

by Ani
Setiap hujung tahun atau lepas musim perayaan, mesti ada satu soalan yang berlegar dalam kepala ramai pekerja: “Bos akan bagi bonus tak tahun ni?”
Bonus ni ibarat “hadiah penghargaan” yang buat kita rasa penat kerja setahun tu berbaloi. Tapi, bila bos senyap… mula la kita tertanya-tanya, wajib ke sebenarnya bos bagi bonus? Atau suka hati majikan je?
Jangan risau, artikel ni akan jawab semua persoalan awak dengan bahasa yang senang difahami. Kita akan kupas dari segi undang-undang Malaysia, situasi tempat kerja, beza sektor awam dan swasta, sampai la ke hak sebenar pekerja.
Inilah soalan paling famous. Jawapannya: Ya, boleh. Di Malaysia, bonus adalah budi bicara majikan kecuali ianya tertulis dalam kontrak kerja. Maksudnya, kalau kontrak jelas nyatakan pekerja layak bonus tahunan 1 bulan gaji maka majikan kena tunaikan. Kalau tak, pekerja boleh ambil tindakan.
Kalau tak ada dalam kontrak? Majikan tak wajib bagi bonus. Inilah realiti yang ramai pekerja tak tahu.
Artikel Berkaitan: Jangan Pakai ‘Sign’ Je Kontrak Kerja. Semak Dulu Ada Tak 6 Perkara Penting Dan Wajib Ini?
Ramai yang keliru, sebab bonus sering dianggap sebagai hak pekerja. Tapi sebenarnya:
Kalau ikut Akta Kerja 1955, tak ada peruntukan khas yang mewajibkan majikan bagi bonus. Undang-undang hanya cover perkara wajib macam:
Maknanya, bonus tahunan swasta memang bukan kewajipan undang-undang.
Jawapan ringkas, bonus tahunan adalah tidak wajib. Tapi ada beberapa jenis bonus yang selalu pekerja dengar:
Artikel Berkaitan: Maksud Bonus Dan Contoh Bonus Tahunan Layak Pekerja Terima
Tak sama. Bonus biasanya one off, manakala kenaikan gaji adalah tetap dan berterusan.
Contohnya:
Ada beberapa senario legit yang buat bos tak wajib bagi bonus:
Di Malaysia, penjawat awam memang selalu dapat pengumuman bonus, insentif khas atau bantuan kewangan dari kerajaan (contoh: Bonus Raya 2025).
Tapi untuk pekerja swasta? Semua bergantung pada polisi syarikat. Ada syarikat besar yang bagi 2–3 bulan gaji sebagai bonus, tapi ada juga syarikat kecil yang langsung tak mampu bagi.
Kesimpulannya, bonus bukan hak automatik untuk semua pekerja swasta di Malaysia. Kalau ada dalam kontrak, ya itu hak awak. Tapi kalau tak ada, ia bergantung pada prestasi syarikat dan budi bicara majikan.
Jangan sedih kalau tak dapat bonus. Anggaplah ia motivasi untuk cari peluang kerja yang lebih baik. Ingat, kerja yang stabil dan ada ganjaran adil lebih penting dari sekadar bonus tahunan.
Kalau awak tengah fikir nak move on ke kerja baru, jangan susah hati kena apply satu-satu. Guna je fungsi AI Job Matcher di Maukerja. Awak hantar sekali resume, sistem akan padankan dengan kerja yang sesuai untuk awak. Mudah, cepat, dan peluang nak dapat kerja lebih cerah.
Cuba sekarang di sini: AI Job Matcher Maukerja
1. Adakah bonus wajib dibayar setiap tahun di Malaysia?
Tidak. Bonus hanyalah wajib jika ada dalam kontrak kerja.
2. Kalau majikan janji nak bagi bonus tapi tak tunaikan, apa tindakan pekerja boleh buat?
Awak boleh rujuk JTK untuk buat aduan.
3. Bonus dikira atas gaji pokok atau gaji kasar?
Kebanyakan syarikat kira ikut gaji pokok.
4. Bonus dan OT (overtime) sama ke?
Tak sama. OT adalah bayaran wajib untuk kerja lebih masa, bonus pula bergantung pada polisi syarikat.
5. Adakah pekerja kontrak juga layak dapat bonus?
Layak, kalau ada dinyatakan dalam kontrak. Kalau tak, bergantung pada budi bicara majikan.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: