

by Ani
Pernah tak anda rasa blur bila HR bagi dokumen kontrak tebal untuk sign? Semua nampak formal, bahasa undang-undang yang panjang... tapi dalam hati tertanya-tanya: "Betul ke aku faham apa yang aku sign ni?" Secara asasnya, kontrak kerja (atau kontrak perkhidmatan) ialah perjanjian sah di bawah Akta Kerja 1955 yang mengikat majikan dan pekerja.
Ia menetapkan terma perkhidmatan seperti skop kerja, gaji, tempoh notis, dan faedah sampingan. Tanpa kontrak bertulis, hak anda sebagai pekerja sukar untuk dipertahankan di Mahkamah Buruh.
Kontrak pekerjaan ialah perjanjian rasmi dan sah di sisi undang-undang antara majikan dan pekerja. Ia menetapkan terma penting seperti gaji, skop tugas, waktu kerja, dan faedah.
Kalau ada apa-apa isu nanti contohnya gaji sangkut, kena buat kerja luar skop, atau isu pemberhentian, kontrak inilah "perisai" dan rujukan utama anda di Pejabat Buruh atau Mahkamah Perusahaan.
Sebab semua expectation perlu hitam putih supaya tak ada ruang untuk "janji mulut" yang selalu dimungkiri. Antara perkara kritikal yang wajib ada:
Ingat: Mengikut Akta Kerja 1955, sebarang terma dalam kontrak yang kurang daripada hak minimum dalam Akta Kerja adalah terbatal dan tidak sah.
Kontrak kerja adalah "insurans" hak anda sebagai pekerja. Tanpa kontrak bertulis, anda sebenarnya bekerja tanpa sebarang safety net. Jika berlaku pertikaian sukar untuk melawan rekod rasmi syarikat.
Kontrak menetapkan jumlah gaji pokok, tarikh akhir pembayaran (biasanya sebelum 7 hari bulan berikutnya), dan jenis elaun. Ini mengelakkan majikan mengubah gaji atau memotong pendapatan anda sesuka hati tanpa persetujuan.
Adakah anda bekerja 45 jam atau 48 jam seminggu? Kontrak akan menentukan had waktu kerja dan kelayakan bayaran OT mengikut Akta Kerja 1955. Tanpa ini, anda mungkin "dikerah" bekerja lebih masa tanpa sebarang bayaran tambahan.
Ini bukan sekadar cuti tahunan dan cuti sakit. Kontrak yang baik akan memperincikan:
Ini "penting gila" untuk mengelakkan anda terperangkap. Ia menetapkan tempoh notis (contoh: 1 bulan atau 3 bulan). Jika anda resign tanpa mengikut notis, anda boleh disaman atau dikehendaki membayar ganti rugi (indeminiti) kepada majikan.
Baca Juga: Akta Kerja Berhenti Kerja: Ini Tempoh Notis Berhenti Kerja Kena Tahu!
Penting untuk anda tahu, tak semua kontrak dicipta sama. Jenis kontrak menentukan tahap perlindungan undang-undang yang anda terima di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Ini adalah status pekerjaan yang paling stabil dan menjadi idaman ramai untuk perancangan jangka panjang.
Kontrak ini mempunyai "tarikh luput" yang jelas (Contoh: 1 tahun atau 2 tahun).
Berbeza dengan dua di atas, ini bukan "Contract of Service" tetapi "Contract for Service".
Baca Juga: Beza Contract of Service dan Contract for Service Dalam Kerja!
Ini adalah bahagian yang paling ramai pekerja terlepas pandang kerana teruja mendapat tawaran kerja baru. Namun, inilah dokumen yang akan menentukan nasib anda jika berlaku pertikaian di masa hadapan.
Pastikan kontrak anda mengandungi butiran lengkap berikut:
1. Butiran Pelantikan & Jawatan
2. Struktur Imbuhan & Gaji
3. Waktu Bekerja & Kelayakan OT
4. Hak Cuti & Manfaat Perubatan
5. Tempoh Notis Berhenti Kerja
6. Terma Penamatan & Disiplin
Nak Cari Kerja Dekat Public Transport? Ini Senarai Pilihan Kerja Kosong Dekat LRT/MRT!
Secara undang-undang, majikan TIDAK BOLEH sesuka hati ubah kontrak kerja tanpa persetujuan anda.
Kontrak pekerjaan adalah perjanjian dua hala. Sebarang pindaan material (penting) yang menjejaskan terma asal memerlukan persetujuan bersama. Jika majikan memaksa perubahan secara sebelah pihak (unilateral), ia boleh dianggap sebagai Pelanggaran Kontrak (Breach of Contract).
Majikan tidak boleh secara tiba-tiba mengubah perkara berikut tanpa persetujuan bertulis anda:
Di Malaysia, hubungan antara majikan dan pekerja tidak bersifat "bebas" sepenuhnya. Ia dikawal selia oleh kerangka perundangan yang ketat bagi mengelakkan penindasan.
1. Akta Kerja 1955
Ini adalah panduan bagi kebanyakan pekerja di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Akta ini menetapkan standard minimum yang wajib dipatuhi oleh majikan:
2. Ordinan Buruh Sabah & Sarawak
Bagi pekerja di Sabah dan Sarawak, hak anda dilindungi di bawah ordinan negeri masing-masing yang kini telah diselaraskan agar setaraf dengan Akta Kerja 1955.
3. Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Akta ini sangat penting jika anda dipecat secara tidak adil. Ia memberi anda hak untuk memfailkan representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam tempoh 60 hari untuk menuntut pampasan atau jawatan dikembalikan.
Ramai yang masih struggle cari kerja sesuai walaupun dah hantar berpuluh resume…Kadang bukan sebab tak layak tapi sebab kerja yang dipilih tak match dengan skill & expectation anda. Tapi sebenarnya ada cara lebih mudah.
Dengan AI Job Matcher, sistem akan bantu padankan kerja yang paling sesuai dengan pengalaman dan minat anda.
Kalau awak tengah cari kerja baru yang betul-betul sesuai dengan minat & pengalaman, jangan tunggu lagi. Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher dan biar sistem AI bantu cari kerja yang paling match dengan anda!
Lagi cepat anda hantar, lagi tinggi peluang anda dapat panggilan interview. Jangan tunggu orang lain potong dulu!
Mengikut Akta Kerja 1955, bagi kontrak yang melebihi tempoh satu bulan, ia wajib dibuat secara bertulis. Kontrak ini bukan sekadar formaliti, tetapi dokumen undang-undang utama untuk melindungi hak gaji dan kebajikan anda jika berlaku pertikaian di Pejabat Buruh.
Walaupun kontrak lisan (mulut) masih dianggap sah dari segi undang-undang, risikonya sangat tinggi. Tanpa dokumen hitam putih, anda akan sukar membuktikan hak seperti jumlah gaji sebenar, elaun, atau tempoh notis jika majikan menafikannya di kemudian hari.
Tidak boleh secara sebelah pihak (unilateral). Sebarang pindaan material seperti pemotongan gaji atau perubahan skop kerja mestilah dipersetujui oleh anda dan dibuat melalui surat tambahan (addendum) atau kontrak baru yang ditandatangani kedua-dua pihak.
Tiada tempoh tetap di bawah undang-undang, ia bergantung kepada apa yang dipersetujui dalam kontrak (biasanya 1 hingga 3 bulan). Namun, jika kontrak tidak menyatakan tempoh notis, Akta Kerja menetapkan tempoh minimum mengikut tempoh perkhidmatan (cth: 4 minggu jika kerja bawah 2 tahun).
Anda boleh dikenakan tindakan "Indemnity in lieu of notice", iaitu anda perlu membayar ganti rugi kepada majikan bersamaan dengan jumlah gaji bagi tempoh notis yang tidak dipenuhi. Pastikan anda berbincang dengan HR sebelum mengambil tindakan drastik.
Serius, banyak peluang kerja menarik tengah open sekarang ni! Kalau anda nak kerja cepat, grab je peluang ni.