1 Tahun 4 Bulan Lepas Graduasi, Lelaki Ini Mampu Memiliki 3 Buah Rumah..Ini Rahsianya
# Gaya Hidup

1 Tahun 4 Bulan Lepas Graduasi, Lelaki Ini Mampu Memiliki 3 Buah Rumah..Ini Rahsianya

post by Shasha

by Shasha

Sep 5, 2016
at 9:45 AM

Azam yang cekal, saving habisan & matlamat diri mampu untuk dorong korang untuk capai perkara yang mungkin korang tak sangka dapat future nanti.

Saving untuk hidup di kota raya Kuala Lumpur, berbekalkan RM1000 hasil daripada duit simpanan masa internship 5 bulan (RM200/bulan) pemuda bernama Muhamad Iqbal Hafifi mampu memiliki 3 buah rumah dalam tempoh 1 tahun 4 bulan!

Dengan gaji permulaan RM2100(fresh graduate) sebulan, Iqbal gunakan segala kudrat yang dan ilmu yang ada di dada untuk capai objektif hidupnya. Kerja part time usah cakap lah, semua dibuat Iqbal.

Untuk capai apa yang Iqbal ada sekarang bukanlah seperti petik jari ia bergolek gedebuk macam tu. Iqbal lalui bermacam rintangan, gunakan segala assetnya untuk survive sampai lah sekarang. Iqbal sentiasa plan ahead of time & fikirkan pelbagai kemungkinan untuk hidup.

Pergi seminar pun tak, Iqbal terus cari akal untuk tambah ilmu melepak sejam setiap minggu pergi MPH atau Popular cari buku. Terasa macam simple je kan? Korang pun boleh sukses dalam mencapai cita-cita walaupun pada orang lain ianya tak lah sehebat Dato’ Seri Vida.

Point nya di sini, korang semua boleh berjaya tak kira apa sekali kelulusan, kerja atau siapa pun korang. Cara korang handle cara hidup mainkan peranan penting untuk berjaya. Situasi kita semua berbeza-beza jadi kena pandai twist ikut cara korang.

Sentiasa cari jalan penyelesaian & baiki diri untuk yang lebih baik. Confirm korang takkan rugi!