Pastikan nombor telefon bimbit dan email peribadi yang anda masukkan itu aktif kerana dua maklumat ini akan digunakan untuk sebarang makluman berkaitan pembayaran balik yang telah anda buat secara autodebit.
Jumlah bayaran atau potongan akan automatik terpapar. Selain itu, anda boleh juga menukar jumlahnya kepada satu jumlah lain yang mampu anda bayar, atau dengan persetujuan pihak PTPTN dalam pelarasan. Anda juga boleh membayar dalam nilai amaun yang lebih daripada apa yang dipaparkan.
Jika anda letakkan jumlah yang lebih besar daripada apa yang dipaparkan, ini bermakna tempoh untuk anda langsaikan hutang PTPTN akan jadi cepat, dan mengurangkan kos pentadbiran yang dikenakan kepada anda.