata Laluan(Tanpa Sengkang) & Klik 'Log Masuk'

Terlupa kata laluan? Hubungi sahaja nombor yang tertera, penggilan anda akan dijawab dengan pantas!

Step 3: Klik 'Penyata Baki' Di Bahagian Kiri Halaman

Butiran lengkap mengenai pinjaman akan dipaparkan. Baki pinjaman, jumlah yang telah dibayar, tunggakan semua akan terpapar disitu (rujuk gambar step 4) Di dalam penyata tersebut, anda akan nampak satu menu kecil tertulis 'Pendaftaran Untuk Direct Debit' di sebelah logo direct-debit yang comel. Klik menu tersebut.

Step 4 : Scroll Ke Bawah Sikit & Klik Pada 'Pendaftaran Untuk Direct Debit'

Step 5 : Klik 'Permohonan Baru'

Step 6 : Isi Butiran Lanjut & Klik 'Simpan'

Pastikan nombor telefon bimbit dan email peribadi yang anda masukkan itu aktif kerana dua maklumat ini akan digunakan untuk sebarang makluman berkaitan pembayaran balik yang telah anda buat secara autodebit.

Jumlah bayaran atau potongan akan automatik terpapar. Selain itu, anda boleh juga menukar jumlahnya kepada satu jumlah lain yang mampu anda bayar, atau dengan persetujuan pihak PTPTN dalam pelarasan. Anda juga boleh membayar dalam nilai amaun yang lebih daripada apa yang dipaparkan.

Jika anda letakkan jumlah yang lebih besar daripada apa yang dipaparkan, ini bermakna tempoh untuk anda langsaikan hutang PTPTN akan jadi cepat, dan mengurangkan kos pentadbiran yang dikenakan kepada anda.

Klik butang 'Simpan'. Paparan untuk pengesahan akan muncul seperti di step 7:

Step 7 : Semak Semula Jumlah Bayaran, Jika Betul, Klik 'Pengesahan Maklumat Akaun Bank'

Bayaran pendaftaran autodebit akan dicaj sebanyak RM1 menerusi portal PTPTN Online Payment Getaway - FPX. 

Kemudian, anda diminta untuk pilih salah satu daripada senarai bank yang tertera. Anda juga diminta untuk masukkan email anda. Pastikan email anda adalah sama dengan email daftar PTPTN supaya mudah untuk anda mengesan jumlah bayaran yang dibuat.

Selepas itu, anda klik butang 'Bayar dengan FPX'.

Step 8 : Siap!

Satu tetingkap baru akan muncul (pastikan anda tidak sekat popup) yang paparkan portal pembayaran menerusi bank pilihan anda tadi. Buat pembayaran yang diminta, iaitu bayaran pendaftaran sebanyak RM1.

Pada waktu ini, akan muncul beberapa kali tetingkap amaran minta anda sahkan maklumat akaun bank anda. Abaikan sahaja, sehingga anda selesai buat pembayaran pendaftaran.

Setelah pembayaran dibuat dan disahkan, paparan-paparan seperti diatas akan muncul secara automatik.​

Sumber