10 Gambaran Ini Menunjukkan Sikap Majikan Yang 'Demotivated' Pekerja.. Setuju Tak?- Maukerja.my
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

10 Gambaran Ini Menunjukkan Sikap Majikan Yang 'Demotivated' Pekerja.. Setuju Tak?- Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 6, 2016
at 3:50 AM

Motivasi pekerja berkait rapat dengan bagaimana majikan memberi layanan kepada pekerjanya. Jika majikan memberi layanan yang buruk maka pekerja pun akan buat kerja sambil lewa sahaja. Jika majikan berikan layanan yang baik, maka pekerja pun dengan gembiranya akan lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Sebab itu lah orang selalu cakap semua orang boleh jadi bos, arah sahaja orang buat kerja dan kemudian cukup bulan bayar gaji. Tetapi tak ramai yang boleh jadi majikan yang baik, yang benar-benar memimpin pekerjanya. Betul tak?

 

Jadi ini adalah 10 cara bagaimana majikan korang membunuh motivasi pekerja dengan jayanya:

 

1. Korang dijadikan sebagai boneka majikan

 

 

Cuba lihat adakah majikan korang mengawasi setiap gerak-geri korang sebagai pekerja? Adakah kesemua perkara yang korang lakukan dari yang paling remeh sekali sampailah yang serious pun dia nak kawal? Korang memang sudah menjadi patung boneka permainan majikan korang sahaja. Macam mana korang nak buat kerja dengan sempurna kalau segala perkara sampai lah isu kecil pun dia nak masuk campur kan? Jika majikan korang praktiskan cara ini memang lama-lama pekerja pun tak ada motivasi nak bekerja dah. 

 

2. Hanya fokus pada kesilapan sepanjang masa

 

 

Ini memang tak perlu nak cakap lah, memang wujud majikan yang jenis hanya fokus pada kesilapan pekerja berbanding apa yang mereka sudah capai. Majikan perlu tahu sebagai pekerja ni kalau setiap hari disogokkkan dengan kesalahan je, lama-lama tawar hati nak bekerja. Bukannya tak ada kejayaan yang korang pernah dapatkan, macam pernah target sale bulan lepas tetapi diam je tak ada pun nak cakap tahniah ataupun kekalkan momentum ke. Tapi bila masuk bulan ni, sales menurun sikit, laju je dia maklumkan dan marah-marah. Hmm..

 

3. Tolak idea mentah-mentah

 

 

Majikan tak akan pernah tahu bagaimana hebatnya seorang pekerja itu jika setiap kali dia utarakan pandangan, belum habis cakap lagi majikan terus tolak dan cakap salah. Eh macam mana diorang tahu yang idea pekerja tu tak boleh digunapakai? Fikir dahulu secara mendalam, mungkin idea itu boleh digunakan tetapi perlu diubah sedikit. Lakukan sebegitu kepada pekerja jika anda tidak mahu motivasi pekerja hilang begitu sahaja. Jangan letakkan diri anda terlalu tinggi hanya kerana anda bos dan dia pekerja. 

 

4. Sering kali lakukan mesyuarat yang tidak berapa penting

 

 

Setiap hari ada sahaja meeting. Baru sahaja masuk office dan baru 3 saat duduk dekat meja, bos datang dan kata "MEETING IN 2 MINUTES". Dengar macam urgent, mungkin ada sebarang info yang mahu dia maklumkan, tetapi apabila sesampai sahaja di bilik mesyuarat dia cuma nak beritahu perkara yang remeh temeh. Kadang-kadang cuma gurau senda sahaja di antara majikan dan pekerja lain yang langsung tiada kaitan dengan hal kerja. 

 

5. Hanya janji kosong semata-mata

 

 

Ingat lagi cerita pasal pengembala kambing yang menipu penduduk kampung? Kali pertama orang ramai terpedaya tetapi apabila dia ulang-ulang helah yang sama orang lain pun dah tak nak percaya. Jauhi lah daripada sikap majikan sebegini. Pegang pada janji. Jangan hanya bercakap janji kosong atau palsu sahaja. Anda berikan janji "okay kalau awak perform bagus bulan ni saya  bagi bonus sebulan gaji!". Pekerja tu dah rasa seronok betul dan betul-betul berusaha nak dapatkan target. Bila sampai hujung bulan je, dia dah berjaya capai tapi majikan buat tak tahu sahaja. Hanya janji kosong. 

 

6. Suka buat lawak yang tidak beradab

 

 

Ini sikap yang sebenarnya paling lah tidak digemari oleh pekerja terutama sekali pekerja wanita. Majikan jangan lah terlampau melangkaui batasan antara pekrja dan majikan di tempat kerja. Segala jenaka-jenaka kotor itu simpan sahaja lah untuk diceritakan pada kawan-kawan sewaktu lepak di mamak ke. Jangan pernah gunakan pada pekerja. Ianya memang tidak beradab dan majikan juga tidak terkecuali untuk mengikut garis panduang yang ditetapkan oleh peraturan syarikat. Tambah teruk apabila gunakan jenaka yang berunsur perkauman, politik, agama yang memang sangat sensitif.

 

7. Tak pegang pada kata

 

 

Sebagai majikan anda bertindak sebagai ketua, yang dipercayai oleh kesemua pekerja. Jangan biasakan diri untuk tak tepati segala yang telah korang katakan. Jika anda sudah katakan pada pekerja yang projek ini adalah terakhir buat mereka, dan selepas ini mereka boleh berehat sebentar, pegang pada kata-kata itu. Ini tidak, habis sahaja satu projek datang pula projek lain sampaikan pekerja tiada masa langsung untuk nak rehatkan badan sekejap. Jenis majikan ini memang selalu sangat jumpa, dan ianya memang satu toksik untuk sesebuah organisasi. Ingat ye, jika sering terjadi pekerja pun dah tak ada semangat lagi nak bekerja.

 

8. Sukat kejayaan pekerja secara salah

 

 

Majikan sukat kejayaan setiap pekerja menggunakan kaedah yang salah. Majikan bandingkan kejayaan seseorang pekerja dengan seorang yang memang sudah senior dalam sektor pekerjaan. "Cuba tengok syarikat A, dia boleh capai target itu kenapa awak tak boleh?" Syarikat A tu sebuah organisasi international yang miliki beratus-ratus pekerja, dibanding dengan company yang ada 10 pekerja sahaja. Anda perlu lihat sisi lain, mungkin pencapaian mereka itu boleh dibanggakan apabila dilihat dengan teliti.

 

9. Bagi deadline yang tak masuk akal

 

 

Dalam masa sehari sahaja saya beri awak semua masa untuk habis jual 50,000 produk ini.  Wow! Berpada-pada lah, anda sendiri sudah tahu purata barangan terjual sehari tetapi mengapa masih lagi beri deadline yang mustahil untuk dicapai? Jika anda fikir ini adalah satu usaha untuk nak beri mereka motivasi ternyata anda salah. Pekerja bukan bersikap  negatif, tetapi mereka juga tahu akan had diri sendiri. Bersikap rasional lah dan berikan mereka deadlines yang boleh dicapai. Kalau begitu, mereka akan bersemangat untuk lakukan kerja.

 

10. Anak kesayangan bos

 

 

Beruntung lah mereka yang jadi anak buah kesayangan majikan ni. Buat lah salah besar mana pun, tetapi tak akan pernah kena marah. Sesuka hati dia sahaj kelaur masuk bilik bos dan bergurau-senda macam kawan baik sahaja. Jangan pilih kasih. Dalam alam pekerjaan ni, majikan perlu berhati-hati mempercayai pekerjanya. Mungkin mereka nampak baik, layan anda dengan baik sekali tetapi ada udang di sebalik batu rupanya. Silap haribulan mereka pekerja yang anda agungkan sangat itu lah nanti yang akan pijak kepala. Pekerja lain juga akan rasa tidak berasa sukar dan mereka tak ada semnagat untuk lakukan kerja kerana mereka tahu, segala usaha mereka biasa sahaja di mata majikan.

 

 

Elakkan bersikap sebegini ya

 

Para majikan sekalian, semak kembali sikap anda di tempat kerja. Ada tak beberapa sikap yang dijelaskan di atas pernah korang lakukan? Jika ada buang dengan kadar segera. Untuk mengukuhkan sesuatu organisasi dan bertahan untuk tempoh yang lama, anda perlu raih kepercayaan pekerja dan berterusan naikkan motivasi mereka. 

 

 

*Sumber: GreenYatra