jobs in MADINA SECURITY SDN BHD

Kerja Sepenuh Masa Pembantu Tadbir Cawangan Ara Damansara, Selangor, Gaji tinggi MYR 2,000 di MADINA SECURITY SDN BHD Selangor - Maukerja

Pembantu Tadbir Cawangan Ara Damansara, Selangor

Ara Damansara, Selangor

Kongsi
Simpan

Lokasi Kerja

  • Ara Damansara Selangor Malaysia

Penerangan Kerja

Tanggungjawab

KEMASUKAN SEGERA!

JAWATAN KOSONG: PEMBANTU TADBIR CAWANGAN

MADINA SECURITY SDN. BHD.

Kami sedang mencari calon yang berkelayakan, komited dan bermotivasi untuk menyertai pasukan kami di Cawangan Ara Damansara.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Pembantu Tadbir Cawangan
  • Kekosongan: 1 orang
  • Gaji: RM1,900 – RM2,000 sebulan
  • Lokasi: Ara Damansara, Selangor
  • Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat, 8:30 pagi – 5:30 petang

SKOP TUGAS & TANGGUNGJAWAB

  • Mendaftarkan anggota baharu dalam sistem GMS dan KDN.
  • Menyediakan serta mengemas kini profil pengawal keselamatan.
  • Mengemas kini jumlah dan senarai nama anggota bagi cawangan, termasuk anggota Nepal.
  • Mengemas kini carta organisasi setiap cawangan.
  • Memasukkan aktiviti anggota mengikut pos penugasan.
  • Menyediakan laporan harian (daily report) bagi cawangan Ara Damansara, Sabah dan Sarawak.
  • Mengemas kini Guard Attendance Report (GAR) setiap bulan.
  • Menyediakan laporan clocking serta memantau tempoh sah sistem clocking melalui MyPatrol.
  • Menyediakan laporan kehadiran pengawal bagi setiap cawangan.
  • Membuat pengiraan kerja lebih masa (OT) anggota setiap bulan.
  • Menguruskan dokumentasi dan rekod berkaitan penyata gaji anggota.
  • Menyediakan purchase request setiap bulan.
  • Menyediakan dan menguruskan iklan pengambilan pengawal keselamatan bagi setiap cawangan.
  • Mengendalikan proses pengambilan pekerja bagi jawatan pengawal keselamatan.
  • Menyediakan dokumen ringkasan dan laporan rondaan (summary & patrol) untuk mendapatkan pengesahan pelanggan setiap bulan.
  • Berurusan dengan Pengurus Cawangan berkaitan tugasan dan isu operasi.
  • Mendapatkan, menyemak dan mengemas kini borang kajian kepuasan pelanggan serta menyediakan laporan berkaitan.
  • Melaksanakan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh Pengurus Cawangan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN & KEMAHIRAN

  • Mempunyai kelayakan minimum SPM atau Diploma dalam bidang berkaitan.
  • Berumur antara 20 hingga 35 tahun.
  • Mahir menggunakan Microsoft Office dan mempunyai kemahiran asas pengurusan data serta penggajian.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, secara lisan dan bertulis.
  • Mempunyai pengurusan masa dan kemahiran organisasi yang baik serta mampu memenuhi tarikh akhir tugasan.
  • Boleh bekerja secara berdikari dan dalam pasukan dengan pengawasan minimum.
  • Bersikap positif, proaktif, teliti dan bersedia untuk belajar.
  • Fleksibel serta mampu mengendalikan pelbagai tugasan, termasuk dokumentasi ISO dan keselamatan.
  • Mampu menjaga kerahsiaan maklumat dan sentiasa mengamalkan integriti dalam pekerjaan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi kelayakan dijemput menghantar resume ke:

E-mel: *************

Business WhatsApp: +************* 0328

Jangan lepaskan peluang ini! Kami menantikan anda untuk menyertai pasukan Madina Security.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.

Pay: RM1,900.00 - RM2,000.00 per month

Application Question(s):

  • What is your expected salary?
  • What is your required notice period with your current employer?

Work Location: In person

Peringatan Penting

Jangan pernah kongsikan maklumat bank atau kad kredit anda semasa memohon pekerjaan. Elakkan membuat sebarang pembayaran atau mengisi survey yang tidak berkaitan. Jika ada yang mencurigakan, sila laporkan iklan pekerjaan ini segera.

Lebih Lanjut