Perbezaan Pelaburan Unit Trust, ASB, Saham & Tabung Haji Yang Korang Perlu Tahu
# Gaya Hidup

Perbezaan Pelaburan Unit Trust, ASB, Saham & Tabung Haji Yang Korang Perlu Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 13, 2019
at 8:41 AM

Pastinya korang di luar sana sangat familiar dengan nama ASB, Tabung Haji dan pelbagai lagi jenis pelaburan yang ada di Malaysia ni. Namun, sejauh mana kefahaman korang terhadap semua jenis pelaburan ni? Kalau korang nak buat pelaburan, apakah kriteria yang perlu diambil kira?

 

Definisi Saham, Unit Trust, Tabung Haji Dan Pelaburan ASB

1. Saham - Pelaburan saham di malaysia adalah bermaksud urusniaga jual beli saham syarikat tersenarai di pasaran saham. Saham adalah pegangan hak milik dalam bentuk kuantiti didalam satu syarikat tersenarai.Lagi besar kuantiti lagi berkuasa pemegang saham dalam membuat keputusan syarikat.


2. Unit Trust - Satu bentuk collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan modal mereka supaya dapat dilaburkan dalam sesuatu portfolio pelaburan. 

 

3. Tabung Haji - Strategi pelaburan TH adalah berdasarkan kepada Alokasi Aset Strategik TH yang telah diluluskan oleh Jemaah Lembaga Pengarah serta diluluskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 

Strategik Alokasi Aset (SAA) merupakan panduan rangkakerja pelaburan merangkumi pelbagai kelas aset yang terdiri daripada Ekuiti, Pendapatan Tetap, Hartanah dan Tunai. SAA ini melibatkan imbangan semula portfolio untuk tujuan pelaburan jangka panjang strategi pelaburan dalam memastikan pulangan yang objektif pada tahap risiko yang berpatutan.

 

4. ASB - Pelaburan ASB adalah antara pelaburan "fixed price" tetapi tidak "capital guaranteed". "Fixed price" tetapi tidak "capital guaranteed" bermaksud jika kita melabur sebanyak RM1000, duit kita akan sentiasa ada RM1000 dalam simpanan walau apa pun yang terjadi.

 


Masih 'jobless?' Jangan risau, Maukerja boleh bantu cari kerja paling ngam untuk anda!


 

Ini Perbezaan Saham, Unit Trust, Tabung Haji Dan Pelaburan ASB

 

 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin membuat pelaburan pada masa depan.