"Apa Punca Graduan Gagal Dapat Kerja?" Ini Antara 5 Puncanya Yang Ramai Tak Sedar
# Pengetahuan Pekerja

"Apa Punca Graduan Gagal Dapat Kerja?" Ini Antara 5 Puncanya Yang Ramai Tak Sedar

post by Ani

by Ani

Dec 18, 2023
at 9:56 AM

"Apa Punca Graduan Gagal Dapat Kerja?" Ini Antara 5 Puncanya Yang Ramai Tak Sedar

Salam semua! Korang graduan? Kalau korang tengah rasa hairan kenapa tak dapat kerja lagi, jangan risau. Ada benda-benda kecil yang mungkin kita tak perasan tapi boleh jadi punca utama hal ni terjadi. Meh, admin kongsi lima punca yang boleh jadi sebab kenapa graduan gagal dapat job.

1. Minta Gaji Tak Masuk Akal

Korang pernah tak apply kerja terus terkejut kenapa tak dapat offer? Rupa-rupanya, ada graduan yang minta gaji macam kena jackpot loteri. Kita kena realistik sikit, dik! Jangan lah nak mintak gaji yang boleh buat bos terus pengsan. Checklah dulu salary guide dalam industri korang, tengok gaji untuk freshie macam kita. Kalau over budget, confirm bos tak larat nak hire! Kalau nak check berapa salary guide yang patut korang dapat dalam industri korang, boleh je refer kat sini > https://bit.ly/3RY8w41

2. Lemah Dalam Bahasa Inggeris

Eh, jangan pandang rendah pasal Bahasa Inggeris. Kat zaman global ni, BI memang penting. Jangan sampai BI kita lebih kurang macam Manglish yang tak berbunyi. Kalau nak apply kerja, polish sikit lah BI kita. Tak kena guna bombastic words, janji orang faham. Temuduga pun selalu guna BI, so kena power skit la!

graduan

3. Terlampau Memilih Pekerjaan Dan Syarikat

Ada kajian kata, certain fields ni lagi senang nak score job. Jadi, kalau graduan nak lebih secure, maybe pilih bidang yang tengah hot. Jangan lah terlalu strict nak kerja dalam bidang yang sama dengan course kita. Kalau flexible sikit, peluang dapat kerja tu pun boleh expand. Jangan memilih, jadi like water, be flexible!

4. Lemah Dalam Kemahiran Berkomunikasi

Ni penting, geng! Kemahiran berkomunikasi yang lemah boleh jadi deal breaker. Majikan suka yang boleh borak, bukan yang senyap cam radio rosak. Jadi, leh polish lagi cara kita berkomunikasi. Practice depan cermin, sembang dengan kucing, janji confident!

5. Tiada Personaliti Dan Karakter Yang Menyakinkan

Personaliti kita ni macam cover album, pertama kali nampak memang orang judge dari luar. Jadi, jangan jadi macam dalam drama Korea yang hero peluk bantal je. Kena ada charisma sikit, kekemasan berpakaian, dan tatacara yang baik. Kalau personaliti kita menawan, confirm majikan senang jatuh hati!

So, kawan-kawan graduan, jangan stress sangat kalau belum jumpa kerja. Try je apply kerja kosong kat sini sebab ada banyak kerja kosong korang boleh apply > Apply kerja kosong disini. Lepastu, cuba check balik punca-punca ni. Kadang-kadang, kecil-kecil punca besar. Banyakkan effort, upgrade diri, dan yang paling penting, jangan give up! Mesti ada rezeki yang menanti tu. All the best, geng!


Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan. Ada berlambak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong disini.