Apa Itu Kontrak Kerja? Ini Maksud & Kepentingan Untuk Pekerja
# Pengetahuan Pekerja

Apa Itu Kontrak Kerja? Ini Maksud & Kepentingan Untuk Pekerja

post by Ani

by Ani

Apr 1, 2026
at 10:23 AM

Apa Itu Kontrak Kerja? Ini Maksud & Kepentingan Untuk Pekerja

Pernah tak anda rasa blur bila HR bagi dokumen kontrak tebal untuk sign? Semua nampak formal, bahasa undang-undang yang panjang... tapi dalam hati tertanya-tanya: "Betul ke aku faham apa yang aku sign ni?" Secara asasnya, kontrak kerja (atau kontrak perkhidmatan) ialah perjanjian sah di bawah Akta Kerja 1955 yang mengikat majikan dan pekerja.

Ia menetapkan terma perkhidmatan seperti skop kerja, gaji, tempoh notis, dan faedah sampingan. Tanpa kontrak bertulis, hak anda sebagai pekerja sukar untuk dipertahankan di Mahkamah Buruh.


Apa Itu Kontrak Kerja?

Kontrak pekerjaan ialah perjanjian rasmi dan sah di sisi undang-undang antara majikan dan pekerja. Ia menetapkan terma penting seperti gaji, skop tugas, waktu kerja, dan faedah.

Kalau ada apa-apa isu nanti contohnya gaji sangkut, kena buat kerja luar skop, atau isu pemberhentian, kontrak inilah "perisai" dan rujukan utama anda di Pejabat Buruh atau Mahkamah Perusahaan.

Kenapa Kontrak Ni Wajib Jelas Dari Day 1?

Sebab semua expectation perlu hitam putih supaya tak ada ruang untuk "janji mulut" yang selalu dimungkiri. Antara perkara kritikal yang wajib ada:

  • Pakej Imbuhan: Bukan setakat gaji pokok, tapi elaun (makan/transport) dan struktur bonus.
  • Skop Tugas (JD): Supaya anda tak "dikerah" buat kerja yang langsung tak relevan dengan jawatan.
  • Terma Penamatan & Notis: Berapa bulan kena bagi notis kalau nak resign, atau apa pampasan kalau syarikat tutup?
  • Tempoh Percubaan (Probation): Berapa lama? Dan adakah faedah perubatan terus bermula atau lepas confirm?

Ingat: Mengikut Akta Kerja 1955, sebarang terma dalam kontrak yang kurang daripada hak minimum dalam Akta Kerja adalah terbatal dan tidak sah.


Kenapa Kontrak Kerja Wajib Ada & Penting Untuk Anda?

Kontrak kerja adalah "insurans" hak anda sebagai pekerja. Tanpa kontrak bertulis, anda sebenarnya bekerja tanpa sebarang safety net. Jika berlaku pertikaian sukar untuk melawan rekod rasmi syarikat.

4 Perkara Utama Yang Dilindungi Kontrak:

1. Jaminan Gaji & Struktur Bayaran

Kontrak menetapkan jumlah gaji pokok, tarikh akhir pembayaran (biasanya sebelum 7 hari bulan berikutnya), dan jenis elaun. Ini mengelakkan majikan mengubah gaji atau memotong pendapatan anda sesuka hati tanpa persetujuan.

2. Waktu Kerja & Terma Kerja Lebih Masa (OT)

Adakah anda bekerja 45 jam atau 48 jam seminggu? Kontrak akan menentukan had waktu kerja dan kelayakan bayaran OT mengikut Akta Kerja 1955. Tanpa ini, anda mungkin "dikerah" bekerja lebih masa tanpa sebarang bayaran tambahan.

3. Hak Cuti & Faedah Kebajikan

Ini bukan sekadar cuti tahunan dan cuti sakit. Kontrak yang baik akan memperincikan:

4. Tempoh Notis Berhenti Kerja (Exit Strategy)

Ini "penting gila" untuk mengelakkan anda terperangkap. Ia menetapkan tempoh notis (contoh: 1 bulan atau 3 bulan). Jika anda resign tanpa mengikut notis, anda boleh disaman atau dikehendaki membayar ganti rugi (indeminiti) kepada majikan.

Baca Juga: Akta Kerja Berhenti Kerja: Ini Tempoh Notis Berhenti Kerja Kena Tahu!


3 Jenis Kontrak Pekerjaan Utama di Malaysia

Penting untuk anda tahu, tak semua kontrak dicipta sama. Jenis kontrak menentukan tahap perlindungan undang-undang yang anda terima di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

1. Kontrak Tetap (Permanent / Indefinite)

Ini adalah status pekerjaan yang paling stabil dan menjadi idaman ramai untuk perancangan jangka panjang.

  • Ciri Utama: Tiada tarikh tamat perkhidmatan yang spesifik.
  • Perlindungan: Menikmati faedah penuh (KWSP, PERKESO, SIP), cuti tahunan berbayar, dan perlindungan daripada pemecatan tanpa sebab munasabah (Unfair Dismissal).
  • Sesuai Untuk: Mereka yang membina kerjaya long term dalam organisasi.

2. Kontrak Tempoh Tetap (Fixed-Term Contract)

Kontrak ini mempunyai "tarikh luput" yang jelas (Contoh: 1 tahun atau 2 tahun).

  • Kegunaan: Biasanya untuk projek khas, staf gantian (maternity cover), atau fasa percubaan panjang.
  • Risiko: Apabila kontrak tamat, majikan tidak wajib menyambungnya (kecuali jika terbukti ia adalah "automatic renewal" yang berulang kali).
  • Nota Penting: Pastikan faedah asas seperti KWSP tetap dicarum walaupun anda staf kontrak.

3. Kontrak Perkhidmatan (Freelance / Gig / Independent Contractor)

Berbeza dengan dua di atas, ini bukan "Contract of Service" tetapi "Contract for Service".

  • Ciri Utama: Anda adalah bos sendiri. Hubungan dengan syarikat adalah sebagai vendor/pembekal servis.
  • Kekurangan: Tiada caruman wajib KWSP/PERKESO daripada "majikan", tiada cuti sakit berbayar, dan tiada perlindungan Akta Kerja.
  • Kelebihan: Fleksibiliti waktu dan biasanya kadar bayaran (hourly/project rate) lebih tinggi untuk menampung ketiadaan faedah.

Baca Juga: Beza Contract of Service dan Contract for Service Dalam Kerja!


6 Perkara Wajib Ada Dalam Kontrak Kerja Sebelum Anda Sign

Ini adalah bahagian yang paling ramai pekerja terlepas pandang kerana teruja mendapat tawaran kerja baru. Namun, inilah dokumen yang akan menentukan nasib anda jika berlaku pertikaian di masa hadapan.

Pastikan kontrak anda mengandungi butiran lengkap berikut:

1. Butiran Pelantikan & Jawatan

  • Nama Rasmi Entiti: Pastikan nama syarikat adalah entiti yang berdaftar (Sdn Bhd/Bhd), bukannya nama individu.
  • Skop Tugas (Job Description): Jawatan dan ringkasan tanggungjawab utama untuk mengelakkan anda "dipaksa" melakukan kerja di luar kepakaran.
  • Tarikh Mula & Tempoh Percubaan: Nyatakan dengan jelas tarikh lapor diri dan berapa lama tempoh probation anda (biasanya 3-6 bulan).

2. Struktur Imbuhan & Gaji

  • Gaji Pokok (Basic): Jumlah tepat sebelum potongan KWSP/PERKESO.
  • Elaun Tetap: Nyatakan jumlah elaun pengangkutan, makan, atau telefon jika dijanjikan.
  • Tarikh Pembayaran: Mengikut undang-undang, gaji mesti dibayar selewat-lewatnya hari ke-7 bulan berikutnya.

3. Waktu Bekerja & Kelayakan OT

  • Jam Bekerja: Adakah 8 jam sehari atau mengikut syif?
  • Hari Bekerja: Nyatakan hari bekerja (Isnin-Jumaat atau termasuk Sabtu/Ahad).
  • Bayaran Kerja Lebih Masa (OT): Jika gaji anda di bawah had tertentu (mengikut pindaan Akta Kerja terbaru), anda layak mendapat bayaran OT. Pastikan ia dinyatakan.

4. Hak Cuti & Manfaat Perubatan

  • Cuti Tahunan (Annual Leave): Minimum 8 hari (bergantung tempoh perkhidmatan).
  • Cuti Sakit (Medical Leave): Minimum 14 hari setahun.
  • Manfaat Tambahan: Insurans berkelompok, tuntutan pergigian, atau elaun cermin mata.

5. Tempoh Notis Berhenti Kerja

  • Ini adalah "Exit Strategy" anda. Biasanya 1 hingga 3 bulan.
  • Pastikan ada terma "Indemnity in lieu of notice" (bayaran ganti rugi jika mahu berhenti serta-merta).

6. Terma Penamatan & Disiplin

  • Apakah tindakan yang boleh menyebabkan anda dipecat serta-merta (misconduct)?
  • Apakah prosedur Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) yang akan dijalankan sebelum tindakan diambil?

Secara undang-undang, majikan TIDAK BOLEH sesuka hati ubah kontrak kerja tanpa persetujuan anda.

Kontrak pekerjaan adalah perjanjian dua hala. Sebarang pindaan material (penting) yang menjejaskan terma asal memerlukan persetujuan bersama. Jika majikan memaksa perubahan secara sebelah pihak (unilateral), ia boleh dianggap sebagai Pelanggaran Kontrak (Breach of Contract).

Bilakah Ia Menjadi Isu Undang-Undang?

Majikan tidak boleh secara tiba-tiba mengubah perkara berikut tanpa persetujuan bertulis anda:

  • Pengurangan Gaji atau Elaun: Walaupun atas alasan prestasi syarikat merosot.
  • Perubahan Lokasi Kerja: Jika kontrak asal menyatakan lokasi tetap dan perpindahan itu membebankan anda.
  • Penambahan Skop Tugas Secara Drastik: Tugasan yang langsung tidak relevan dengan jawatan asal anda.
  • Waktu Kerja: Menambah jam bekerja tanpa bayaran tambahan yang setimpal.

3 Langkah Lindungi Diri Jika Kontrak Diubah Sesuka Hati:

  1. Simpan Salinan "Hitam Putih": Pastikan anda ada salinan kontrak asal yang telah ditandatangani. Jangan serahkan salinan asal kepada majikan tanpa ada pendua di tangan anda.
  2. Rekod Semua Bukti Komunikasi: Simpan tangkapan skrin (screenshot) WhatsApp, emel, atau memo syarikat yang mengarahkan perubahan tersebut. Ini adalah bukti kukuh jika kes dibawa ke Pejabat Buruh.
  3. Failkan Bantahan Secara Rasmi: Jika anda tidak setuju, hantar emel bantahan secara sopan tetapi tegas. Kegagalan membantah dalam tempoh munasabah boleh dianggap sebagai "persetujuan secara diam-diam" (implied consent).

 

Apakah Undang-Undang Utama Yang Melindungi Kontrak Anda?

Di Malaysia, hubungan antara majikan dan pekerja tidak bersifat "bebas" sepenuhnya. Ia dikawal selia oleh kerangka perundangan yang ketat bagi mengelakkan penindasan.

1. Akta Kerja 1955

Ini adalah panduan bagi kebanyakan pekerja di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Akta ini menetapkan standard minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan:

  • Had Gaji: Melindungi semua pekerja tanpa mengira jumlah gaji (bagi peruntukan tertentu seperti gangguan seksual dan diskriminasi), manakala aspek OT (Overtime) tertakluk kepada had gaji siling tertentu (semak kadar terkini RM4,000 ke atas).
  • Waktu Kerja: Had maksimum waktu kerja mingguan kini dikurangkan kepada 45 jam seminggu.
  • Cuti Bersalin & Paterniti: Cuti bersalin 98 hari dan cuti paterniti 7 hari bagi bapa yang layak.
  • Aturan Kerja Fleksibel: Pekerja berhak memohon pengaturan kerja fleksibel (WFH/Hybrid) secara rasmi daripada majikan.

2. Ordinan Buruh Sabah & Sarawak

Bagi pekerja di Sabah dan Sarawak, hak anda dilindungi di bawah ordinan negeri masing-masing yang kini telah diselaraskan agar setaraf dengan Akta Kerja 1955.

3. Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Akta ini sangat penting jika anda dipecat secara tidak adil. Ia memberi anda hak untuk memfailkan representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam tempoh 60 hari untuk menuntut pampasan atau jawatan dikembalikan.

 


Jangan Biarkan Diri Terperangkap Dalam Kerjaya Yang "Salah"

Ramai yang masih struggle cari kerja sesuai walaupun dah hantar berpuluh resume…Kadang bukan sebab tak layak tapi sebab kerja yang dipilih tak match dengan skill & expectation anda. Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah.

Dengan AI Job Matcher, sistem akan bantu padankan kerja yang paling sesuai dengan pengalaman dan minat anda.

Kalau awak tengah cari kerja baru yang betul-betul sesuai dengan minat & pengalaman, jangan tunggu lagi. Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher dan biar sistem AI bantu cari kerja yang paling match dengan anda!

Lagi cepat anda hantar, lagi tinggi peluang anda dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu!

Job Matcher


Soalan Lazim (FAQ): Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kontrak Kerja

1. Adakah kontrak pekerjaan wajib secara bertulis di Malaysia?

Mengikut Akta Kerja 1955, bagi kontrak yang melebihi tempoh satu bulan, ia wajib dibuat secara bertulis. Kontrak ini bukan sekadar formaliti, tetapi dokumen undang-undang utama untuk melindungi hak gaji dan kebajikan anda jika berlaku pertikaian di Pejabat Buruh.

2. Bagaimana jika majikan tidak memberikan kontrak bertulis?

Walaupun kontrak lisan (mulut) masih dianggap sah dari segi undang-undang, risikonya sangat tinggi. Tanpa dokumen hitam putih, anda akan sukar membuktikan hak seperti jumlah gaji sebenar, elaun, atau tempoh notis jika majikan menafikannya di kemudian hari.

3. Bolehkah majikan mengubah terma kontrak selepas saya tandatangan?

Tidak boleh secara sebelah pihak (unilateral). Sebarang pindaan material seperti pemotongan gaji atau perubahan skop kerja mestilah dipersetujui oleh anda dan dibuat melalui surat tambahan (addendum) atau kontrak baru yang ditandatangani kedua-dua pihak.

4. Berapakah tempoh notis berhenti kerja yang standard?

Tiada tempoh tetap di bawah undang-undang, ia bergantung kepada apa yang dipersetujui dalam kontrak (biasanya 1 hingga 3 bulan). Namun, jika kontrak tidak menyatakan tempoh notis, Akta Kerja menetapkan tempoh minimum mengikut tempoh perkhidmatan (cth: 4 minggu jika kerja bawah 2 tahun).

5. Apakah risiko jika saya melanggar kontrak (cth: berhenti serta-merta)?

Anda boleh dikenakan tindakan "Indemnity in lieu of notice", iaitu anda perlu membayar ganti rugi kepada majikan bersamaan dengan jumlah gaji bagi tempoh notis yang tidak dipenuhi. Pastikan anda berbincang dengan HR sebelum mengambil tindakan drastik.


Kerja-Kerja Best Yang Boleh Anda Apply!