[UJI DIRI] - 4 Gaya Korang Guna 'Handphone' Ni Bakal Bongkar Semua Sifat Dalam Diri! Betul Ke?
# Gaya Hidup

[UJI DIRI] - 4 Gaya Korang Guna 'Handphone' Ni Bakal Bongkar Semua Sifat Dalam Diri! Betul Ke?

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 22, 2025
at 4:14 PM

Korang kalau duduk santai-santai, macam mana cara korang main handphone eh? Korang tahu tak, gaya korang main handphone tu sebenarnya menunjukkan korang ni jenis macam mana sebenarnya?

 

Nak tahu korang ni macam mana orangnya?

Korang cuba ujian ni!

 

 

Kalau korang...

A. Duduk Santai

Seorang yang sangat berdikari orangnya. Korang ni jenis yang tak suka menyusahkan orang, sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Korang juga tak suka menceritakan masalah peribadi dengan orang lain dan sentiasa mahu membanggakan orang di sekeliling, terutamanya ibu bapa. 

 

B. Baring

Korang menetapkan standard yang tinggi bukan saja pada diri sendiri, malah terhadap orang di sekeliling terutamanya mereka yang rapat. Tapi korang ni bukanlah sejenis yang suka berkira dan sentiasa murah hati dengan sesiapa saja. Korang mempunyai harga diri yang sangat tinggi dan mempunyai aura yang sangat berwibawa.

 


 

 


 

 

C. Meniarap

Korang ni jenis tak suka terlalu serious dan lebih memikirkan hal yang fun dan menggembirakan je. Bukan tu je, korang juga suka explore perkara-perkara baru. Sebab tulah korang tak suka buat perkara yang sama je, mesti nak cuba sesuatu yang baru!

 

D. Mengiring

Oh, korang sangat easy going dan mudah mesra orangnya! Korang mampu menangani semua perkara dengan baik. Korang mempunyai personaliti yang sangat menarik di mata orang sekeliling! Kiranya, korang ni sangat disenangi orangnya.