Boleh Ke Bos Tak Bagi Bonus? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu!
# Pengetahuan Pekerja # Others

Boleh Ke Bos Tak Bagi Bonus? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu!

post by Ani

by Ani

Sep 16, 2025
at 11:23 AM

Boleh Ke Bos Tak Bagi Bonus? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu!

Setiap hujung tahun atau lepas musim perayaan, mesti ada satu soalan yang berlegar dalam kepala ramai pekerja: “Bos akan bagi bonus tak tahun ni?”

Bonus ni ibarat “hadiah penghargaan” yang buat kita rasa penat kerja setahun tu berbaloi. Tapi, bila bos senyap… mula la kita tertanya-tanya, wajib ke sebenarnya bos bagi bonus? Atau suka hati majikan je?

Jangan risau, artikel ni akan jawab semua persoalan awak dengan bahasa yang senang difahami. Kita akan kupas dari segi undang-undang Malaysia, situasi tempat kerja, beza sektor awam dan swasta, sampai la ke hak sebenar pekerja.


Ringkasan Untuk Yang Nak Cepat

  • Bonus bukan hak automatik semua pekerja, kecuali ada dalam kontrak.
  • Di Malaysia, Akta Kerja 1955 tak mewajibkan bonus tahunan untuk pekerja swasta.
  • Kalau majikan janji bonus dalam kontrak kerja tapi tak bayar, pekerja boleh tuntut.
  • Penjawat awam biasanya dapat bonus/insentif dari kerajaan, tapi swasta bergantung pada syarikat.
  • Kalau bonus tak dapat, pekerja masih boleh dapat insentif lain seperti elaun, komisen, atau OT.

Boleh Ke Majikan Tak Bagi Bonus Kepada Pekerja?

Inilah soalan paling famous. Jawapannya: Ya, boleh. Di Malaysia, bonus adalah budi bicara majikan kecuali ianya tertulis dalam kontrak kerja. Maksudnya, kalau kontrak jelas nyatakan pekerja layak bonus tahunan 1 bulan gaji maka majikan kena tunaikan. Kalau tak, pekerja boleh ambil tindakan.

Kalau tak ada dalam kontrak? Majikan tak wajib bagi bonus. Inilah realiti yang ramai pekerja tak tahu.

Artikel Berkaitan: Jangan Pakai ‘Sign’ Je Kontrak Kerja. Semak Dulu Ada Tak 6 Perkara Penting Dan Wajib Ini?


Bonus Adalah Hak atau Budi Bicara Majikan?

Ramai yang keliru, sebab bonus sering dianggap sebagai hak pekerja. Tapi sebenarnya:

  • Hak pekerja: Bila ia termaktub dalam kontrak atau polisi syarikat.
  • Budi bicara: Bila bos bagi ikut prestasi syarikat atau prestasi individu, tanpa janji bertulis.

Jawatan Kosong


Apa Kata Akta Kerja 1955 Tentang Bonus di Malaysia?

Kalau ikut Akta Kerja 1955, tak ada peruntukan khas yang mewajibkan majikan bagi bonus. Undang-undang hanya cover perkara wajib macam:

Maknanya, bonus tahunan swasta memang bukan kewajipan undang-undang.


Bonus Tahunan Wajib Ke Tidak?

Jawapan ringkas, bonus tahunan adalah tidak wajib. Tapi ada beberapa jenis bonus yang selalu pekerja dengar:

  1. Bonus kontrak – Dijamin sebab ada dalam perjanjian.
  2. Bonus prestasi – Dinilai ikut KPI individu.
  3. Bonus ex-gratia – Ikut budi bicara syarikat, biasanya bila syarikat untung besar.

Artikel Berkaitan: Maksud Bonus Dan Contoh Bonus Tahunan Layak Pekerja Terima


Adakah Bonus Sama Dengan Kenaikan Gaji?

Tak sama. Bonus biasanya one off, manakala kenaikan gaji adalah tetap dan berterusan.
Contohnya:

  • Bonus = reward tambahan (contoh: 1 bulan gaji)
  • Kenaikan gaji = adjustment tetap dalam slip gaji bulanan

Situasi Yang Membolehkan Majikan Tak Bagi Bonus

Ada beberapa senario legit yang buat bos tak wajib bagi bonus:

  • Kontrak tak sebut langsung pasal bonus
  • Bonus hanya disebut “atas budi bicara” dalam handbook atau polisi
  • Kewangan syarikat tak stabil, syarikat rugi atau cash flow ketat
  • Prestasi individu tak capai KPI

Bonus Penjawat Awam vs Swasta, Apa Bezanya?

Di Malaysia, penjawat awam memang selalu dapat pengumuman bonus, insentif khas atau bantuan kewangan dari kerajaan (contoh: Bonus Raya 2025).

Tapi untuk pekerja swasta? Semua bergantung pada polisi syarikat. Ada syarikat besar yang bagi 2–3 bulan gaji sebagai bonus, tapi ada juga syarikat kecil yang langsung tak mampu bagi.


Kesimpulan: Bonus Tak Wajib, Tapi Hargai Diri Awak Sebagai Pekerja

Kesimpulannya, bonus bukan hak automatik untuk semua pekerja swasta di Malaysia. Kalau ada dalam kontrak, ya itu hak awak. Tapi kalau tak ada, ia bergantung pada prestasi syarikat dan budi bicara majikan.

Jangan sedih kalau tak dapat bonus. Anggaplah ia motivasi untuk cari peluang kerja yang lebih baik. Ingat, kerja yang stabil dan ada ganjaran adil lebih penting dari sekadar bonus tahunan.

Kalau awak tengah fikir nak move on ke kerja baru, jangan susah hati kena apply satu-satu. Guna je fungsi AI Job Matcher di Maukerja. Awak hantar sekali resume, sistem akan padankan dengan kerja yang sesuai untuk awak. Mudah, cepat, dan peluang nak dapat kerja lebih cerah.

Job Matcher

Cuba sekarang di sini: AI Job Matcher Maukerja


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


Soalan Lazim Tentang Bonus Pekerja di Malaysia (FAQ)

1. Adakah bonus wajib dibayar setiap tahun di Malaysia?
Tidak. Bonus hanyalah wajib jika ada dalam kontrak kerja.

2. Kalau majikan janji nak bagi bonus tapi tak tunaikan, apa tindakan pekerja boleh buat?
Awak boleh rujuk JTK untuk buat aduan.

3. Bonus dikira atas gaji pokok atau gaji kasar?
Kebanyakan syarikat kira ikut gaji pokok.

4. Bonus dan OT (overtime) sama ke?
Tak sama. OT adalah bayaran wajib untuk kerja lebih masa, bonus pula bergantung pada polisi syarikat.

5. Adakah pekerja kontrak juga layak dapat bonus?
Layak, kalau ada dinyatakan dalam kontrak. Kalau tak, bergantung pada budi bicara majikan.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: