

by Maukerja Team
Tarikh puasa 2026 berkemungkinan jatuh pada 19 Februari 2026. Tertakhluk pada perubahan.

Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas membakar. Al-Imam Al-Qurtubi menyatakan:
“Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh"

Dalam hadis Nabi, Rasulullah SAW turut menggunakan perkataan “ramaḍa” yang membawa maksud panas. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Solat al-Awwabin (Solat Duha) itu ketika waktu anak-anak unta kepanasan (kerana pasir yang panas)” (Sahih Muslim, no: 144-748).
Peringatan: Bagi sesiapa yang belum ganti puasa diwajibkan untuk ganti. Anda perlu tahu cara dan niat puasa ganti ramadan kalau nak qada puasa yang tertinggal.
Menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT yang menceritakan perihal Maryam AS:
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al-Rahman. (Surah Maryam: 26)
Puasa dari segi syara’ pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini
Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah (cerapan anak bulan) dan hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah bermula dari tahun 1995 untuk menentukan tarikh bermulanya puasa.
Asas kepada kaedah rukyah dan hisab yang digunapakai negara Malaysia adalah berpandukan kepada pendapat-pendapat ulama’ muktabar. Rukyah (melihat anak bulan) akan dilaksanakan pada hari ke-29 setiap bulan, sebagai contoh 29 Syaaban 1445H akan datang. Sekiranya hilal (anak bulan) tidak kelihatan maka data hisab digunakan dengan merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui.
Sekiranya kriteria tersebut dipenuhi maka esoknya menjadi 1 Ramadan dan sekiranya tidak dipenuhi maka esoknya digenapkan kepada 30 haribulan Syaaban.

Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1447H): Dijangka jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Hari Raya Aidilfitri yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa. Ini selaras dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:
“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
Ketika Hari Raya Aidilfitri, kita digalakkan untuk melakukan sunnah-sunnah berikut:

Ramadan 2026 dijangka jatuh pada salah satu hari iaitu 18 atau 19 Februari 2026. Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan kaedah Rukyah dan hisab yang diguna pakai di Malaysia. Diharapkan panduan ini dapat membantu orang ramai merancang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih baik.
Nak cari kerja? Jangan pening-pening dah. Jom drop resume di Maukerja kalau nak cari pekerjaan dengan cepat dengan klik disini! Ada pelbagai kerja kosong yang anda boleh mohon.
Artikel Berkaitan:
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau korang nak kerja cepat, grab je peluang ni.