Korang Tidak Akan Capai Matlamat Kerjaya Kalau Attitude Masih Salah Di Office
# Pengetahuan Pekerja

Korang Tidak Akan Capai Matlamat Kerjaya Kalau Attitude Masih Salah Di Office

post by Aisya

by Aisya

Sep 2, 2016
at 5:01 AM

Perkara paling penting untuk dilakukan apabila korang mulakan kerjaya adalah dengan mengetahui bagaimana sikap korang di tempat kerja. Bagaimana dengan sikap ini boleh menyumbang ke arah kerjaya? Bagaimana ia boleh bertindak sebagai pembantu dalam membina kerjaya korang? Haa.. itu lah ramai yang tidak tahu. Walaupun korang dah ada rancangan terbaik sekali untuk kerjaya, tapi attitude itulah asas yang memastikan sama ada plan korang itu akan berjaya atau tidak.

Apa yang perlu korang fahami ialah sikap positif itu paling penting sekali. Jadi bagaimana korang nak kenal pasti attitude yang korang bawa di tempat kerja? Attitude ini adalah memilih nilai yang akan membantu korang dalam membawa diri di persekitaran tempat kerja.

Ini adalah antara 3 attitude yang masing-masingnya ada kepentingan sendiri dalam kerjaya:

1. Bangga

Yes, memang rasa macam janggal pula untuk ada rasa bangga sewaktu bekerja ni. Sebenarnya perasaan bangga ini perlu ada juga walaupun sedikit dan kalau terlebih ianya akan memakan diri sendiri. Kalau sifat bangga diri itu terlampau tinggi, ianya akan membuatkan seseorang itu merasakan yang diri dia tu betul semuanya dan hanya dia sahaja yang betul.

Pada asasnya, perasaan bangga ini bermaksud korang mempunyai martabat diri sendiri. Sifat bangga diri akan menghalang korang daripada melakukan kerja bak kata orang asal siap je. Korang tahu yang hasil kerja itu membawa nama korang dan orang atasan akan kenal pasti itu adalah hasil kerja korang jadi korang tidak akan buat kerja sambil lewa sahaja. Korang akan buat dengan betul demi menjaga nama baik.
 

2. Minat

Kalau hanya minat yang begitu sahaja tak cukup untuk nak menolong diri korang sewaktu susah. Percayalah, akan ada masanya korang akan dilanda waktu sukar. Mungkin disebabkan oleh client, sikap majikan atau rakan sekerja dan bermacam lagi. Tetapi, minat yang sungguh-sungguh mendalam akan membantu korang. Korang pasti akan cuba untuk nak selesaikan juga masalah itu kerana korang fikirkan minat korang terhadap kerja. Tak akan sesekali mengalah.

3. Percaya

Kalau nak hasilkan minat, ianya penting untuk adanya percaya. Hanya kepercayaan yang jitu akan menghasilkan semangat dan rasa berkobar-kobar dan berikan tenaga. Ketahui yang korang akan mencapai kesemua yang korang mahukan apabila korang mula percaya pada diri sendiri. Tidak akan ada orang lain yang akan percaya pada diri korang sedalam korang sendiri percaya pada diri sendiri. 

Bagaimana pula korang?

Jadi bagaimana pula korang tafsirkan attitude sendiri di tempat kerja? Adakah ianya membantu korang dalam mencapai matlamat kerjaya?