Peminjam Yang Ambil Moratorium 6 Bulan Diberi 2 Pilihan, Ini Penjelasan BNM Tentang Moratorium Korang Perlu Tahu
# Trending Semasa

Peminjam Yang Ambil Moratorium 6 Bulan Diberi 2 Pilihan, Ini Penjelasan BNM Tentang Moratorium Korang Perlu Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 30, 2020
pada 9:47 AM

Menurut Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik. Pertama, pelanggan terbabit boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan. Atau kedua, mereka boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.

 

Bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai isu ini, berikut adalah penjelasan daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM): 

1. Bermula pada 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan mereka berhubung dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan proses penangguhan pembayaran pinjaman/pembiayaan mereka di bawah moratorium ini.

2. Institusi perbankan juga akan menyediakan bagi setiap peminjam/pelanggan maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap mereka - mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah/keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium

3. Peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian mereka yang sedia ada - Institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium.

4. Peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian mereka yang sedia ada. Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium - Tiada caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh tersebut sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang disetujui dengan peminjam/pelanggan.

5. Peminjam tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium ini.  Sebaliknya, peminjam hanya perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah bagi moratorium ini dilaksanakan.  Selepas itu, pihak bank akan menghubungi peminjam mengenai langkah mudah selanjutnya.

6. Pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium ini boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank mereka masing-masing.

 

Kenyataan ini diambil daripada laman web rasmi Bank Negara Malaysia.