Dalam kehidupan ini, terlalu banyak masa yang terbuang dengan menunggu terutama sekali dalam mencari kerja. Cuba bayangkan, nak mohon mana-mana kerja kena tunggu syarikat tersebut keluarkan iklan terlebih dahulu. Lepas dah keluar iklan dan mohon, kena pula tunggu sama ada permohonan anda tu berjaya ataupun tidak. Kalau hari ni mohon, esok dah dapat results, baguslah. Tapi kalau syarikat tu ambil masa sampai berbulan-bulan, tak ke membazir masa kalau macam tu? Dah lah terpaksa tunggu lama, permohonan gagal pula tu. Memang sia-sia menunggu, kan?



