KEMASUKAN SEGERA!
JAWATAN KOSONG: PEMBANTU TADBIR CAWANGAN
MADINA SECURITY SDN. BHD.
Kami sedang mencari calon yang berkelayakan, komited dan bermotivasi untuk menyertai pasukan kami di Cawangan Ara Damansara.
MAKLUMAT JAWATAN
- Jawatan: Pembantu Tadbir Cawangan
- Kekosongan: 1 orang
- Gaji: RM1,900 – RM2,000 sebulan
- Lokasi: Ara Damansara, Selangor
- Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat, 8:30 pagi – 5:30 petang
SKOP TUGAS & TANGGUNGJAWAB
- Mendaftarkan anggota baharu dalam sistem GMS dan KDN.
- Menyediakan serta mengemas kini profil pengawal keselamatan.
- Mengemas kini jumlah dan senarai nama anggota bagi cawangan, termasuk anggota Nepal.
- Mengemas kini carta organisasi setiap cawangan.
- Memasukkan aktiviti anggota mengikut pos penugasan.
- Menyediakan laporan harian (daily report) bagi cawangan Ara Damansara, Sabah dan Sarawak.
- Mengemas kini Guard Attendance Report (GAR) setiap bulan.
- Menyediakan laporan clocking serta memantau tempoh sah sistem clocking melalui MyPatrol.
- Menyediakan laporan kehadiran pengawal bagi setiap cawangan.
- Membuat pengiraan kerja lebih masa (OT) anggota setiap bulan.
- Menguruskan dokumentasi dan rekod berkaitan penyata gaji anggota.
- Menyediakan purchase request setiap bulan.
- Menyediakan dan menguruskan iklan pengambilan pengawal keselamatan bagi setiap cawangan.
- Mengendalikan proses pengambilan pekerja bagi jawatan pengawal keselamatan.
- Menyediakan dokumen ringkasan dan laporan rondaan (summary & patrol) untuk mendapatkan pengesahan pelanggan setiap bulan.
- Berurusan dengan Pengurus Cawangan berkaitan tugasan dan isu operasi.
- Mendapatkan, menyemak dan mengemas kini borang kajian kepuasan pelanggan serta menyediakan laporan berkaitan.
- Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh Pengurus Cawangan dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN & KEMAHIRAN
- Mempunyai kelayakan minimum SPM atau Diploma dalam bidang berkaitan.
- Berumur antara 20 hingga 35 tahun.
- Mahir menggunakan Microsoft Office dan mempunyai kemahiran asas pengurusan data serta penggajian.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, secara lisan dan bertulis.
- Mempunyai pengurusan masa dan kemahiran organisasi yang baik serta mampu memenuhi tarikh akhir tugasan.
- Boleh bekerja secara berdikari dan dalam pasukan dengan pengawasan minimum.
- Bersikap positif, proaktif, teliti dan bersedia untuk belajar.
- Fleksibel serta mampu mengendalikan pelbagai tugasan, termasuk dokumentasi ISO dan keselamatan.
- Mampu menjaga kerahsiaan maklumat dan sentiasa mengamalkan integriti dalam pekerjaan.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat dan memenuhi kelayakan dijemput menghantar resume ke:
E-mel: *************
Business WhatsApp: +************* 0328
Jangan lepaskan peluang ini! Kami menantikan anda untuk menyertai pasukan Madina Security.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.
Pay: RM1,900.00 - RM2,000.00 per month
Application Question(s):
- What is your expected salary?
- What is your required notice period with your current employer?
Work Location: In person