Menurut Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik. Pertama, pelanggan terbabit boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan. Atau kedua, mereka boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.

