Puasa 2026: Tarikh Puasa 2026 Dan Hari Raya 2026
# Trending Semasa

Puasa 2026: Tarikh Puasa 2026 Dan Hari Raya 2026

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jan 6, 2026
pada 2:40 PM

Puasa 2026: Tarikh Puasa 2026 Dan Hari Raya 2026

Tarikh Puasa 2026

Tarikh puasa 2026 berkemungkinan jatuh pada 19 Februari 2026. Tertakhluk pada perubahan.

Tarikh Puasa 2026


Maksud Ramadhan

Dari segi bahasa, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (رمض) yang membawa maksud panas membakar. Al-Imam Al-Qurtubi menyatakan:

“Dinamakan Ramadan kerana ia seakan membakar dosa melalui amal-amal soleh"

maksud ramadhan

Dalam hadis Nabi, Rasulullah SAW turut menggunakan perkataan “ramaḍa” yang membawa maksud panas. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Solat al-Awwabin (Solat Duha) itu ketika waktu anak-anak unta kepanasan (kerana pasir yang panas)” (Sahih Muslim, no: 144-748).

Peringatan: Bagi sesiapa yang belum ganti puasa diwajibkan untuk ganti. Anda perlu tahu cara dan niat puasa ganti ramadan kalau nak qada puasa yang tertinggal.

Menurut bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT yang menceritakan perihal Maryam AS:

Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al-Rahman. (Surah Maryam: 26)

Puasa dari segi syara’ pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Apa maksud puasa

Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah (cerapan anak bulan) dan hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah bermula dari tahun 1995 untuk menentukan tarikh bermulanya puasa.

Asas kepada kaedah rukyah dan hisab yang digunapakai negara Malaysia adalah berpandukan kepada pendapat-pendapat ulama’ muktabar. Rukyah (melihat anak bulan) akan dilaksanakan pada hari ke-29 setiap bulan, sebagai contoh 29 Syaaban 1445H akan datang. Sekiranya hilal (anak bulan) tidak kelihatan maka data hisab digunakan dengan merujuk kepada kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui.

Sekiranya kriteria tersebut dipenuhi maka esoknya menjadi 1 Ramadan dan sekiranya tidak dipenuhi maka esoknya digenapkan kepada 30 haribulan Syaaban.

imakanur rukyah


Hari Raya 2026

Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1447H): Dijangka jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Tarikh Hari Raya 2026


Apa Itu 1 Syawal?

Hari Raya Aidilfitri yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa. Ini selaras dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:

“… Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.

Ketika Hari Raya Aidilfitri, kita digalakkan untuk melakukan sunnah-sunnah berikut:

  • Bertakbir pada malam raya dan pagi raya di mana sahaja mereka berada (selain dalam tandas).
  • Menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al-Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya.
  • Mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik dan memakai bau-bauan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
  • Bagi makmum sunat pergi ke tempat solat raya lebih awal, sementara Imam disunatkan datang lewat sedikit, iaitu ketika hendak mendirikan solat.
  • Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a berkata : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak keluar pada pagi hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Bukhari].
  • Memberi kelapangan kepada keluarga dari segi perbelanjaan, memperbanyakkan sedekah sekadar yang termampu.
  • Keluar pergi solat melalui jalan lain dan balik ke rumah semula selepas solat melalui jalan lain. Bagi yang mampu adalah lebih afdhal pergi solat berjalan kaki.
  • Menzahirkan keceriaan dan kegembiraan ketika bertemu dengan orang mukmin, serta ziarah menziarahi bagi mengeratkan silaturrahim, serta mengucapkan sebarang ucapan yang baik. Para sahabat Rasulullah s.a.w ketika bertemu sesama mereka pada hari Raya mereka menyebut: تقبل الله منا ومنك (semoga Allah menerima amal kami dan juga amalmu).
  • Tidak berjabat salam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, seperti ipar, isteri bapa saudara atau suami emak saudara dan seumpamanya.

Amalan Sunat Hari Raya

Ramadan 2026 dijangka jatuh pada salah satu hari iaitu 18 atau 19 Februari 2026. Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan kaedah Rukyah dan hisab yang diguna pakai di Malaysia. Diharapkan panduan ini dapat membantu orang ramai merancang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih baik.


Nak Cari Kerja? Jom, Cari Di Portal Maukerja

Nak cari kerja? Jangan pening-pening dah. Jom drop resume di Maukerja kalau nak cari pekerjaan dengan cepat dengan klik disini! Ada pelbagai kerja kosong yang anda boleh mohon.