Tak Ada Pengalaman Macam Mana Nak Cari Kerja? Ada Sebenarnya Kriteria Lain Yang Korang Boleh Gunakan
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tak Ada Pengalaman Macam Mana Nak Cari Kerja? Ada Sebenarnya Kriteria Lain Yang Korang Boleh Gunakan

post by Aisya

by Aisya

Sep 3, 2016
at 6:11 AM

Okay pertama sekali yang korang perlu ingatkan, semua fresh graduate yang sedang mencari kerja tiada pengalaman bekerja. Habis sahaja belajar dan mencari kerja pertama, itu lah yang akan menjadi pengalaman bekerja pertama diorang. Jadi jangan terlalu takut memikirkan yang korang sahaja zero-experience. Perlu juga diingatkan yang apa pun bidang yang korang ambil sewaktu belajar dahulu, ianya tidak semestinya korang perlu cari kerja yang betul-betul sama dengan major korang okay? 

Course korang sewaktu belajar dahulu tu sebenarnya adalah batu lonjatan untuk korang nak ceburi pelbagai bidang lain. Tapi kalau tak ada pengalaman kerja dan mengharapkan akademik semata-mata boleh ke nak dapatkan kerja? Boleh, ada caranya begini:

1. Terima hakikat

Jika korang mohon kerja kosong yang memang terbuka dan terang-terangan bertulis "entry-level position", sudah semestinya recruiter atau HR tidak akan mengharapkan yang resume korang tu penuh dengan pengalaman bekerja kan? Sebaliknya, apa yang boleh korang tonjolkan ialah jadikan zero-experience korang tu sebagai motivasi untuk nak belajar perkara baru. Highlightkan sebarang contoh apa yang menunjukkan korang ni berdedikasi, sifat ingin tahu yang tinggi serta komitmen untuk nak belajar. Mereka mahu mengambil calon yang benar-benar mahu bekerja keras untuk belajar. 

2. Ketahui kemahiran dan skill yang ada dalam diri

Senaraikan segala skill yang korang ada dalam diri dan yang lagi bagus skill korang itu adalah apa yang dicari untuk jawatan tersebut. Kemahiran biasa yang perlu ada adalah seperti, computer skills, technical skills, communication skills, research skills, problem-solving skills dan bermacam lagi.

3. Kaji jawatan yang dimohon

Apabila korang sudah membuat keputusan untuk nak mohon jawatan tersebut, mesti korang ada sebab yang jelas mengapa korang percaya yang diri korang tu boleh buat kan? Luangkan sedikit masa untuk menganalisa dan kaitkan dengan diri. Apa pengalaman formal atau tidak formal yang korang ada, apa personaiti trait yang buatkan korang sesuai dengan jawatan itu. Jadi analitik serta kreatif dalam memikirkannya. Setelah korang berjaya dapatkan link antara kerja dengan diri korang, senang lah untuk nak jelaskan pada bakal majikan nanti.

4. Beri penekanan pada sofft-skills yang ada

Apa yang buatkan korang lain daripada orang lain? Ingat untuk nak tunjukkan qualiti seperti peramah, professional, responsif, dan bermacam lagi. Soft-skill yang kukuh memang sesuatu yang tidak boleh diajar jadi kalau korang ada sisi ini, memang bagus.

5. Tahu nilai diri

Korang mungkin tidak ada pengalaman kerja bertahun lamanya, jadi apa lagi yang boleh korang gunakan untuk nak market diri? Pengalaman kerja tidak semestinya perlu datang daripada kerja secara jelas, ianya boleh jadi datang daripada pengalaman hidup. Jadi korang perlu tahu nilai diri sendiri. 

6. Yakin pada diri

Keyakinan itu penting tapi ianya perlulah selari dengan sikap merendah diri serta rasa malu. Ini apa yang digelar sebagai pemikiran yang perlu ada pada orang baru. Jangan terlampau yakin yang korang pandai segalanya kerana orang tak tak suka sikap pekerja baru yang sebegini. Tunjukkan yang korang boleh lakukan kerja itu, tapi dalam masa yang sama korang mahu belajar.

7. Buat kerja sukarela

Kalau korang tak dapat cari kerja, cuba untuk bekerja dengan percuma. Kerja sukarelawan lebih senang untuk dicari daripada internship. Lakukan kerja khidmat sukarela sebanyak mana yang korang boleh buat. Ianya akan berikan korang pengalaman serta boleh mengenal ramai orang.

8. Jadi realistik

Yang paling penting sekali, jadi realistik sikit. Korang tiada pengalaman kerja jadi jangan lah mohon kerja yang tidak kena dengan korang. Dalam pasaran kerja sekarang ni, majikan sebenarnya dibanjiri dengan calon yang terlebih qualified untuk jawatan, jadi korang perlu berpijak di bumi yang nyata. Apa pun belajar sedikit demi sedikit untuk mencapai ke atas. 

Ubah mindset dan korang akan terkejut dengan perubahan yang bakal berlaku. Selamat berjaya!