

by Ani
Pernah rasa terpinggir, dipermain atau diperlekeh masa kerja? Tapi bila cerita kat orang, semua anggap itu perkara biasa. Hati-hati, sebab itu mungkin buli di tempat kerja dan benda ni ramai tak sedar sedang berlaku.
Dalam dunia kerja hari ini, buli bukan lagi sekadar jeritan atau herdikan. Ia dah jadi lebih halus, penuh sindiran, dan sering disembunyikan atas nama “gurauan” atau “budaya kerja syarikat”. Tapi bila dibiarkan, kesannya boleh merosakkan keyakinan, prestasi dan kesihatan mental seseorang.
So, dalam artikel ni, jom kita hadam sama-sama:
Buli di tempat kerja bermaksud perlakuan berulang yang bersifat menjatuhkan, menindas, atau memperlekehkan seseorang sama ada secara lisan, emosi, sosial mahupun fizikal. Biasanya berlaku dalam struktur kerja, dari bos kepada staf, sesama rakan sekerja, atau dalam kumpulan tertentu.
Yang lebih menyedihkan, ia sering dianggap “perkara kecil” atau “awak terlalu sensitif”, sedangkan ia perlahan-lahan memakan semangat seseorang dari dalam.
Jangan tunggu sampai mental breakdown baru nak sedar. Ni antara tanda-tanda buli di tempat kerja yang sering terlepas pandang:
Kalau awak pernah alami lebih dari dua situasi ni, sila ALERT. Itu mungkin bukan kebetulan.
Tak kira sektor swasta atau kerajaan, kes buli di tempat kerja memang berlaku. Antara contohnya:
Benda ni bukan drama. Ia real, dan ramai terpaksa telan sebab takut kehilangan kerja.
Kenapa budaya buli ni wujud? Ini antara faktor buli di tempat kerja:
Tak tahan jadi mangsa buli? Jom, cari peluang kerja di syariat lain di sini
Buli bukan sekadar buat seseorang 'tak suka kerja'. Antara kesan buli di tempat kerja:
Bila kesan ni dibiarkan, mangsa boleh rasa lumpuh secara mental sampai rasa diri tak berguna.
Kalau awak tengah alami situasi macam ni, jangan diam. Ni beberapa cara mengatasi buli di tempat kerja:
Ramai tak tahu bahawa korang boleh buat aduan buli di tempat kerja secara rasmi. Antara langkah:
Yang penting, jangan biar diri terus disakiti tanpa tindakan. Awak ada hak.
Baca Juga: Cara-Cara Membuat Aduan Kena Buli Di Tempat Kerja
Setiap pekerja berhak rasa selamat dan dihormati di tempat kerja. Bila ada kes buli di tempat kerja, jangan cepat salahkan diri atau fikir “saya terlalu sensitif”. Kadang-kadang, tempat tu memang toksik.
Kalau awak rasa dah tak tahan, dan nak keluar dari suasana kerja yang menyakitkan jangan tunggu sampai burnout. Drop je resume kat Maukerja. Tak payah apply satu-satu. Jimat masa, jaga mental.
Buli ialah perlakuan menindas, menghina atau meminggirkan seseorang secara berulang di tempat kerja.
Contoh: diperlekeh depan staf lain, jadi bahan lawak, dibiarkan buat kerja berlebihan.
Boleh lapor terus ke JTK atau dapatkan nasihat NGO seperti Tenaganita.
Kalau perlakuan tu menyakitkan, berulang dan menjatuhkan maruah itu buli.
Bergantung kes. Kalau ada bukti kukuh, boleh tuntut di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).