Perkara paling penting untuk dilakukan apabila korang mulakan kerjaya adalah dengan mengetahui bagaimana sikap korang di tempat kerja. Bagaimana dengan sikap ini boleh menyumbang ke arah kerjaya? Bagaimana ia boleh bertindak sebagai pembantu dalam membina kerjaya korang? Haa.. itu lah ramai yang tidak tahu. Walaupun korang dah ada rancangan terbaik sekali untuk kerjaya, tapi attitude itulah asas yang memastikan sama ada plan korang itu akan berjaya atau tidak.




