Buli di Tempat Kerja? Ini Tanda-Tanda Yang Ramai Tak Sedar!
# Pengetahuan Pekerja # Others

Buli di Tempat Kerja? Ini Tanda-Tanda Yang Ramai Tak Sedar!

post by Ani

by Ani

Jul 17, 2025
at 10:40 AM

Buli di Tempat Kerja? Ini Tanda-Tanda Yang Ramai Tak Sedar!

Pernah rasa terpinggir, dipermain atau diperlekeh masa kerja? Tapi bila cerita kat orang, semua anggap itu perkara biasa. Hati-hati, sebab itu mungkin buli di tempat kerja dan benda ni ramai tak sedar sedang berlaku.

Dalam dunia kerja hari ini, buli bukan lagi sekadar jeritan atau herdikan. Ia dah jadi lebih halus, penuh sindiran, dan sering disembunyikan atas nama “gurauan” atau “budaya kerja syarikat”. Tapi bila dibiarkan, kesannya boleh merosakkan keyakinan, prestasi dan kesihatan mental seseorang.

So, dalam artikel ni, jom kita hadam sama-sama:

  • Maksud sebenar buli tempat kerja
  • Tanda-tanda awal yang ramai tak nampak
  • Contoh kes buli sebenar
  • Faktor yang mendorong budaya buli
  • Kesan kepada mangsa
  • Dan paling penting, cara mengatasi buli di tempat kerja

Apa Itu Buli di Tempat Kerja?

Buli di tempat kerja bermaksud perlakuan berulang yang bersifat menjatuhkan, menindas, atau memperlekehkan seseorang sama ada secara lisan, emosi, sosial mahupun fizikal. Biasanya berlaku dalam struktur kerja, dari bos kepada staf, sesama rakan sekerja, atau dalam kumpulan tertentu.

Yang lebih menyedihkan, ia sering dianggap “perkara kecil” atau “awak terlalu sensitif”, sedangkan ia perlahan-lahan memakan semangat seseorang dari dalam.

Job Matcher

Apa Tanda-Tanda Buli di Tempat Kerja Yang Ramai Tak Sedar?

Jangan tunggu sampai mental breakdown baru nak sedar. Ni antara tanda-tanda buli di tempat kerja yang sering terlepas pandang:

  • Selalu diperlekeh atau dipersenda depan orang lain.
  • Asyik diberi tugasan tak relevan atau beban kerja melampau.
  • Diketepikan dari group, meeting atau projek penting.
  • Jadi bahan gurauan yang menyakitkan walau dah ditegur.
  • Info penting sengaja disorok atau disampaikan lambat.
  • Sentiasa jadi 'kambing hitam' bila ada masalah.
  • Dihukum ikut syarat pelik atau 'double standard'.

Kalau awak pernah alami lebih dari dua situasi ni, sila ALERT. Itu mungkin bukan kebetulan.

Apa Contoh Buli di Tempat Kerja? 

Tak kira sektor swasta atau kerajaan, kes buli di tempat kerja memang berlaku. Antara contohnya:

  • Seorang pekerja junior dipaksa buat kerja peribadi bos tanpa gaji tambahan.
  • Staf wanita sering dihina tentang rupa dan pakaian oleh rakan sekerja.
  • Satu team sengaja tak masukkan seorang staf dalam perbincangan penting.

Benda ni bukan drama. Ia real, dan ramai terpaksa telan sebab takut kehilangan kerja.

Apa Faktor Buli di Tempat Kerja?

Kenapa budaya buli ni wujud? Ini antara faktor buli di tempat kerja:

  1. Culture syarikat yang toksik – Gurauan kasar & maki hamun dianggap biasa.
  2. Persaingan tak sihat – Ada yang sanggup jatuhkan reputasi orang lain demi naik pangkat.
  3. Penyalahgunaan kuasa – Bos tekan staf bawah guna jawatan.
  4. Tiada sistem aduan yang efektif – Ramai takut bersuara sebab tak percaya sistem syarikat.
  5. Kurang kesedaran – Ramai tak tahu apa itu buli dan anggap ia perkara remeh.

Buli bukan sekadar buat seseorang 'tak suka kerja'. Antara kesan buli di tempat kerja:

  • Tekanan perasaan (anxiety, depression)
  • Hilang minat & motivasi kerja
  • Kerap ambil MC / ponteng
  • Keyakinan diri merosot
  • Mula fikir nak berhenti kerja tanpa hala tuju
  • Prestasi jatuh teruk

Bila kesan ni dibiarkan, mangsa boleh rasa lumpuh secara mental sampai rasa diri tak berguna.

Macam Mana Cara Atasi Buli di Tempat Kerja?

Kalau awak tengah alami situasi macam ni, jangan diam. Ni beberapa cara mengatasi buli di tempat kerja:

  1. Kumpulkan bukti – Screenshot, email, nota. Penting untuk lindungi diri.
  2. Buat aduan rasmi – Gunakan saluran HR atau borang aduan dalaman.
  3. Dapatkan sokongan – Kawan, keluarga atau kaunselor profesional.
  4. Kenal pasti hak pekerja – Rujuk Akta Kerja dan agensi seperti JTK.
  5. Cari peluang baru – Kadang-kadang, jalan keluar terbaik adalah cari tempat kerja lebih sihat.

Macam Mana Cara Nak Buat Aduan Buli di Tempat Kerja?

Ramai tak tahu bahawa korang boleh buat aduan buli di tempat kerja secara rasmi. Antara langkah:

  • Lapor ke HR syarikat – Jika ada sistem dalaman, guna saluran tu dulu.
  • Rujuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK) – Boleh buat aduan online.
  • Hubungi NGO atau peguam buruh – Kalau rasa tak selamat, dapatkan panduan luar.

Yang penting, jangan biar diri terus disakiti tanpa tindakan. Awak ada hak.

Baca Juga: Cara-Cara Membuat Aduan Kena Buli Di Tempat Kerja

Jangan Normalisasikan Amalan Buli di Tempat Kerja

Setiap pekerja berhak rasa selamat dan dihormati di tempat kerja. Bila ada kes buli di tempat kerja, jangan cepat salahkan diri atau fikir “saya terlalu sensitif”. Kadang-kadang, tempat tu memang toksik.

Kalau awak rasa dah tak tahan, dan nak keluar dari suasana kerja yang menyakitkan jangan tunggu sampai burnout. Drop je resume kat Maukerja. Tak payah apply satu-satu. Jimat masa, jaga mental.

Drop resume

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:

Senarai Kerja Kosong TOP Di Portal Maukerja Yang Awak Boleh Mohon:


Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Buli di Tempat Kerja

1. Apa itu buli tempat kerja?

Buli ialah perlakuan menindas, menghina atau meminggirkan seseorang secara berulang di tempat kerja.

2. Apa contoh buli di tempat kerja?

Contoh: diperlekeh depan staf lain, jadi bahan lawak, dibiarkan buat kerja berlebihan.

3. Kalau HR tak bantu, boleh buat aduan kat mana?

Boleh lapor terus ke JTK atau dapatkan nasihat NGO seperti Tenaganita.

4. Macam mana nak tahu itu buli atau teguran biasa?

Kalau perlakuan tu menyakitkan, berulang dan menjatuhkan maruah itu buli.

5. Kalau saya berhenti kerja sebab buli, ada pampasan?

Bergantung kes. Kalau ada bukti kukuh, boleh tuntut di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).