Hari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di Malaysia Dan Asal Usul Hari Wesak
# Pengetahuan Pekerja # Others

Hari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di Malaysia Dan Asal Usul Hari Wesak

post by Ani

by Ani

May 19, 2024
at 5:26 PM

Hari Wesak 2024: Tarikh Cuti Umum Di Malaysia Dan Asal Usul Hari Wesak

Hari Wesak atau Vesak Day adalah hari terpenting dalam kalendar Buddha yang melambangkan kelahiran, pencerahan agung, dan kematian Gautama Buddha. Berikut adalah tarikh sambutan Hari Wesak di Malaysia serta maklumat cuti umum bagi setiap negeri.

Asal Usul Hari Wesak

Hari Wesak

Menurut sumber, perkataan 'Wesak' atau 'Vesak' berasal daripada perkataan Pali iaitu 'Vesakha'. Dalam bahasa Sanskrit, ia disebut sebagai 'Vaisakha', yang merupakan nama bulan dalam kalendar Hindu yang menandakan bulan kelima.

Hari Wesak merupakan hari cuti umum bagi semua negeri di Malaysia dan perayaan ini biasanya jatuh sekitar bulan April dan Mei. Keputusan untuk menyelaraskan sambutan Hari Wesak sebagai hari keputeraan Buddha dibuat melalui persidangan pertama World Fellowship of Buddhists yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950.

Hari Wesak menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu kelahiran beliau, kesedaran agung (pencerahan), dan kematiannya (Parinirvana). Terdapat beberapa fakta menarik mengenai sambutan Wesak di Malaysia:

  • Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan.
  • Tiga patung Buddha utama di Tumpat, Kelantan adalah:
  1. Patung Buddha berbaring di Wat Phothivihan, Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar.
  2. Patung Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara.
  3. Patung Buddha berdiri di Kampung Terbok.
  • Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut Hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai tanda penghormatan kepada dewa Bao-sheng Da-di.

Baca Juga: Jenis & Jumlah Cuti Yang Wajib Setiap Pekerja Tahu

Cuti Hari Wesak 2024

Cuti Hari Wesak

Tarikh Hari Wesak 2024 jatuh pada 22 Mei (Rabu) dan merupakan cuti umum bagi SEMUA NEGERI di Malaysia. Di Malaysia, Vesak Day telah diumumkan sebagai cuti umum mulai tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961. Perayaan ini mungkin disambut dengan cara yang berbeza di setiap negara di dunia.

Di Malaysia, lazimnya para penganut Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha. Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan berkumpul dan berarak sambil membawa simbol-simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seperti Buddha dan dewa-dewi.

Walau apa pun cara sambutan mereka, Hari Wesak di Malaysia khususnya merupakan masa untuk semua penganut Buddha menyerlahkan serta meraikan nilai-nilai asas seperti toleransi, kasih sayang, dan khidmat kepada manusia seperti yang terkandung dalam kehidupan dan ajaran Buddha.


Drop Resume

Pekerjaan Terkenal:

Panduan Kerjaya:

Lokasi: