JAWATAN KOSONG – HVAC INDUSTRIAL
MULTI PRO REPAIR & SERVICES (M) SDN BHD
Kami merupakan syarikat kontraktor HVAC yang menjalankan kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan dan pengurusan projek sistem penghawa dingin industri.
Kami sedang mencari calon yang berdisiplin, komited dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami.
LOKASI KERJA: Bayan Lepas, Pulau Pinang.
1. PROJECT ENGINEER
Gaji: RM4,800 – RM7,500 Sebulan
Kelayakan & Tanggungjawab:
- Pengalaman minimum 2 tahun dalam bidang berkaitan.
- Menguruskan reka bentuk dan pembinaan projek (Design & Build).
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek HVAC.
- Mengawal kos projek, menyediakan anggaran kos dan menentukan spesifikasi teknikal.
- Menguruskan bahan, tenaga kerja, subcontractor dan jadual projek.
- Memastikan kualiti kerja, keselamatan dan tempoh projek dipatuhi.
- Berdisiplin, komited, tegas dan bertanggungjawab.
2. AIRCON TECHNICIAN (MAHIR)
Gaji: RM3,000 – RM4,500 Sebulan
Kelayakan & Tanggungjawab:
- Berpengalaman dalam pemasangan, servis, penyelenggaraan dan troubleshooting sistem aircond.
- Mempunyai kemahiran dalam sistem Split Unit, AHU, FCU, Package Unit, VRV/VRF dan sistem HVAC industri.
- Boleh mengenal pasti kerosakan mekanikal dan elektrikal.
- Boleh bekerja secara individu atau berkumpulan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
3. AIRCON TECHNICIAN (BASIC)
Gaji: RM2,000 – RM3,000 Sebulan
Kelayakan & Tanggungjawab:
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pemasangan dan servis aircond.
- Boleh menggunakan peralatan asas dan power tools.
- Membantu kerja-kerja pemasangan, piping, insulation, wiring dan maintenance.
- Bersedia mempelajari sistem HVAC industri.
- Boleh bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan penyelia.
- Rajin, berdisiplin dan bertanggungjawab.
4. HELPER AIRCOND (TANPA PENGALAMAN)
Gaji: RM1,800 – RM2,000 Sebulan
Kelayakan & Tanggungjawab:
- Tiada pengalaman diperlukan.
- Berminat mempelajari bidang aircond dan HVAC.
- Membantu technician dalam kerja pemasangan, servis dan penyelenggaraan.
- Membantu penyediaan peralatan dan bahan kerja.
- Sanggup bekerja di tapak projek industri.
- Rajin, berdisiplin, bertanggungjawab dan boleh mengikut arahan.
- Latihan dan tunjuk ajar disediakan.
WAKTU BEKERJA
- Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 6.00 petang
- Waktu rehat: Fleksibel (1 jam 30 minit sehari)
- Ahad: Cuti
FAEDAH PEKERJA
- Caruman EPF & SOCSO disediakan.
- CIDB
- Penginapan disediakan jika diperlukan.
- Peluang kenaikan pangkat dan perkembangan kerjaya.
- Insentif dan bonus berdasarkan prestasi.
- Latihan serta peningkatan kemahiran.
- Persekitaran kerja yang baik.
PERMOHONAN
Calon yang berminat boleh memohon melalui Indeed atau menghubungi kami untuk maklumat lanjut.
WhatsApp / Telefon: ************* 5142 / ************* 2135
MULTI PRO REPAIR & SERVICES (M) SDN BHD
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pay: RM1,800.00 - RM7,500.00 per month
Work Location: In person