Semua orang nak cantik. Walaupun sepatutnya kecantikan itu tidak patut terletak pada warna kulit atau paras rupa sahaja, tapi masih ramai yang beranggapan paras rupa menjadi kayu ukur kecantikkan. Yelah, kalau tak, masakan lambakan produk kecantikkan dipasaran tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dengan menjanjikan kesan seawal 2 hari, tona 10 kali ganda lebih putih, ramai yang termakan dengan promosi seperti ini.


