Senarai Kosmetik Beracun 2020
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Senarai Kosmetik Beracun 2020

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 10, 2020
at 12:11 PM

Semua orang nak cantik. Walaupun sepatutnya kecantikan itu tidak patut terletak pada warna kulit atau paras rupa sahaja, tapi masih ramai yang beranggapan paras rupa menjadi kayu ukur kecantikkan. Yelah, kalau tak, masakan lambakan produk kecantikkan dipasaran tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dengan menjanjikan kesan seawal 2 hari, tona 10 kali ganda lebih putih, ramai yang termakan dengan promosi seperti ini. 

Jadi hari ini saya terpanggil nak kongsi beberapa produk yang telah diwartakan sebagai beracun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jaga-jaga! Kesan produk beracun boleh memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang tau.

Senarai produk beracun 2020 dari KKM

Antara produk bagi jenama Sifu Kunyit,JJ Skincare, Glow Skin White, Rzac Beauty, Deeja Cosmetics, Dnars, Karisma Cosmetics Skincare, Qeziger, MS Skinz, Abang Sayang disenaraikan mempunyai bahan beracun pada tahun 2020.

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di atas. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. 

Kalau korang nak semak produk sendiri pun boleh, tekan link ini >SEMAK PRODUK<

Tanda-tanda produk berbahaya kepada seseorang. BACA SINI