

by Ani
Eh, korang pernah tak lepas interview rasa macam, "Ha, ni confirm dapat kerja ni!" Tapi, tahukah korang ada benda-benda kecil yang kita buat boleh jadi penyebab majikan tukar fikiran? Jangan terlalu relax, ada benda kena jaga lepas temuduga juga! Jom tengok 5 perkara ni.

Bila lepas temuduga, memang kena follow-up lah. Tapi jangan sampai jadi macam stalker! Kalau seminggu sekali dah boleh cover, jangan la sampai nak hari-hari update. Nanti majikan bukan teruja tengok CV kita, tapi terganggu dengan kerenah follow-up yang berlebihan.

Lepas dapat nama majikan, jangan la terus search Facebook, LinkedIn, Instagram. Kalau nak stalk ex, ok kot, ni nak stalk majikan pulak. Benda ni boleh jadi macam melampau sikit. Biarlah ada batas antara profesional dan peribadi.

Masa temuduga, kita dah cakap gaji berapa, dah agree. Lepas tu, jangan pulak tiba-tiba cakap, "Eh, boleh naik sikit gaji tak?" Confirm majikan akan pandang kita macam tukar fikiran macam tukar baju. Kena tahu bila nak bersyukur dengan deal yang dah ada.

Walaupun korang rasa memang power habis lepas temuduga, jangan sampai terlalu yakin. Jangan lah nak tanya, "Bila boleh start kerja?" macam confirm dah dapat. Majikan pun ada proses nak pilih calon, bukan straight away boleh dapat jawatan. Keep it cool, jangan terlalu confident sampai jadi biadap.

Sebelum terlebih follow-up, hantar dulu ucapan terima kasih kat majikan. Jangan direct call macam nak dapat jackpot. Lagi-lagi lepas temuduga, letak sikap bersyukur dengan hantar nota terima kasih. Ini bukan saja tunjuk sopan santun, tapi juga tunjukkan kita betul-betul hargai peluang yang diberi.
Jadi, lepas ni, bila lepas temuduga, kena lah jaga perangai. Kalau tak, boleh jadi 'turn off' bukan saja dalam hubungan, malah dalam proses mencari kerja juga. Ingat, majikan bukan sekadar cari kebolehan, tapi juga cari sikap yang betul.
Maukerja tempat paling ngam untuk korang cari peluang pekerjaan di syarikat-syarikat yang besar. Ada banyak kerja kosong menanti korang! Explore kerja kosong di syarikat besar disini.
Artikel Berkaitan: