Menganggur Bukannya Penamat Untuk Segalanya. Ada 3 Sebab Mengapa Korang Jangan Sesekali Rasa Gagal
# Gaya Hidup

Menganggur Bukannya Penamat Untuk Segalanya. Ada 3 Sebab Mengapa Korang Jangan Sesekali Rasa Gagal

post by Aisya

by Aisya

Aug 31, 2016
at 3:50 AM

Ada juga kami dengar yang ada lagi jobseekers masih tak dapat kerja. Selepas berusaha mohon sini-sana, tapi rezeki belum berpihak pada korang. Dan memang tak boleh lari daripada rasa macam diri tu dah gagal. Eh jangan rasa down! Jangan sesekali rasa macam korang sudah gagal, gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya tau.

Bila sekali korang biarkan diri tu rasa down, memang susah untuk nak bangun semula. Ini ada 3 sebab mengapa korang tak patut rasa diri tu dah gagal:

 

1. Rasa gagal itu akan buatkan korang pandang semua perkara secara negatif

Bila korang fikirkan yang diri korang sudah gagal, korang akan kemana-mana terus memikul rasa gagal itu dalam diri. Jadi, korang akan terjebak dalam rasa negatif dan negatif ini sangat-sangat boleh merosakkan diri. Kenapa? Sebab korang tak sedar yang sebenarnya kegagalan itu menunjukkan yang korang sudah mencuba sehabis baik. 

Korang sudah rancang dan lakukan apa yang sudah dipelan. Korang masuk universiti, sambung belajar sehingga peringkat tinggi, pergi ke kelas dan belajar, seterusnya tamat belajar. Kemudian tibalah masa korang mencari kerja dalam bidang korang tetapi masih lagi tak dapat nak penuhi matlamat tu. 

Atau, korang mungkin dapat tawaran kerja selepas tamat belajar tapi bukan apa yang dimahukan. Korang bertungkus-lumus mohon kerja sini-sana tapi apa yang jadi? Masih lagi korang gagal untuk dapatkan kerja. 

Tapi tahu tak apa yang lagi penting. Korang ambil tindakan sepanjang proses dan masih lagi lakukan. Korang bukannya berhenti separuh jalan. Korang tak biarkan rasa sudah gagal itu menganggu fikiran dan menghalang daripada korang capai juga matlamat. Memang, ianya adalah pengalaman yang memeritkan, tapi ia menunjukkan yang korang itu berani. Apa yang boleh korang lakukan ialah korang cuba yang terbaik dalam mencari kerja. Dari situ korang belajar, nilaikan diri dan daripada kegagalan korang mula semula. Ini lah ciri yang bernilai.

 

2. Kegagalan itu buatkan korang lupa matlamat diri

Menganggur bukan hanya berikan rasa gagal, tapi ia juga akan buatkan korang suka membandingkan diri dengan orang lain. Berapa banyak kali korang bandingkan diri dengan kawan-kawan yang sudah berjaya dan yang suka update post di FB? Melihatkan mereka pergi kerja, rasa macam best je dan mula lah diri korang rasa cukup kecewa. Berapa kali korang tanyakan pada diri "bila akan dapat kerja?" Pernah tak korang tanya mengapa orang lain boleh berjaya lebih baik daripada korang?

Kalau korang jawab banyak iya, memang sah koranng sudah termasuk dalam jerat suka membandingkan diri. Ini bukan satu aktiviti yang sihat sebab ianya akan menambah lagi beban kegagalan korang. 

Apabila kita membandingkan diri, ia samada akan buatkan kita merasa lebih baik atau lebih teruk ataupun sama tanding dengan orang lain. Ianya akan menganggu psikologi dan berbahaya. Daripada korang membandingkan diri, lebih baik ikut tips ini:

  • Kawal fikiran: Beri perhatian kepada fikiran korang. Ini penting kerana apa yang korang fikirkan akan memberi kesan kepada tingkah laku. Kalau korang asyik fikiran yang korang tidak akan sesekali dapat cari kerja, secara tak langsung korang akan berhenti mencari walaupun peluang itu banyak.
  • Terima walau apa pun terjadi termasuklah kegagalan: Semua orang ada perjalan hidup tersendiri. Jangan fokus pada kehidupan orang lain. Sebaliknya, fokus pada diri sendiri dan maju kehadapan. Percaya pada diri yang korang boleh berjaya atau mampu untuk berjaya lagi. 
  • Bersyukur pada setiap kejayaan yang dikecapi: Ambil masa dan buat perkara ini; ingatkan pada diri tentang pencapaian yang korang sudah terima. Fikirkann penghargaan yang korang terima dalam kerja terdahulu atau sewaktu belajar. Fikirkan tentang mereka yang membantu sepanjang kehidupan korang. Ini akan buatkan korang rasa bersyukur tanpa terlalu fokus pada apa yang korang tak kecapi lagi.

 

3. Kegagalan buatkan korang lupa dan menolak kejayaan yang mungkin korang bakal kecapi

Memang gagal itu menyakitkan. Ditolak dalam permohon kerja itu perit tapi jangan sesekali lupa pada kejayaan yang korang pernah kecapi.  Okay, mungkin matamat korang beum lagi dikecapi sampailah korang betul-betul dapat kerja. Tapi ingat, korang ada juga berjaya dalam perkara lain. Korang ada dapat pelbagai kemahiran yang berguna. Korang a da bakat semulajadi dan bermacam lagi. 

Jangan sesekali ambil ini secara mudah hanya sebab korang tak dapat cari kerja. Mudah sebenarnya untuk fokus pada perkara negatif apabila menganggur ni. Siapa yang tak rasa sensitif bila bercerita hal kerja kan? Hey korang masih boleh kecapi kejayaan walaupun sewaktu menganggur tau. Kalau tidak direject oleh bakal majikan, tak akan adanya belajar cara untuk blogging, content writing, online marketing dan skill lain. Ini secara tak langsung korang belajar apabila bakal majikan mahukan kualiti sebegini dalam kerja. 

Jadi jangan jadikan kegagalan itu sebagai tamat untuk segalanya. Dari kegagalan ini korang akan belajar pelbagai perkara. Daripada kegagalan korang akan dapat ketahui diri sendiri iaitu:

  • Ketahui kekuatan dan kelemahana diri dan bagaimana ia boleh manfaatkan kepada bakal majikan
  • Fokus pada apa yang korang mahu kecapi dalam kerjaya
  • Ubah resume serta cover letter untuk sesuai dengana kerja yang dimohon
  • Mencuba perkara baru.

 

Jangan putus asa lagi

Jangan sesekali putus asa. Teruskan mencuba dalam mencari kerja. Ada orang yang lagi lama mencuba daripada korang dan masih tak dapat kerja tau. Jadi pada mereka yang baru sekali-dua mencuba dan sudah mahu give up jangan lah begitu tau. Akan ada sampainya masa korang pula. Selamat maju jaya dalam mencari kerja dan rajin-rajinkan diri cari kerja di MauKerja tau!